Tetiba aja, rasa sedih. Mula teringat kanak-kanak riang di kampung. Kelmarin aku called anak adek aku. Tiba-tiba sikecik@angel@ain bertanyakan tentang running man, So, hari ini, aku calledlah untuk mengingatkan pasal running man. Tambahan pula Big Bang tetamu jemputan.
Teringat pula pada Princess. Sudah mengantuk rupanya dia. Macam biasalah, tak ada member dan siangnya penuh aktiviti, mesti awal tidurnya. Anyway, kami sempat bersembang. Seronoknya tanya dia pasal pembelajaran Al-quran. Princess ni sama-sama belajar dengan Ain di rumah Ain. Dia beritahu dia terpaksa sebut sebab Ain tak pasti sebutan. Komennya, "Ain nak jadi ustazah tetapi eja/sebutan Al-Quranpun tak pamdai." Akupun ikut sama gelak.
Bila bercakap pasal cita-citanya, dia kata masih nak jadi doktor. Tiba-tiba, dia ubah fikiran seperti cadangan aku untuk menjadi guru. Ialah, jadi guru, boleh temankan Mamanya di kampung. Princess tertawa riang bila aku sebut tentang gelarannya bila menjadi guru. Lagi seronok bila aku berkata murid-muridnya mesti memujinya sebagai guru yang baik dan cantik. Perasanlah tu.
Hilang perasaan sedih bila bercakap dengan mereka ini. Sungguh menghiburkan.
No comments:
Post a Comment