NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, March 17, 2012

Singgang Asam Pedas

Sibuk nak exam, tak boleh main-main dah. Laparpun, masak something yang simple. Aku masak banyak sekali gus. Panaskan sahaja.

Singgang Asam Pedas


Bahan-bahan
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit kunyit
lengkuas
cili boh atau lada yang dikisar
Daun kesum
Bunga Kantan
5 ekor ikan Kembung saiz sederhana(bolehlah diganti ikan lain)
asam keping
belacan, garam dan gula(sedikit sahaja)

Cara-caranya

  • Kisarkan bawang putih, bawang merah, kunyit dan lengkuas serta lada (jika tidak menggunakan cili boh).
  • Masukkan air secukupnya.
  • Tambahkan daun kesum, bunga kantan, asam keping, belacan, garam/gula serta ikan kembung.
  • Tunggu hingga mendidih.
  • Kecilkan api dan biarkan hingga mereneh seketika.


Senangkan. Simple dan menyelerakan.




No comments:

Post a Comment