Agak lama tidak menulis di sini. Bukannya sibuk sangat tetapi sibuk menonton Paradise Ranch. Kalau dalam mood citer Korea ni, susahlah sikit nak menulis.
Sebenarnya aku nak bercerita tentang kedatangan tetamu ke rumah yang tidak dibenarkan masuk oleh sekuriti. Apartment aku tinggal ini disediakan sistem interkom yang menghubungkan guard ke setiap unit. Ini antara ciri keselamatan yang membuat aku berminat memiliki rumah ini. Maknanya setiap tetamu akan diskrin oleh guard sebelum dibenarkan masuk ke bangunan kami. Seperti biasa, ada juga yang terlepas menyelinap masuk apabila access door dibuka oleh penghuni.
Bila aku tinggal semula di sini, mereka mengamalkan sistem mengisi form dan kadangkala menyuruh pelawat meninggalkan kad pengenalan atau identiti yang lain. Sudah tentu pelawat seperti kakak aku merungut. Dan aku juga merasa pembaziran kertas berlaku dan apa jaminan pelawat ini memang benar-benar pelawat yang diundang? Maka setiap kali aku kena menandatangani form itu, aku mesti meninggalkan komen supaya interkom digunakan. Sebabnya seperti yang aku katakan dan juga bosan mendengar orang mengomel mengenai peninggalan pengenalan diri dan form. Lagipun, kenapa tidak digunakan sahaja interkom ini yang mana caj penyelenggaraannya termasuk dalam caj bulanan penyelenggaraan kami.
Nak jadi ceritanya, kawan aku datang pada hari Selasa. Credit phonenya habis. Aku sudah tahu kedatangannya tetapi tak boleh nak hubungi guard. Takkan nak call management office pula. Interkom out. Akupun tak tahu bila kawan aku sampai. Nak turun tapi malas pula. Dan tidak diduga, guard itu menghalau tetamu aku. Kawan aku kata mesti guard ini bengang pasal lain. So far, aku tidak pernah berkasarpun dengan mereka. Cuma aku memang utamakan screening visitor. Bimbang keselamatan aku. Yalah, dalam zaman sekarang, kita tidak pasti samada orang menyamar menjadi sahabat sedangkan tidak. Alhamdulillah, kebetulan ada orang dari pihak pengurusan menyedari dan mereka datang ke unit aku untuk meminta kebenaran.
Aku tidak salahkan guard tersebut tetapi aku berharap mereka perlu mempunyai sedikit etika seperti menjemput kawan aku duduk di sofa instead of terus menghalau balik. Bagi masa untuk aku menjawab telefon. Kesian betul kawan aku. Lagi satu, amat penting untuk pihak pengurusan memastikan sistem interkom yang disediakan diperbaiki dengan segera untuk mengelakkan keadaan seperti ini. Bila sesuatu peraturan wujud, tidak kira apa taraf apartment tersebut, apartmentke, kondoke atau kondo five star, peraturan tersebut perlu dipatuhilah. Dan aku amat berterima kasih kepada kakitangan yang bersusah-payah ke unit aku. Kalau tak, saja-saja pejalanan kawan aku tu.
No comments:
Post a Comment