NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, March 25, 2012

Mee Calong Special Buat Pesakit di IJN

Kelmarin pergi melawat pak cik aku di IJN. Ini yang datang dari Terengganu nak visit adrk yang dimasukkan di IJN dan juga seorang lagi yang nak menjalani endiogram di UH (PPUM). Akhirnya dia pula scheduled kena buat endiogram this Tuesday untuk memeriksa condition jantungnya. Asalnya dia pergi ke Hospital Selayang tetapi minta dipindahkan ke IJN.

So, aku masaklah bihun calong. Kira special sikit sebab aku buat juga calong udang. Ingat nak hantar pada uncle yang baru keluar dari IJN di Keramat. tetapi my niece pula call ajak makan di Pha-pha Garden. Orang nak belanja, pergi ajalah. Lepas tu, nak jenguk anak buah di HUKM pula. Next week, dia akan menjalani exam yang last iaitu klinikal test. Semoga dia lulus untuk menjadi seornag doktor. Jadi, aku pack untuk dia tetapi melawat pak cik aku di Keramat tu, kami cancellah.

 Calong udang. 200 gram udang tak banyak sangat boleh dapat. Aku ulikan dengan 5 sudu tepung jagung.

Calong ikan. This time, aku campurkan sekeping ikan tenggiri, sekeping ikan merah dan 6 ekor ikan kembung. Senang sikit untuk membentuk.

Sudah masakpun. Kaler merah tu, calong udang. Putih-kelabu tu, calong ikan. Mee calong ni ringkas aja tetapi renyah nak membuat calong aja. Resepinya bolehlah klik di sini.

Semalam dapat bungkuskan untuk pak cik di IJN, di TTDI, kakak aku, my niece dan my nephew. Sikit-sikit aja, aku bukannya rajin sangat nak memasak. Oops, bukan malas sangat tetapi malas nak mengemas selepas itu. Masak tu, bolehlah.

No comments:

Post a Comment