NUFFNANG ADS

Please click here
Loading...

Wednesday, February 29, 2012

Terkilannya


Bila aku buka peti ais aja, aku nampak nasi lemak ini. Sedih sangat-sangat rasanya.

Sebab nasi lemak ini aku belikan untuk PG masa breakfast tadi. Tapi disebabkan aku busy, aku cuma boleh balik tengahari.

Balik-balik dia dah pergi. Rupa-rupanya dia ada interview pukul 1.00 tgh. Lagi aku rasa sedih. Rumah aku bukannya ada apa-apa untuk dimakan. Berlaparlah pula pergi interview.

Sorry PG, sorry sangat-sangat. Tapi nasi lemak tu akak tak boleh simpankan lama-lama. Cuma perut akak dah kenyang untuk makan nasi lagi. Cukuplah sebungkus sehari.

Apa-apapun, seronok dengar pasal interview. Semoga PG dapat kerja tu ok. Sesuai dengan business dia, Lain kali kita pergi makan nasi lemak kat situ.

Aktiviti Masa Senggang


Dah tak ada apa yang perlu dibuat. So, akupun buat projek mencuci rempah-ratus ini.
Bukanlah menambah kerjapun. Sekurang-kurangnya, bila nak masak, tak payah susah-susah nak bilas.
Kadang-kadang member aku kata, aku suka cari kerja yang tak relevan.
Ialah, hari tu, dia gelak sebab aku sibuk basuh semua plastik bag yang ada dan bersusah-payah lapkan semula.
Bukan apa, sepenjang peninggalan, aku tengok lipas-lipas berpesta sampai dalam laci.
Naturally, mesti kena sembur ubat seranggakan. Bila dah mati semua, aku kena punggah dan basuh semua bekas-bekas di dalam laci, almari dan itu temasuklah plastik bag (yang membungkus makanan) tu sekali.
Banyakpun, nak buang macam tu, rasa membazir. Tetapi kalau tak basuh, camner nak bungkus makanan kan. Nantikan keracunan makananlah pula.
Alhamdulillah, selesai kerja membasuh laci tu. Yang tinggal sekarang ni, nak kemaskan bilik study dan juga iron
baju. Sudah berbulan ni projek tak bergerak.

Tuesday, February 28, 2012

Bila gersang nak merimbun semula?

Ayah aku dulu sindir aku, katanya Taman Tergantung bila tengok aku asyik menanam pokok di balkoni. Masa tu, cantiklah pokok dibelai selalu. Tapi aku tak tanam pokok bunga, aku tanam pokok pandan, kesum, daun selasih, daun kemangi dan juga daun selasih. Daun pudinapun ada.


Tapi sekarang, pokok-pokok sudah mati 3 tahun ditinggalkan, hanya lalang yang menghiasi pasu-pasu.

Sekarang ni, aku sudah balik ke sini tapi entah bila nak mulakan projek tanah hijau ni. Aku teringin nak tanam pokok cili padi lak.

Ever been caught on traffic offence?

Sepanjang aku bawa kereta ni, aku ingat 2 kalilah kena tahan polis. Oops, silap. 3 kali sebab termasuk kena tahan ketika aku curi-curi bawa kereta abang ipar, ooops. Baru dapat driving licence di kala umur mencecah 20 tahun, beria-ialah nak bawa kereta walaupun tak hebat sangat memandu. Lesenpun ikhsan tester kot. .

So, gabrapun ada, time tu, mana ada kereta auto. Nak jaga tekan clutch, tekan minyak. Nantikan tak pasal-pasal mati tengah jalan. Kalau tinggi sikit jalan tu, takut pula mengundur ke belakang. Dalam gabra tu, tersilap masuk jalan yang ada no entry. Rupanya jalan tu jalan sehala. Polispun tahan. Aku rasa kakak dengan adik aku ada sekali. Aku macam terpinga. Tak kena saman tapi dia suruh aku patah balik. Aku tengok longkang besar di sebelah kanan. Camnerlah aku nak reverse dan patah semula. Silap hari bulankan, masuk longkang. Dengan sedih, aku tanya, boleh tak dia undurkan sebab aku takut. Polis tu tengok rakan setugasnya. Lepas tu dia suruh aku pergilah aja tapi sepanjang jalan tu, aku kena boo. Sungguh kurang sopan.

