NUFFNANG ADS

Please click here
Loading...

Friday, May 31, 2013

Addicted Again

It has been so long since I stopped playing game on facebook. Not only facebook games, other computer games too except for SIMS. Facebook games eventually bored me coz at certain level or certain gift, you need help from facebook frens to help. My frens on facebook is not more than 100…(now you know how popular I am…hehehe). And not all of them falling into FB games trap. Unlike my nephew, I do not like to invite strangers to join my facebook as it is a private one, just for sharing with your friends your activities (or like my favorite saying to my family..like another shout out to them I am still alive. If I passed away, the nieces and nephews can tagged me and announce it). See, it is not bad to join social network.
My fingers also hurting from playing games. I can feel my fingers (especially on the right hand) throbbing with pain coz I am clicking on the mouse so much. Slowly, I am letting this addiction go away (but I have created another facebook to play game with strangers. Just that I haven’t started yet).
Game that I played is SIMS. Like acting you are the creator and decided how big the house, how your SIMS look like and go on and on. Why I love SIMS so much? Ccoz I can be creative. I can design houses and do the interior designing. Setback is I have to work my SIMS so that they can earn money or invited strangers into my SIMS house (they must be wealthy to steal away their fortune) and then kicked them out. Hahaha. Isn’t it fun?  After a while, they lost their appeal. No longer fascinated by them, so my time more on picking up news on Usher and Kpop stars plus Kpop variety and drama.
Then, one day, my colleague talked about candy crush. I know this game coz I received invitation or SOS for this game on facebook. My colleague told me to stop living in my fantasy word of SIMS. I just smiled and said, I have temporarily stopped. Actually 24 hours a day is too little time for me. So many things I need to accomplish in a day – work, plants, kpop show, cooking, washing, ironing and cleaning (these two activities have been pushed back for so long). And I have not recite Al Quran for so long. My time is wasted and I am not getting any younger.
One fine day, I started to play Candy Crush. For a week, I can control myself, just play a little bit to kill my boredom or waiting for drama or variety show to be uploaded. But slowly, I found myself caught up in the game and I fall deeper and deeper. Now, I am addicted to this game. I really love watching those candies coming down, can feel my saliva running down my mouth.

Thursday, May 30, 2013

Absolute Thai

Kalau sesiapa yang pernah or selalu ke One Utama, mungkin pernah ternampak restoran Absolute Thai. Halal? Aku tak Nampak sign halal. But I asked adek yang bekerja di situ since he is a muslim. Macamana ni, so, he assured me yang bahan-bahan halal but the only setback as they serve liquor too, tak dapat sijil halal. Anyway, I harap pejabat ugama kita akan berfikir “out of the box to overcome this issue” tapi janganlah melanggar hukum syarak. Macam di Melbourne, ada restoran yang mana persatuan Muslim (sori, I tak ingat lagi badan yang keluarkan sijil halal) bagi sijil halal eventhough they did serve non halal. What they did is to visit weekly to ensure stove, dishes yang digunakan untuk memasak halal foods semuanya dibuat berasingan.
Makanan di sini memang sedap, terasa pure Thai. A little bit pedas yang mana setiap kali tom yam masuk ke perut, terasa seperti membakar. Hehehe. I got gastric, so torture giler. Anyway, my motto, enjoy first, repent later or suffer/cry later. Something nice always come with pain, right. Kalau tak, lelaki tak bekejar mencari perempuan cantik. Dan perempuan tak menjual harga dirinya dek mengejar kekayaan. But not all macam tu, kan.
Today, my lunch partner tak lain dan tak bukan ialah my sweet niece, Farah @ Farah Di. I like to call her that as D can be anything. Actually, D is for her second name but for me can be short for degil, dene(manja, kuat menangis)…hahaha. Itu masa kecillah. Kami tak order banyak, cuma nasi putih, tomyam seafood for one dan juga steamed ikan siakap dengan lime..etc. Tak habispun, siap bungkus. Apa-apapun, thank you Farah for insisting to pay. My niece ni loaded, tak kerjapun, boleh belanja auntie. Bukan makan kat KFC tapi Absolute Thai and it is not ala carte. But for sure, mesti claim dari Mama. Kesian Mama dia, hanya dapat tengok melalui facetime. She is in Oman now.
Food memang sedap, tapi tak berani nak suggest as you must check yourself kehalallannya.

Tuesday, May 28, 2013

Perjalanan Balik Kampung.

Memang seronok bila dapat balik kampung tetapi kalau jarak perjalanannya jauh, memanglah meletihkan. Especially kalau cuti hujung minggu bersambung dengan cuti kelepasan am.

