NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, March 2, 2012

Do we have a choice?

Duduk sorang-sorang sambil memandang keluar, teringatlah aku satu perkara.

Tapi kalau ada yang terasa, sorrylah ya. Bukan nak mengata sape-sape, akupun sama juga.

Selalu kita dengar kadang-kadang orang tua mengeluh, "kenapalah aku dapat anak macam ni."

Sianak pula berkata, "aku tak minta dilahirkan di dunia. Kenapa tak bunuh aja masa lahir?"

Manakala adek-beradek pula merungut nak abang atau kakak dengan criteria masing-masing.

Tetapi maaflah kita memang tidak ada pilihan dalam soal ini. Cuma satu aja pilihan yang ada iaitu cuba mengubah situasi menjadi sesuatu yang lebih menyenangkan. Belajar to forgive and forget. Sayangilah mereka ini kerana kasih-sayang bermula dari rumah. Walaupun ada masa adek-beradek aku menaikkan darah aku sebagaimana aku pada mereka, tetapi begitu sunyi tanpa berita dari mereka. Sebab kita sudah sebati bersama, sebab mereka adek-beradeklah, mereka menjengkelkan kerana mereka kenal kita dari kecil 


Paling penting, anak-anak mesti selalu meletakkan diri rendah dari kedua ibubapa. Taukah kita betapa susahnya ibu mengandungkan kita dan ibubapa bersusah mencari rezeki untuk membesarkan kita? Adakah mereka ada pilihan untuk menentukan zuriat anak, rupa dan peribadi anak? Cuma yang ada pada mereka kegembiraan mendapat cahaya mata dengan doa agar anak mereka menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada mereka nanti. Biasalah, akupun kadang-kadang tak berlaga angin dengan my parents tapi alhamdulillah, aku tak biarkan berpanjangan setakat ini.

Walau berat mana kita rasa salah parents pada I, kita mesti tau parents mana yang nakkan anak dia susah melainkan parents yang tak ada rasa keibubapaanlah. Tetapi sebelum menarik muka masam dan membenci, cuba ingatkan kisah anak yang masih menjaga ibubapanya dengan penuh kasih sayang walaupun ibubapanya telah bertukar menjadi khinzir kerana kesalahan mereka. Dan kita tahu apa status khinzir dalam konteks masyarakat Islam. Minta maaf saya lupa sepenuh cerita ini iaitu nama anak, kedua ibubapa, kenapa ibubapa bertukar menjadi khinzir dan zaman Nabi yang mana.

Dan perlulah ibubapa sentiasa mendoakan yang terbagus untuk anak-anak mereka supaya berkat hidup mereka. Jikalau airmata tertumpah dek anak, cubalah untuk maafkan mereka kerana bimbang kalau kta pergi menemui Ilahi sebelum dapat memaafkan anak-anak. Kesian mereka nanti. Seram memikirkan kalau kita tidak sempat meminta maaf kepada parents.

Oleh itu ingatlah sebelum kita berdendam bahawa suka atau tidak, kita tidak ada pilihan menentukan ibubapa dan adek-beradek kita. Namun kita boleh membuatkan ianya lebih selesa dengan tolenrasi kita.





No comments:

Post a Comment