2nd time aku kena tahan di laluan Jerangau-Jabor. Bila kereta sebelah sana bagi lampu tinggi, terasa ada tak kena. Terus aku perlahankan kereta. Tiba-tiba nampak polis berdiri di tengah jalan mengisyaratkan suruh aku berhenti. Bila dia tanya speed aku, spontan aku jawab 100km. Sungguh, tak niat nak tipu tapi tercakap macam tu. So, kira safelah aku sebab cuma 10 km over the limit. Orang kata still leh considerkan. (on this groundlah, aku sokmo set speed aku 10 km over the limt. If waktu subuh, bajet baik punya x de polis, aku letak lebih sikitlah. Agak-agak pukul berapa aku nak sampai di kampung.) Polis tupun tengok aku semacam aja. Aku stone ajalah dengan muka keletihan. Dia tanya lagi kenapa bawa laju. Selamba aja aku jawab aku letih driving sorang-sorang dari Kuala Lumpur. Tak percaya, macam tu aja dia lepaskan aku. namun Allah S.W.T Maha Berkuasa. Rupa-rupanya, hari yang sama, aku dah kena speed trap di Gambang.

Monday, February 27, 2012

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur?


Terlajak tidur, kelam-kabutlah nak ke kelas hari Ahad. Penat sangat kot sebab duk berenang-renang ke tepian. Lama tak berenang, terus buat 10 lap. Badanpun dah tua tapikan aku teringat dulu-dulu masa aku muda, pernah juga jumpa this chinese couple, umur dalam 60 plus di kolam Kelana Jaya. Hari-hari mereka datang untuk exercise. Siap buat 10 lap, merekapun pulang. Jadi aku patut boleh buat jugalah, Kolam Kelana Jaya tu 2 kali kolam apartment aku, entah 2 setengah kali ganda or 3 ganda...kena ukurlah.

Kelam-kabut tu sebab kelmarin tu hari belajar sedunia. Kerling jam, dah pun pukul 7.49 pagi. Mandipun ala kadar aja. Tapi yang aku nak congratulate myself tu sebab sempat lagi goreng bihun. Kalau tak buat macam tu, berlapar atau makan maggi ajalah lagi masa kelas tu. Sana susah sikit nak cari tempat makan. Tempat makan yang halal, lagipun break cuma 1/2 hour, nak solat lagi. Mana ada masa nak menapak jauh cari makan.

Bila dah lambat, kira macam melayang ajalah atas jalan. Nasib baik hari minggu, kereta tak banyak. Tapi bengkek jugalah bila kena ikut bontot kereta yang slow. Dahlah gitu, tengah seronok mengejar masa, ternampak pula kereta polis kat belakang.  Cuak juga. Automatik, kita slowkan kereta. Nasib baik ke dua-dua kereta polis tu ada mission lain. Alah, banyak lagi kereta lain yang meluncur laju, laju sangat-sangat dari aku. Tetapi akukan, kalau terbuat salah on the road, bila nampak poliskan, rasa pucat muka. Takutlah kena bayar saman.

KJK in Waiting room 2008



Handsome betul Jong Kook. Sekarang ni susah nak dapatkan berita pasal Usher since dia tengah berkurung untuk album barunya.

Jadi untuk memenuhi masa yang terluang, aku surf pasal Jong Kook pula. Korek citer lama dia. Maka terjumpalah satu video Jong Kook sedang menunggu gilirannya untuk perform.

Sungguh cool dan menawan. Maka akupun, kuch-kuch hota hei lah aku pula.

Saturday, February 25, 2012

Segmen terjah Mak Dara

Hari ni sempat juga aku terjah blog-blog yang masuk segmen terjah mak dara. Jadi follower dia orang. Orang dah terjah blog kita, kenalah balaskan.

Malangnya tak dapatlah tengok betul-betul kesemua isi blog ni. Sibuk sebab nak buat grocery, Maxvalue kat bawah tu dengarnya kena tutup seminggu, arahan dari Kementerian Kesihatan. Lepas tu petang ni cita-cita nak buat lagi 10 laps kat swimming pool. Mengejar masa sebelum pool ditutup untuk maintenance. Minta-mintalah jangan sampai sebulan.

Lepas tu nak kena bersiap untuk kelas esok. Risau giler ni, yalah orang tua ambil kelas semula. Macamanalah nak pass exam ni. Otak dah lama tak belajar.

Tapi aku tengok blog-blog ni dimiliki oleh orang-orang muda. Terasa macam ancient tree pula di kalangan mereka.

Anyway, happy blogwalking to all. Kitapun join juga sikit-sikit.


Jom exercise

 Seronokkan tengok air biru macam ni. Rasa macam nak terjun terus. But kolam renang, beranilah nak terjum. Kalau laut or tasik, aku tak berani punya. Takut sebab tak tahu apa yang ada dan gelombang air macam mana. Kalau kena air pusar, takke nayya. Lautan pula tak bertepi.

 Masa datang, Farah dah ada kat dalam kolam. Dah banyak lap katanya. Aku suruh dia pergi dulu, kalau tak ada orang or ramai orang, aku menyusullah. Itu yang dia message tak ada orang. Bila sampai aja, nampak one guy sedang berenang. Malulah pula.