Baru-baru ini, cuti hujung minggu panjang sikit sebab bersambung dengan cuti Wesak. Punyalah excited tetapi sedihnya, nak ambil 3 hours off pada hari Khamis tidak diluluskan. Sebabnya my manager ada meeting, so kena standbylah if anything. Redhalah, bukannya saja-saja tak dapat but coz of schedule. Jadi, trip kami bermula lambat sikit around 11pm, baru berlepas dari KL menuju ke Kuala Terengganu.

Aku pula sibuk membuat 1/2 kilo pau tetapi bila kelam-kabut, I messed up. I wonder masa steam tu, kenapalah pau aku ni berwarna perang. Rupa-rupanya, aku lupa untuk dissolvedkan gula dengan air panas, instead aku terus campurkan gula dengan gandum. Anyway, kata anak saudara aku, rasa macam sejenis kuih traditional Terengganu iaitu Kayu Keramat. So, bolehlah aku mencuba resepi ini hingga berjayakan.

Sampai di Hentian Lanchang, aku bertukar dengan anak saudara, told her I will take over in Temerloh. Sampai aja Temerloh, kami tidur dulu. Aku rasa aku berdengkur sakan, anak saudara aku ni pula membuka tingkap sedikit. Aku rasa mesti mamat yang rancak bersembang geli hati mendengar dengkuran aku. Serius, berdengkur memang kuat, adatlah badan besar, mesti susah sikit nak bernafaskan.

Then aku drove semula tetapi my eyesight very poor. And tiredness added to it, this time, decided to change with my nephew. Tetapi sempat lagi kami makan di Hentian Gambang. So, he drove all the way to kampung. But since we are taking our sweet time, sampaipun almost 6 am. Aku rasa letih sangat, this trip took me 2 days to rejuvenate.

Ahadlah, baru nak shopping, nak buat itu, ini. Nearly 4 pm, baru nak bertolak. Kami bajet pukul 9 malam sampai. My niece nak singgah makan lagi. Trip kali ni ada 2 buah kereta. My sister, Princess, Bibik dan her eldest son menaiki keretanya. So, hilanglah my capable pemandu ganti. My niece pula demam, tinggal Azim. But dia hanya drive di LPT sahaja. Anyway, selepas berhenti di Stesyen Petronas di Gambang, lupa nak switched tempat dengan dia. So, aku continue driving. But it was a blessing in disguise as it rained heavily. Mssa tu dalam 7.30 pm. I don't think Azim pernah drive long distance dalam weather macam ni.

But old lady like me (hehehe, masa macam ni, I realised I am old), having problem with my vision. Dahlah kurang berapa sikit penglihatan pada waktu malam, bila hujan, it is getting worse. Reduce my speed to 50 km plus. At same time, kept telling my niece, "I could not see the way, dont know whether I went unto other's lane. Really went so slow, I feel like my leg nak patah. It is tiring to travel at that slow speed. Thinking of taking shelter at Hentian Maran but was told, we have passed it. So have to travel another 44 km to Hentian Temerloh. Alhamdulillah by the time we reached that place, it has stopped raining. Tak jadi stop. Continued the journey.

But it was our fate, right after Tol Karak, the traffic started crawling again. This time, the speed like 10km. Upper thigh felt so painful. I teringat to take off my high heel. Ah...it feel so much better. But the slow moving traffic continue until passed Hentian Lentang. And the jerks who like to cut queue from left (bahu jalan) made it worse. My friends tanya, "you tak tunjuk the sign language ke?" Oops, not the vulgar one but more like signal asking them to stop, stay in line or taking turn to enter next lane...Akhirnya, aku pulled over kat Genting Sempah untuk isi minyak. Who knows, it get jammed againkan, so kena spare minyaklah. And for me, kena buang air pula.

Ada one lady yang beratur jauh dari aku dengan muka kesian asyik memberitahu, "tak tahannya nak ek bilik air." But sorriler, I didn't mean to be a sadist but I hold on for quite a long time since from Kuantan. No way, I will let her mencelah coz myself also tak tahan and really tired from driving. Finally 11.30 pm, we reached my cousin's stall for dinner. It was such a long, long journey for me. Oh, guess it was the second time I faced this for balik kampung trip. Indisciplined drivers compounded the issue.

So, I still feel lethargic, semalam nak recovered by going to bed early. Tapi lama pula di rumah my uncle listening to his talk on meritocracy, NEP or dasar ekonomi baru, Proton, handicapped etc. It is a nice topic, maybe I will cover in next post. That one will ahve to wait till free time coz heavy issue.

