NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, March 18, 2012

Resmi Padi, Semakin Tunduk, Semakin Berisi

Sebenarnya aku sedih juga berpisah dengan lecturers yang work so hard untuk compress all information in such a short time in order to prepare us for the exam. Tak terbalas budi mereka but at least we could make them happier if we passed the exam, right. 

Tetapi apa yang aku nak share ialah my feelings yang I rasa sepanjang mengambil kelas ini. Satu, kalau kita nak sambung belajar, cepat-cepatlah buat sebelum usia mengejar kita. Mungkin daya ingatan semakin lemah. Aku dulu sibuk nak mengejar kekayaan hingga lupa jika ilmu kita banyak, kita lagi kaya. Get me? Lagipun semangat belajar masih adakan, yalah macam baru fresh from the oven, begitulah kita sebagai fesh undergradskan. However, having said that, it is never too late to study. Kadang-kadang usia yang semakin matang akan menjadikan anda lebih bersungguh-sungguh terhadap study. 


Sesetengah pekerjaan memerlukan anda menjadi professional member seperti jawatan engineer, akauntan dan sebagainya. Anda mungkin diwajibkan berkerja difirma tertentu yang mana anda perlu diseliakan oleh professional members. Kalau itu requirementsnya, anda dinasihatkan mengambilnya secepat mungkin kerana ia akan membantu anda melangkah lebih tinggi dalam tangga korporat. 

Dan yang paling penting, semakin banyak ilmu yang aku dapati, semakin aku rasa daifnya diri ini kerana masih banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari. Aku insaf dulu aku rasa angkuh dengan kepandaian aku di tenpat kerja sedangkan aku fasih kerana selalu melakukan perkara yang sama berulang kali. tetapi sekiranya aku berdepan dnegan perkara yang baru, belum tentu lagi aku dapat melakukannya begitu sahaja tanpa melalui proses pembelajaran. Oleh itu, aku tidak seharusnya mendabik dada kepada pekerja-pekerja barukan. Sekiranya aku lepas kursus ini, aku ingin melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi. Umur bukan penghalang untuk aku menyambung pelajaran.

Tetapi tidak perlu ada penyesalan terhadap perkara yang sudah berlalu tetapi cukuplah untuk dikongsi bersama-sama supaya menjadi pedoman kepada semua, saya dan anda. Sekurang-kurangnya, anda boleh menjadikan ini sebagai panduan untuk sebarang keputusan dalam menentukan hala tuju anda.

Dan paling penting, aku ingin mengikut resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi. Maksudnya, semakin tinggi ilmu di dada, kita jangan semakin bongkak. Betulke peribahasa yang dipilih ini? Kalau salah, tolong perbetulkan.

No comments:

Post a Comment