 Tapi alang-alang sampai, terjun ajalah kan. Dapat juga buat 10 laps. Hari sebelumnya, dah dapat 10 laps. Hari ini, tak taulah samada aku berjaya atau tidak. Anyway, pagi ni, aku dah berjaya buat aerobic dance for 1 hour. Lepas tu angkat the mini dumbbell. Yalah, takut tengok lengan aku, Besar giler, kalah orang angkat berat. Adek aku kata, "katang, sebab tu kuat angkat tong gas." Katang tu perkataan terengganu menggambarkan betapa besarnya anggota badan. Tapi aku tak angkat tong gas tu. Cuma alihkan masuk bawah almari. Dia yang tak larat, malulah bila aku siperempuan ni berjaya angkat.
 Selepas sessi berenang, kami jalan atas batu-batu refleksologi yang diatur dengan cantiknya. Terima kasih pihak pengurusan yang baru aja membuat landscape ni. Seronok juga bila point-point tertentu di tapak kaki ditusuk batu refleksologi walaupun menyakitkan juga bila dipijak.
Dan selepas itu, ehsan dari kakak aku, aku makan sepinggan laksam. Sebelum dan selepas sebenarnya. Kalau kira, aku makan 2 pingganlah. Tapi tak apalah, sehari ni makan cucur yang digoreng masa breakfast.

Friday, February 24, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!



Blog ini seperti kawan saya. Kawan untuk bercerita tentang aktiviti, kegiatan, pandangan dan juga mengupas kenangan lama.

Namapun kawan, ada masa saya berkongsi resepi tapi tak banyaklah sebab sekarang ni sibuk nak kuruskan badan. Jadi kurang sikit memasak.

Kalau senang, singgahlah.

Gout

Macamana gout terjadi? Biasanya disebabkan tahap urid asid yang tinggi melebihi paras normal yang mana menyebabkan pembentukan kristal dalam tisu badan terutama pada sendi. Antara punca uric asid yang tinggi kerana genetik, pemakanan atau juga pengkumuhan urate yang rendah. Selalu juga terjadi bersama penyakit yang lain. Selain itu, obesiti, darah tinggi, pengambilan alkohol, pengambilan sesetengah ubat serta masalah buah pinggang juga antara faktor-faktor risiko yang boleh menyumbang kepada gout.

Gout (infammatory arthritis) ni biasanya boleh dilihat dengan pembengkakan sendi, kemerahan, panas dan sensitif pada sebarang sentuhan walaupun perlahan. Selalu menyerang pada ibujari kaki  dan ada kalanya pada sendi lain seperti lutut, pengelangan tangan, buku lali dan juga jari-jari, Simptom lain seperti kelesuan dan demam dengan suhu yang tinggi. Sakit ini biasanya reda dalam beberapa jam tanpa atau dengan pengambilan ubat. Ada juga berlarutan sehingga berminggu.

Rupanya Tak boleh Berjalan dek Gout

Petang semalam mak aku called. Suara yang selalu dirindu walaupun ada masanya kami bertekak. Mak aku tak ada bertekakpun, akulah yang cari pasal dan merajuk sendiri. Alah, merajuk manja-manja gitukan. 

Yang menyenangkan suaranya cukup ceria. Bila ceria, maknanya okaylah di rumah tu. Tidak ada apa-apa masalah yang membebankan kedua ibubapaku. Sebab itulah aku tidak suka memberitahu masalah pada ibubapa aku kerana tidak mahu merisaukan mereka. Walaupun ada ketikanya aku begitu memerlukan mereka untuk meluahkan rasa, tambahan Mr V sudah menjadi lipatan sejarah hidup ini. Kena cepat cari replacement ni. PG, tolong...dengan tanpa rasa malunya.


Thursday, February 23, 2012

Sudah selamat...semoga kekal selamanya

Alhamdulillah, sudah selesai semuanya.

Sudah sah Yusry dan Lisa Surihani diijabkabulkan

Cantik Lisa, sepadanlah dengan Yusry. Handsome couple. Soriler tak ada gambar. Kita manalah dapat jemputan.

Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Lepas ni, ikutlah nak bergambar macamana, Dah sah jadi suami isteri. jangan ambil gambar sensor cukuplah. Merana badan nanti.

Sekali lagi, tahniah Lisa dan Yusry. Semoga cepat dikurniakan zuriat.

360 degree rotation?


As usual, my niece datang rumah hari ni untuk swimming. Start this week, dia datang hari-hari. Akupun seronok. Sekarang cuti semesterkan. Jadi kenalah datang untuk maintain badan. Aku pula, rasanya dah hampir 2 bulan tak berenang. Yalah mood tu macam tulah. Dulu, masa tak ada swimming pool kat rumah dan terpaksa berulang-alik ke Kelana Jaya atau Bangsar untuk berenang, aku merungut nak tinggal apartment yang ada swimming pool. Senang nak berenang hari-hari.