Tuesday, May 21, 2013

Bergelap Lagi

Seperti biasa, aku ke surau di One World untuk menunaikan solat Dzuhur. Actually, ada surau di bangunan pejabat aku tetapi lebih suka pergi sembahyang di sana. Kelas beb, solat di hotel bertaraf 5 bintang (or beribu bintang). Dulu, aku solat di surau old wing, One Utama. Sejak diperkenalkan, aku rasa selesa. Lagipun dekat sikit dengan office.
Sebab selalu terkena, aku akan solat dengan membuka pintu surau. Sure tak nampak oleh orang lelaki sebab kedudkan agak terlindungkan. Just in case, lampu terpadam, adalah juga lampu dari luar menerangi. Dulu, ada juga teman tapi sebab bos minta kami pergi bergilir, aku menjadi lone rangerlah.
Hari ini, ada training. Ramai orang. Aku bajet lampu surau tak akan off ketika aku solat. Aku nampak ada dua-tiga pasang kasut. Pintu surau tertutup tapi lampu terang. Jadi, aku agak mereka matikan function sensor lampu. Tak perlulah nak biarkan pintu terkangkang begitu.
Aku dengan confidentnya solat. Tak terlintas langsung nak minta yang last beredar untuk membiarkan pintu terbuka. Masuk rakaat ketiga, lampu padam. Gelap aja, nak berhenti atau teruskan. Aku teruskan juga. Masuk yang ke empat, aku dah mula rasa semacam…I meant rasa lemas dan nak pitam.  Sekeliling makin gelap. Cepat-cepat aku menghabiskan solat dan melambai ke arah sensor.  Lega bila surau cerah kembali.
Aiyyo…ada juga disadvantage pakai lampu yang guna sensorkan. Dulu, aku cukup kagum bila melihat drama korea yang mana ruang lobby (di hadapan pintu masuk) akan menyala setiap kali penghuni masuk dan padam sendiri bila tiada orang. Akupun berangan nak macam tu tetapi sekarang ni, fikir dua-tiga kali.

Sunday, May 19, 2013

All is Well Ends Well

Minggu lepas berakhir dengan baiknya. Dalam debaran dup dap menunggu result for the past week, akhirnya aku pass tax. That was my 3rd seating. Kinda embarassing to tell but what the heck, the main thing is I passed the exam. But it is not with flying colors. It is good enuff for me, though. Can throw all the notes and concentrate on two more papers.

Next exam will be in September after Eid's month. I have to enforce a  very good discipline upon me hahaha , minimising the social activities (u know raya month is like bulan makan makan sedunia especially during the weekend.) For the sake of exam and also my figure, I have to really do a good deliberation before accepting the invitation. I need to pass the exam coz after this,  I want to concentrate teaching my nephew Prinsip Akaun. It is a tough one coz it is in Malay. I never study account in Malay and in my career, everything is done in English. Now, i am proud to say I know what is Kunci Kira-kira, Lembaran Imbangan Duga ( getting confused, I thought this is balance sheet), Lengkapan etc.

I do not have translation book for it. Thus, I have to read the chapter to see the explanation and i go like..ooh, this is so and so. Hahaha, a Malay acting like English woman celup. But seriously, technical terms are different. But a good thing is if you understand well the subject matter, it would be easier to grasp it. Now, I understand what they meant by university students who are lacking in English will have hard time as most reference book in English. My hope? In future, there will be many translation technical books in Malay (hopefully they are written in such a refreshing way so it will be more fun to read).

Anyway, shall we celebrate this? 2 more papers, I will realise my dream to be a professional in my field.

Friday, May 17, 2013

Rancangan Tertunda

Tadi singgah di Nokia store, nak usha Nokia Asha 311. Tapi frustlah, yang digambarkan tak seperti ynag diharapkan. Nanti, adalah yang berkata, namapun harganya murah..lol.

I ada spec yang I nak, sebab tulah telefon tak berganti. Yang adapun hadiah from my family. Mereka serabut tengok aku pakai yang lama. Mr Vpun janji nak bagi tapi dapat duit aja. Tupun tak cukup nak beli model yang nak. Bila aku komplen, mulalah dia bagi pandangan seolah "aku ni sengal".

So, postpone dululah hajat nak bali phone. pakai ajalah yang ada, nak buat camner. Bajetpun ciput lagi. Nokia lumio not bad tapi tadi surf net, Samsung Galaxy 4 pun cantik. Akhirnya, tidur dulu ajalah.

Balik kerja awal, bukan ponteng tau.

Yahoo. Hari ni dapat balik awal, gua cakap lu. Jadi rocker sekejap. Ambil ot replacement hour. Mula-mula dulu, segan nak ambil. Konon...macam tak biasa. Tapi dulu tak subtle. Except bila kerja hujung minggu, aku gantikan dengan cuti. Yang weekdays tu kira cover kemalasan masa aku kerja time office. Mana tau kot. But kalau ada nak keluar sekejap sbb urgent matter, mintalah keluar.

