NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, November 30, 2011

Gigi oh gigi

Akhirnya, setelah diasak oleh pencungkil gigi, tampalan gigi gerahamku (gold in-lay) tercabut jua. Memanglah sengal tu masih terasa tapi rasa kurang selesa dah hilang. Entah beberapa kali aku menggosok dibahagian yang berlubang tu semalam. Beginilah rupa tampalan gold-in-lay. Simpan beb, nak bawa ke klinik. Kalau hilang, lebih kurang seribu juga nak kuarkan untuk ganti. Tapi dulu aku bukan buat saja-saja. Sebab terpaksa kerana tampalan biasa asyik tercabut. Akhirnya jumpa pakar dan ini yang dia rekomenkan. Worth it juga sebab bertahan lebih 10 tahun.




Lihatlah lubang tu setelah tampalan in-lay tercabut. Besarkan lubang, mana tak aku meraung. Gigi tu sakit sejak pertengahan tahun ni. Masa pergi klinik dalam bulan Julai atau Ogos,, minta doktor tu buka tampalan gold-in-lay dan bersihkan apa yang patut. Mana tau ada sisa makanan menyusup diantara tampalan in-lay dengan gigi yang berlubang. Katanya tak ada sebab tampalan tu kemas. Jadi, dia drill di tepi gigi tu nak cari kat mana lubangnya. 

Baru-baru ni , semasa cuti Aidil Adha, pergi lagi ke klinik sebab sakit gigi di tempat yang sama. Minta dia buka tampalan in-lay tapi masih lagi dia berpendapat tak payah, cuma berlubang sikit di belakang gigi yang sama. Katanya akar gigi bermasalah dan dicadangkan samada aku buat root canal aja gigi ni atau cabut dan buat bridging. Duit juga tapi root canal murah sikitlah dibandingkan bridging. Jadi, aku suruh dia tampal dahulu. Tengok macamana. Dia bagi anitibiotik tetapi gigi ni masih sakit sehingga sekarang. Sakitnya terasa sampai ke rahang. Itulah aku mengerjakannya.

Hari ni aku akan jumpa dentist lain. Tengoklah samada boleh ditampal semula in-lay tu atau memang gigi tu tak boleh diselamatkan, cabut terus ajalah. Tak merana badan dan duit. Bridging tu, kemudianlah punya cerita.

Monday, November 28, 2011

Autumn In My Heart

Why photos of autumn in my blog? Wonder why? Yeah, It reminds me of my years in US. Pertama kali menikmati suasana musim luruh di sana, hati terpikat. Daun daun bertukar warna. Warna-warna berbagai, kuning keemasan, merah. Begitu memukau. Indahnya ciptaan Illahi. Di antara 4 musim, aku paling suka musim luruh. Memang teruja bila musim panas bertukar ke musim luruh. Suhupun tidaklah membahang sebagaimana musim panas. Tidak menyusahkan seperti musim sejuk. Beautiful scene, nice weather, sesekali berdepan dengan angin sejuk. Bila terlalu sejuk, keluarlah kepulan asap dari mulut kami. Roomate aku dan aku begitu teruja ketika itu. Alah, selalu tengok dalam cerita dan kini mengalaminya sendiri.

Satu peristiwa yang jelas dalam ingatan aku ketika musim luruh bila aku tak memakai pakaian yang sesuai dengan cuaca itu. Kadang-kadang, kita tertipu dengan apa yang dilihat. Semasa nak bersiap-siap, aku melihat cuaca di luar begitu tenang. Langit cerah. So, aku memutuskan hanya untuk menyarung vest over the shirt. Aku tak membawa jaket or windbreaker. Memang aku malas nak pakai extra jaket, apatah lagi yang tebal dan memberatkan aku. Bila keluar rumah, dah terasa sapaan angin sejuk tapi aku membiarkan. Di hentian bas, makin terasa cengkaman angin sejuk sehingga ke tulang hitamku. Bas pula lambat datang. Nak balik, takut tertinggal bas, miss pula kuliah. So, bertahanlah aku dengan bibir terketar-ketar menahan sejuk. Dalam hati, seribu penyesalan. Namun aku maintain cool dengan kehadiran abang handsome yang sama-sama menunggu bas. Biar sengsara asalkan bergaya.

My classmate once said, musim luruh musim cinta baru bercambah. Kenapa ya? Namapun fall kan, sinonim dengan jatuh hati. Tapi penjelasan logik aku, well, semester baru, banyak wajah baru. tak mustahil ada yang tersangkut seusai perkenalankan. Aku tak terkecuali. Turut mengalami first crush dengan mat salleh yang sama sekelas dengan aku. Dan aku akan terlekat di bangku bangunan fakulti kami hanya untuk mencuri pandang wajahnya sebelum pulang ke rumah. Yalah, bukannya hari hari kelas sama dan kalau aku tak memandang -wajahnya walau seharipun, mesti angau beb. Aku suka memasang angan-angan yang dia akan menyedari kehadiranku dan melamarku menjadi kekasihnya. Hahahaha, standardlah tu, darah remaja. Namun angan-angan tinggal angan-angan.  Dan bersama berakhirnya musim luruh, berakhirlah juga crush aku padanya.