So, true enoughlah, hari-hari aku berenang masa sewa di apartment tu. Sampailah aku sakit dan dimasukkan ke hospital selama seminggu dan seminggu lagi hospitalised di rumah, aku mula jarang ke kolam renang. Bila kena air kolam aja, rasa sakit badan. Mungkin psaikologi effect je sebab sakit hari tu bercampur dengan lelah dan penafasan (actually doktorpun tak tahu kenapa tapi aku rasa mungkin ubat tak sesuai - mesti my niece and nephew yang abik medic ni marah dengan diagnosis aku.) Jadi aku kurangkan berendam dalam kolam or mendekati tempat tinggi.

Tuesday, February 21, 2012

Kecantikan Dari Sudut Lensa Kamera

Saturday baru ni dapat jemputan kahwin adik ipar ex-bos. Seronoklah ex-bos ingat kita kan. Tapi aku memang suka pergi kenduri kahwin. Nasi dia rasa lainlah. Suka juga nak tengok cenderamata sambil mulut membebel kalau cenderamata tu macam pembaziran. Sayanglah, mahal-mahal tapi nanti dibuang. Betul tak?

Tempatnya kat Keramat, tempat aku bermain masa muda, laluan akulah, tapi tersesat juga sebab selama ni aku pangil dewan orang ramai. Ex-boss tulis kompleks sukan...hahaha...aku rasa aku yang silap pasal nama tu. Tengok peta pula, macam naik Bukit Keramat. Padahal, dewan yang selalu aku lepasi otw balik ke rumah aku dahulu.

Ada sessi bergambar tapi frustlah, camner nak letak kat facebook ni. Gambar dah elok dengan ex-bos tapi muka aku gemuk. (tuanpun memang sihat dan gemuk). Aku rasalah kamera ni macam cermin. Kalau orang yang ambil tu rasa kita lawa, mesti gambar cantikkan...aku rasa mesti anak kawan aku nampak aku macam gajah. Frust betul. Tapi kalau PG ambil gambar aku, mesti cantik punya. Mesti PG rase aku cantikkan...betul tak PG?

Entah nak post atau tidak gambar dalam facebook. Ingat kena buat photoshop sikit...

Tergolek lagi.

Hari Isnin ni, aku relaks aja sebab nak pergi tampal gigi. Bila klinik ramai pesakit, aku beralih melawat pak cik aku di IJN. Pak cik aku di sana dari hari Jumaat lagi, aku baru aja nak menjenguk hari ni. Tapi dia dimasukkan ke wad untuk check-up. Esok baru tahu keputusan check-upnya.

Tengok-tengok ada pak cik aku sorang lagi kat sana. Diapun datang dari Trg untuk check-up hari ni. Dah dia sorang-sorang, aku offer hantar balik ke rumah cousin di Gombak, dekat dengan UIA. Akhirnya sampai juga aku ke area sini setelah bertahun-tahun di KL.

 Actually aku suka suasana sini tapi sebab driving, tak dapatlah capture. Ini pemandangan di quarters guru.

Saturday, February 18, 2012

Hajat termakbul jua


Dari bulan Jan 2012, aku duk teringat rendang daging yang dijual di gerai nasi lemak di TTDI. Memang best sangat rendang tu. Tapi dah 2/3 kali aku pergi, gerai tu tutup. Mungkin kebetulan hari tu tutup atau memang pada hari tertentu, tak dibuka gerai tu.

Hari ni aku ke Kedai Telekom untuk settlekan a few issues. Yalah, ayah aku dah mengamuk marah pasal bil tertunggak. Bukan sengajapun.

Kedai Telekom di Damansara Utama, bersebelahan aja dengan TTDI. Apa lagi, aku melenconglah cari nasi lemak and rendang di one of my favorite nasi lemak stall. Ia terletak di antara lorng bangunan pejabat di Jalan Burhanuddin Helmi. Bangunan hujung dah berdekatan dengan sekolah rendah. Seronoknya bila tengok dibuka.

Ramai juga bangsa membeli nasi lemak di sini especially rendang daging. Kira macam signature dish dialah. Masa aku audit dulu, rakan sekerja berbangsa Cina memberitahu kalau ramai orang Cina menjadi pengunjung restoran Melayu, memang kira bestlah masakan tu. So, aku tengok ramai bangsa Cina membeli. Kira sedaplahkan. Lagipun harganya reasonable walaupun RM5 rendang quantitinya separuh dari yang aku beli 5 tahun lepas. Kiranya kalau gaji aku 2 kali ganda dari gaji terdahulu, purchasing power aku masih di takuk lamalah sebab barang banyak yang naik harga.