Seperti biasalah, bila cuti, 1st thing that comes to my mind is I must clean my house. Do ironing etc, etc. Tapi in the end, aku bercanda dengan my lappy darling or engage on phone. Masa ni, rasa nak cakap sana, cakap sini.

PG tak tau aku cuti ni. Semalam terjumpa dia kat parking. Muka nampak letih giler...apa yang letih sangat, tak taulah. Mesti kes berjaga malam..hahaha. Suka hati je kutuk dia. Sorry ya PG. 2 days ago, dia sms ajak dinner kat rumah. Wow...PG masak, bergegar sebangunan.

Anyway, dalam kepala ni, terfikir nak buat pau lagi. Yang hari tu masih ada tapi kali ni, pau salted egg yolk custard dan juga pau goreng inti hot dog. Sebenarnya, okay juga buat banyak dan frozenkan dalam fridge. Sudah 2 malam, aku berbuka dengan pau aja. Sebab malas nak masak dan malas nak makan. Bila beritahu mak aku, the question that she popped up is whether I have slimmed down since I seldom take proper dinner nowadays. Hahaha, it is still a long way to go, mum dearest.

So, bye bye pada yang bekerja. Wa nak merayap sekejap. Selepas tu, berkemas dan balik. Dan marilah kita berteka-teki samada rumahku akan dikemaskan atau tidak. kalau sparkling clean, I update the photo, okay.

Tuesday, May 14, 2013

Post Pilihanraya

Demam pilihanraya sudah habis tetapi bahangnya masih terasa. Ada yang gembira, ada yang gundah-gulana, ada yang tersenyum pahit (dek menang dalam nyawa ikan), ada yang tidak berpuas hati.

Maka, adalah roadshow sana-sini, suara sumbang yang menjurus kepada perkauman, seruan boikot sana-sini, menyumpah-seranah sesuatu kaum, menuding jari menyalahkan orang lain.

Peliknya tingkahlaku kita terhadap keputusan pilihanraya. Dan yang paling merbahaya bila suratkhabar milik salah sebuah parti komponen pemerintah mengeluarkan soalan berbaur provokasi. Sesetengah dari kita masih belum matang menghadapi kenyataan pilihanraya.

Bagi saya, pilihanraya adalah satu kayu pengukur kepercayaan rakyat terhadap sesebuah parti untuk diberikan mandat memerintah selama 5 tahun lagi. Apa sahaja yang diundi, pendapat saya, bukanlah atas dasar ingin eksperimen tetapi lebih sebagai isyarat ketidakpuasan hati. Oleh itu, kita tidak perlu melatah dengan keputusan ini, sebaliknya kita perlu membuat post-mortem dimanakan silapnya sehingga seolah-olah mereka tidak menghargai pembangunan yang dijalankan oleh kita selama ini. Kenapa mereka memilih untuk bergabung dengan kaum lain untuk memilih wakil rakyat setempat? 

Sekiranya pula, kita berpendapat ada salahlaku SPR dalam pilihanraya kali ini, seeloknya kita mengumpulkan bukti dan mengemukakan di mahkamah. Memang ada sesetengah yang jeran atau serik dengan keputusan mahkamah yang berat sebelah tetapi terimalah hakikatnya. Itulah sistem perundangan negara kita. Saya takut masyarakat akan jemu atau jelak jika kita menyalak hari-hari. Kebiasaannya, mereka akan bersimpati tetapi bila disajikan ceritera sama, ia akan menjadi basi. Belajar dari kempen pilihanraya sesetengah parti yang asyik menyajikan cerita video lucah, akhirnya rakyat menjadi benci dan jenuh, lantas mungkin itu salah satu sebab undi berpindah.

Sepatutnya, dalam suasana yang matang, selesai pilihanraya, kita seharus membuang perbezaan kita dan duduk di meja bulat untuk merencanakan sesuatu dasar yang akan lebih menguntungkan rakyat Malaysia dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan lain lagi.

Selaras dengan konsep 1 Malaysia, diharap tidak ada lagi rencana berbaur perkauman dan menghina mereka seperti kaum pendatang. Hiduplah dengan harmoni.

Saturday, May 11, 2013

Geng Gwiyomi Girls

Si gedik dua orang beraksi Gwiyomi. I just mentioned it, mereka terus cari idea. 
Tapi soriler, cable usb x jumpa, jumpa. So audio dan video kurang memberangksangkan.

video
Ini Princess, memang aksi terover

video
Gwiyomi Girls 

video
Panggil Angelkan, so termalu-malulah sikit.

So, enjoy guys. Kalau terover gediks, tu biar ajalah.
Besar esok-esok, tak bagi dah cam ni.
Masa budak-budak, cutelah, dah tua, Masya Allah.