Kelmarin aku dan kakak pergi menjenguk pak cik di IJN. Petang sebelumnya visit another uncle di Hospital Serdang. Bergilir-gilir adek mak aku ni. Mulanya adek yang kedua dimasukkan di IJN sehingga sekarang. Kemudian yang bongsu di hospital Universiti menjalani endiogram sebab nak kesan nak cek saluran darah. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa. Memandangkan wad penuh, dibenarkan keluar pada hari yang sama. Berehat di rumah sahaja.
Alih-alih, dapat panggilan last week yang adek mak yang pertama pula masuk wad sebab jantung lemah. Masa kami melawat dia petang tu, dia nampak sihat dah. Elok aja makan dan siap tunjukkan kicap dengan lada yang diseludup masuk...supaya selera makan katanya. Hospital Serdang tu cantik tapi mak ooi, jauhnya nak berjalan ke wad dari lif. Kelakonya kami ingatkan visit hours di wad CHDW tu dari pukul 6 - 8 ptg. Sedang seronok sembang, misi kata dah kena keluar sebab visit hours habis pukul 6.15 ptg. Rupanya ia bermula dari pukul 4 ptg. Tapi tak bestlah wad campur-campur laki perempuan ni. Nak buat macamana, kat sini kiranya wad untuk observationlah.
Yang diIJN dah dipindahkan ke wad lain sebab dah beransur pulih. Wad nipun campur juga, kira untuk observation juga. Kira dah pulih, boleh keluar dari CCU. Good news, selepas doktor observe, tak payah buat dialysis, cuma kena jaga jumlah air yang yang diminum tak melebihi 2 botol kecil air mineral sehari. InsyaAllah pak cik aku boleh keluar esok.
Sekarang ni nak dengar cerita yang sedang diwadkan di Hospital Serdanglah. Sebenarnya dia datang nak tengok pak cik aku di IJN ni. Bukan main lagi dia kata dia sihat. Lepas tu beria-ia menemani adeknya menjalani endiogram. Akhirnya dia yang sakit. Kami dah cakap suruh dia berehat. So, tinggal dialah pula di Hospital. Tengok-tengok, nanti kena pindahkan ke IJN pula. Harap-harap janganlah. Kesian pula.
Bila tengok besar-besar hospital ni; Hospital Serdang, IJN dan Pantai Medical (sampaikan 2 towers), aku cakap kat my sister, besar hospital ni, ramai bebeno orang sakit ya. Sakit teruklah. Sakit biasa tu ramailah, sakit beli mcpun ada kan, kan...hahahaha. Kalau aku, sakit perut memanjang. Mesti bos aku pelik. Nak buat camner, kalau makan, tak ingat yang perut ni sensitif. Sepanjang hidup aku ni, rasanya 3 kali masuk wad. Tapi sekali masuk tu, paling kurang seminggu dan aku selalu negotiate nak balik. Boring, lagi best hospitalised kat rumahkan.
1st masuk sebab sakit perut dan diorrhea tetapi doktor syak taun, tak pasal-pasal kena tahan. Aku nak cabut (tau ajalah wad taun tu macamana) tetapi ayah aku sudah talipon kakak aku untuk pastikan aku di situ. 2nd sebab minor surgery. Since gatal nak balik awal after 1 week di hospital, hari-hari kena menapak ke hospital untuk cuci dressing dan check-up. Tetapi sempat merayap naik LRT ke sana ke mari, sesekali bila rasa nak pitam, aku stopped dan berpaut di railing. Masa tu orang tengok aku semacam,aku bajet muka aku pucat sangat sebab memang lain macam aku rasa.
3rd time entah sakit apa, demam berpanjangan tapi doktorpun tak tahu. Tapi dia orang tak nak release sebab bila suhu hampir turun, tiba-tiba naik semula bila petang. Serius, aku tak makan langsung waktu tu, hanya bergantung kepada air yang dimasukkan melalui drip. Finally, bila suhu mencecah normal, aku terus minta balik walaupun doktor nak observe satu hari lagi. Gilalah aku duduk di wad yang macam-macam virus mungkin berterbangan. Baik aku rehat di rumah sahaja. Kalaulah aku continue tak makan masa tu, mungkin berat aku banyak turunkan, kan. Anyway, I hope aku tak masuk ke hospital lagi. Dan dijauhkanlah dari berbagai tiub dimasukkan ke badan aku. Masuk drip pun aku sudah tak selesa. Oleh itu jagalah kesihatan kita.
No comments:
Post a Comment