Apa lagi orderlah nasi lemak rendang ayam, bihun (sedap especially kalau kita siramkan dengan gulai kuning ayam - ada rasa limau purut), rendang daging dan sambal sotong. Tamaklah ni. Tapi yang habis dimakan cuma nasi lemak aja. Yang lain tu simpan dalam peti ais. Tengahari ni nak ke kenduri kahwin lagi.

IQ atau EQ penentu kejayaan?

Bila bekerja ni, macam-macam karenah manusia. kitapun sama. Manusia ini dilahirkan dengan bermacam-macam karekter tetapi sebagai seorang yang dikurniakan dengan akal, kita boleh menggunakannya untuk bertolak-ansur agar suasana sentiasa tenang di pejabat. Kalau dah tenang, senanglah kita bekerja.

Adatlah berkecil hati, bermasam muka, bertekak tetapi janganlah berlarutan. Kadang-kadang dalam menegakkan sesuatu isu, kita mudah melontarkan kata-kata yang mudah melukakan hati rakan sekerja. Sayapun tidak terkecuali. Ada sekali tu, pernah rakan sekerja menangis kerana saya. Sebab itulah penting untuk kita sentiasa bersabar. kalau terlalu marah, seeloknya kita mendiamkan diri terlebih dahulu, biar sejuk, baru kita berkata-kata. Masa tu, mungkin fikiran kita sudah rasional.

Kata orang, IQ itu menetukan kepandaian seseorang dan juga menentukan kejayaan kita. Tetapi dalam pejabat, IQ itu bukan segalanya. Hubungan yang perlu dijalinkan sesama rakan sekerja, pelanggan dan juga pembekal perlu dijaga. Hatta, EQ juga penting kerana kestabilan emosi akan membentuk kita menjadi seseorang yang bersabar dengan karenah manusia dan persekitaran.

Oleh itu, untuk kejayaan dalam pekerjaan, EQ mestilah selari dengan IQ. Macamana dengan pendapat anda?

Friday, February 17, 2012

Beringat Sebelum Terlambat


Ngeri tengok beg tu tersandang macam tu aja kat pembonceng.

Kes ragut berleluasa. Penyamun ni pun dah daring, macam-macam idea nak mencuri. Tak kiralah kalau nyawa terkorban.

Bayangkan kalau ditarik aja bag tu. Bukan aja bag tu terputus, entah-entah tuannya sendiri jatuh terdorong ke belakang. Kalau jatuh macam tu, terhentak pula, tak ke naya.

Oleh itu, cuba elakkan dari terdedah kepada bahaya. Kadang-kadang kita merasa mustahil ia boleh berlaku tetapi kita tak akan dapat meramal masa hadapan kita.

Wednesday, February 15, 2012

Bila ada getaran di hati

Oh ya. Lupa nak beritau pasal interview tu.

Bukan apa, excited giler sebab yang interview tu tall, dark and okaylah. Hahaha.

Tapi aku terus jatuh hati. Alngkah bagus kalau dapat bekerja bersama-sama.

Mak oi, too many attractive guys in this world. Making it harder to settle down.

I want them all.

Hish! Lupa pula ciri-ciri wanita melayu. Tak senonohkan

Welcome Ms Red Lappy

Tiba-tiba PG called beritau nak lepak rumah. Dari lepak aja, dah jadi 2 malam tidur. Seronoknya ada member teman. Tapikan Pg ni (ngumpat sikit), entah apa kenanya, bila datang rumah aku, mesti terlajak tidur.

But she came at right time. Laptop aku buat hal. Malam Isnin merayap di Digital Mall kat seksyen 14. My sister and family ikut sama. Tapi sampai lambat. Jumpa Acer Aspire yang baru. Ringan tapi aku x suka satu sebab dvd xde. Kena pakai external. Terasa leceh walaupun jarang pakai.


Keesokannya (Selasa), ada interview. Selepas tu bolehlah melepakkan. Kat mana lagi kalau bukan Digital Centre di Sunway Pyramid. Cuci mata dan cari yang berkenan. Kami dah tengok Toshiba Portege R830 di kedai yang pertama, Aku cukup berkenan sebab ringan dan spec yang lain baguslah. DVDpun ada sekali. Tapi nak ronda dulu tempat lain. Sebab harganya membuatkan aku termenung juga.

Akhirnya kami singgah di kedai di mana kau beli laptop dulu. Mula-mula sombong tak nak singgah. Bargain punya bargain, minta freebies mcm-mcm, belilah juga. Merah lagi color you. Dapat laptop yang menepati main criteria tapi harganya...Ini yang kata tersenyum dalam derita. Tapi nak pakai lamakan, kena beli yang bagus at the best price yang menyesakkan jiwa ni. 

 RAM asalnya 4GB tapi upgrade pada 8GB. Laju tu. Best, boleh main game dgn lajunya selepas habis exam ni.

Thursday, February 9, 2012

Suka shawl, jom visit The Shawl Hub



Anda minat shawl? Jom kita jenguk blog ni. Buat masa ni, ditawarkan shawl pashmina aja. Ada yang plain dan juga bercorak. Harganya okay, agak reasonable.

Kalau minat, jom melawat The Shawl Hub


Cuci-cuci mata. Kalau minat, order saja.


Keletah Kanak-kanak Riang

Ika @ Princess ini selalu mempunyai jawapan kepada semua soalan atau teguran kita. Aku rasa bukan dia sorang aja, agaknya semua budak-budak zaman sekarang ni memang pandai dan outgoing.

Pernah kakak aku menegur kenapa dia nakal. Dengan muka selamba, dia boleh menjawab "God's creation." Itu masa dia di taska. Last year atau early this year, dia membawa balik resultnya untuk ditunjukkan kepada Mamanya. Apa lagi, dia kena tegurlah sebab bukan semua resultnya memuaskan. Dia boleh berkata "Mama ni tak ada perasaan bersyukur. Ika dah seronok nak tunjuk result pada Mama." Yalah, bagi dia ada peningkatan. Kakak aku juga yang terkena.

Ain pun sama juga. Bila tanya result periksa, selalu jawab tak ada exam. Kalau tanya banyak-banyak, dia mesti jawab ayah taulah sebab cik gu tu kawan ayah. Tetapi aku paling kelakar melihat reaksinya semasa surprise birthday partynya baru-baru ini.

"Ayah, tak payahlah buat, membazir aja duit ayah." Kalaulah Princess, mesti melompat keriangan.

Bila balik Trg, dia (Ain) enggan menerima wang hadiah birthday dari ibuku. Alasannya nanti ibuku tak ada duit. Nanti hari raya nak bagi lagi. Kelakar betullah budak-budak ini.


Tuesday, February 7, 2012

Selepas hujan reda.

Lebat sungguh hujan sebentar tadi. Ini dah beransur reda. Bolehlah aku buka tingkap semula..

Selalunya selepas hujan, nyaman sikit.



Cuma masih ada sisa-sisa guruh sedikit.

Wedding And Me

Kenduri kahwin yang pertama aku attend kelmarin:

 ketibaan pengantin lelaki
 goodies
dalam beg tu, ada pula kudap-kudapan

Ni kenduri kedua aku attend

 pintu masuk ke dewan. Tu PG yang membelakangkan kamera
ini goodies kenduri ni

Ini pula surau aku tumpang solat dzuhur. Dek letih sangat, aku dan PG tertidur. Lama jugalah kami terlena rasanya setengah jam. Elok-elok bangun, dah masuk asar. Sambung teruslah solat asar. Lepas tu pulang semula ke dewan. Kelakar bila baca dilarang tidur. Nak buat camner, perut penuh sangat-sangat. Rasa penat dan mengantuk.


Anyway, Selamat Pengantin Baru Kepada Kedua-dua pasangan.

Bubur Kacang Tak Menjadi

Dari minggu lepas lagi aku rendam kacang hijau. Duk bersalin air supaya tak busuk. Hajat dihati nak buat bubur kacang. Kebetulan ada sikit durian dalam freezer. Nak hantar sikit pada kawan aku tu. Balancenya, kalau tak habis makan, aku buat aiskrim Malaysialah.

Dahlah gitu, bercita-cita lak nak ambil sikit kacang hijau yang sudah empuk tu untuk dibuat inti bagi kuih asam gupal. Ini masakan tradisional Trglah. Tak pernah buat tapi nak mencuba. Ingat kalau jadi, nak hantarlah pada member aku, kakak aku, pak cik-pak cik aku. 

Tapi semua tu tinggal angan-angan. Sebabnya?


Ya, itulah periukku yang hangus dek kacang hijau hangit. Salin ke dalam satu periuk lagi, akhirnya tak boleh diselamatkan juga. Dua-dua periuk hangus. Bubur kacang tak menjadi, asam gupal entah ke mana, akhirnya tak pasal-pasal kena sental periuk.

Monday, February 6, 2012

Hari Makan Sedunia

Hari ini dua jemputan kahwin. Ok jugakan, Sesetengah orang tu sampai 4, 5 jemputan dalam sehari. Tak ke naya. Badan satu, semua kena attend. Aku pernah tengok saudara aku datang sekadar berjumpa tuan rumah aja. Nak makan tak boleh sebab perut dah penuh. Lagi naya kalau jemputan berselerak, ada di utra, selatan, timur, barat. Pandai-pandailah mengatur perjalanan.

So, destinasi pertama, ke TTDI. Tengahari inilah. Aku dah mandi dah. Cuma tak pilih lagi baju.

Selepas itu ke seksyen 19, Shah Alam. Ini mesti akan makan  buah langsat. Aku selalu berpusing-pusing dalam bandar Shah Alam. Satu tempat sahaja tak sesat kalau ke rumah kawan aku di sebelah UITM. Sebab directionnya senang. terus pergi hingga nampak signboard Padang Jawa.

Kena bersiap-siap. Hari ini tak boleh nak fikir pasal dietlah. Kat Shah Alam, boleh jumpa PG. Patutke dia kata x leh datang dah rumah aku sebab dah siap kemas, nanti banyak peraturan. Banyaklah cekadak dia.

Saturday, February 4, 2012

Another Page Of My Life Gone

Today memang a gloomy day. Sedih rasa memanjang. Sesekali, mengalir juga airmata. Masa driving ke, tunggu lift ke. Everything's done half-heartedly.

As  I said, getting news of the demise of my friend really strike me. Of course he's been sick with cancer. I am not fortunate to be able to visit him often like other friends of us. In fact, they all planned to have kenduri doa selamat today tapi tiba-tiba dapat berita ini. Whatever happened is for the best. Semoga rohnya dirahmati Allah S.W.T.

We are not close but during early years in boarding school, we get to know each other sebab dia jadi perantara between me and another guy. Then we become close friends but as time flies, we drifted apart. Among sweet memories bila dia bagi duit raya yang diselitkan dalam kad raya. It is funny, because kami dalam tingkatan satu. Budak sekolah bukannya ada income sendirikan. Of courselah kena returnkan duit itu.

But I would always remember him as a nice guy. Never once in my life, I heard him uttered something bad about me or others. He was always fun.

Once again, al Fatihah untuk arwah. He is gone but the memories linger on especially to everyone who knows him.

Al Fatihah

Baca melalui facebook bahawa kawan sama sekolah menengah telah kembali ke rahmatullah. Arwah mengidap kanser pankreas.

Semalam sempat menjenguk tapi arwah tidak dalam keadaan yang baik untuk menerima tetamu. Kami faham, datangpun untuk memberikan sokongan kepada keluarga dan teman rapatnya especially isteri arwah. Arwah memang seorang yang baik. Kami percaya sebab itu Allah mengurniakan isteri yang baik dan sabar menjaga beliau. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas kebaikkan isteri arwah.

33 tahum mengenali arwah. Walaupun tidak rapat mana tetapi memang terasa kehilangannya. Al Fatihah untuk arwah. Saya doakan agar isteri, anak-anak, keluarga dan rakan rapatnya tabah menghadapi pemergian beliau.

Friday, February 3, 2012

The Wrath of Princess



Marah betul Princess. Sebabnya birthday Ain disambut di rumah aku.

Hahahaha!

Siap suruh balas message dia. Pujukpun tak makan.


Happy Birthday Ain

Ain dah 8 tahun. Sekejap aja, pejam-celik, pejam celik, dah besarpun dia.

 Birthday Girl

 Kek Black Forest. Ambil yang kecil aja, tak habispun nanti

simple aja hidangan. Makanan budak-budak

Seumpama nangka busuk jatuh ke tanah


Itu bukan aku. Kawan aku yang sedang tolong bagi final touch pasang langsir.

Sebabnya, bolehkah bayangkan aku jatuh berdebuk ketika nak pasang railing tu? Bangku tu tak even kakinya. Aku pula terkial-kial nak masukkan kayu railing dalam sarangnya. Tambahan dengan berat langsir lagi. So...rest is history.

It happened in a flash. I recalled I screamed out my friend's name. And there I was, on the floor.

Itu yang my friend tolong buatkan final touch tu. Dia offer pada mulanya tapi aku tak bagi. Tetamu mana boleh kena kerahkan. Lainlah PG (oops..). Akhirnya, left thumb terseliuh. Kena minta tolong member juga.

Home Made Macaron


Guess what? Home made macaron.

Nope, I am not the baker. I am the eater.

My friend tolong buatkan. Alkisahnya kami ke Midvalley hari tu, Lalu ikut keda Delectable (rasanya), nampaklah macaron. Sembang-sembang, she offered to bake for me.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Seronoknya.

Tak makan lagi. Nanti masa cebrate birthday Ain hari ini, aku buat sekalilah.

Thursday, February 2, 2012

Tolong! mana perginya kereta?


Panik sebentar. Sampai aja di parking tingkat 8, aku tengok kereta aku tak ada.

Kepala ligat berfikir. Nak kata kena tarik, siap bayar advance lagi car instalment. So apa lagi ya? Nak kata kena curi, macamana boleh lepas guard unless orang dalam punya kerja.

Aku dah nak menangis. Sudahlah kira dah terlambat. Janji nak jumpa member untuk breakfast. Nak pergi ambil langsir lagi kat rumah member. Aku nak alter panjang langsir tu.

Dalam give-up, aku turun ke tingkat 7. Ingat nak balik ke rumah akulah. Baru aja nak menapak ke arah bangunan rumah aku, ternampaklah kereta aku.

MasyaAllah. Rupanya aku tersilap parking di tingkat 7. Macamanalah jadi macam tu? 

Mesti owner parking lot tu bengang. Soriler. Tak sengaja.



Dari Bubur Menjadi Aiskrim

Teringin nak makan bubur pulut hitam. Hari tu nak makan bubur kacang hijau tapi hangitlah pula. So, hari Sabtu tu aku masaklah seperiuk setelah merendam semalaman.


Kalau Farah datang, bolehlah makan bersama dan kirim pada kakak aku. Sekali tu, Farah sibuk berurusan dengan kawan dia. Mestila dengan jualan shawl dia. Oh ya, kawan-kawan yang berminat, bolehlah jenguk blog dia ni : The Shawl Hub.  Dengar nak masuk stock baru, entah dah atau belum.

Tau dia tak jadi datang, akupun malas nak kuar sana-sini hantar bubur pulut hitam, duk fikir nak buat apa. Terfikir buat aiskrimlah. Yalah, lama sikit tahannya. Rasa nak mengudap something, boleh juga makan aiskrim.

Wednesday, February 1, 2012

Red Velvet Cake


Semalam kawan aku datang, bawa kek red velvet ni. Best. Satu biji tu buat untuk aku sorang, tak taulah macamana nak habiskan. Tapi pagi ni, habis dekat sebelah dah. Ingat nak bawa sikit pada kawan aku nanti.

That is the third version red velvet yang aku makan. Yang ke dua, PG bawakan aku. Dia belajar bake cake tu. So, adalah dia bawa kat aku sikit. Tak sempat nak habiskan juga, so bawa balik ke Trg. 

Yang first tu semasa aku pergi rumah kawan aku di Kemaman. Siap dapat resepi lagi. Of course resepi kek ni jadi perhiasan sebab aku suka masak lauk pauk aja atau jenis-jenis nasi. Nantilah bila aku settle down, I start learning to bake. 

Sebelum ini, asyik tengok gambar red velvet kat facebook blog resepi...tertanya macamana rasanya.  Yalah, dengar expression masing-masing macam sedap giler. Alhamdulillah, I am blessed with good people around me. So, dapatlah merasa. Oh ya, all version sedap.

Aku tengok Usherpun ada tweet gambar red velvet cake yang dia makan masa dia berada di studio.

inlah kek yang boyfriend I makan. cewah, bila pula aku couple dengan Usher...duh!




Jong Kook Vs Usher

Kim Jong Kook ni bukanlah orang baru dalam bidang seni di Korea. Merupakan salah seorang dari ahli kumpulan Turbo dan paling aku seronok dengar lagu Black Cat. 

muscular sparta Kook

Tapi biasalah selagi kita tak follow satu-satu rancangan tv, manalah nak kenal sangat artis-artis ni. Anyway artis Korea ni memang cun dan kacak. Seingat akulah, paling suka Bae Yong Jun, Rain dan yang berlakon cerita All About Eve.

Lagipun artis Malaysiapun aku tak kenal semua. Kadang-kadang aku keliru rupa mereka. Walaupun selalu follow gossip mereka, aku masih tak dapat cam muka mereka, nak-nak gambar red carpet, hampeh tak kenal melainkan artis sensasilah. Satu hari tu, aku berselisih depan-depan dengan Scha Al-Yahyapun, aku tak cam hinggalah dibisikkan oleh kawan aku. 

So bila seronok tengok Korean Variety Show Running Man, aku terus layan mana-mana episode lama yang aku miss. Makin lama, makin suka tengok Jong Kook. Wow, I really love Kim Jong Kook's character. Sibuk dengan kelaspun, aku sempat lagi layan kisah Kim Jong Kook. Semalampun, sampai pukul 4 pagi, duk cari citer pasal dia. Aduhai, kan elok kalau duk qiamulail. 

Mulalah tengok video klipnya, klip video X-Man, family outing. Dalam ganas tu, kalah juga Jong Kook dengan perempuan. Alamak, slowly Usher fades away..he he he. Jong Kook wrestled his way to my heart. Camner ni. 

Amazing Usher

Oops, mana boleh Usher pergi macam tu ajakan. I am still following his twitter. Eagerly waiting for Usher's new project. Lagipun kalau tak suka Usher, rasa sama macam nak buang ajalah Mr V. Apa? Taklah, Mr is not black but a Malaysian guy with dark skin.

Rasa macam teenager pula kan having crush on celebrities.