NUFFNANG ADS

Please click here
Loading...

Tuesday, July 31, 2012

D-day for exam registration

Lega, kalau tak mesti aku miss sitting untuk exam ni. Last date to register today. Memang mengharukan betul. Since end of last year, memang banyak perkara yang mengharukan menimpa aku and badly, yeah badly I want to confide with my parents but simply I can't. Banyak lagi matters yang important than me, lagipun they are too old to be burdened with my bad decision. Cuma satu yang best, I passed one exam and sob, sob..I fail one subject.

Dan aku become more sensitive yet it is still hard to cry. I would only cry for things not related to me such as watching sad movies or cry with happiness whenever I saw someone achieved their goal. And the planned trip to Johor Bahru also really frustrated me. I hope it can cheer me up but at the end, it eating me inside. Had been planning our trip back in US during our student years where we are quite organised (of course we did changed the plan, it became plan 1, plan 2 etc but it still enjoyable), this one really sucks. 

Simple thing, it is the transportation arrangement to JB. And I become the odd person in the trip. At the end I have to trouble my brother to send me back to KL. Kacau plan dia and I felt sorry bila tengok dia letih. Dan there it goes makan asam pedas di Melaka which was initially on the plan. I tak pernah makan di situ. When was the last trip to Malacca...oh it is about 21 years ago, attending wedding of my best friend. In my mind, it happened again. I was played again. Last time, it was the same thing. I was the first one to be invited to Kota Bharu. Then in the excitement, they kept adding up people and at the end I have to pull myself out as I know there was no room for me in the car. I told them my leave was not approved but the actual fact, I was the one who is canceling my leave. Once bitten, twice shy but in my case, I never learn. Next time, I have to make sure there is seat for me and place to stay. And they really serious in extending the invitation to me.

Dah mengarut ni. Actually what I wanted to say is I managed to send my exam registration form by today. And I decided to drop one subject. Lemme concentrate on tax matter first. Aeiyyah...I really haven't started going yet. PG said, "I haven't seen you study yet. Are you really sure want to sit for the exam?" Of course. I am waiting for my mood comes to study. After I clear the house. And on long break. Hehehehe. So many things, so little time, with thin pocket. Or shall I said it, broke? Ah..this raya would just be a gloomy raya. LET ME PASS THE EXAM.

Wish me luck.

Monday, July 30, 2012

Prof. Muhaya - Pejam Celik Jiwa Seorang Pekerja

Sedang-sedang mencari informasi di internet dan termasuk dalam lamanbuku, ternampak motivasi dari Prof Dr Muhaya yang disharekan oleh member.

Memandangkan banyak yang boleh dipelajari, I share link di sini.


Sunday, July 22, 2012

Aku dan Cermin Mata

Sepanjang aku memakai cermin mata, pertama kali aku terpaksa berulang-alik ke kedai untuk melaporkan masalah dengan kanta cermin mata. Darah akupun asyik naik, mood kadang-kadang merudum tetapi nasib baik masih belum diserang darah tinggi. 

First time aku pakai my new glasses, penglihatan jauh elok tetapi bila nak mengadap komputer/laptop/handphone, penglihatan masih tidak jelas. Tidak selesa. Dan pada certain angle, bahan bacaan kabur. Oleh itu aku perlu membuka cermin mata bila mmembaca jarak dekat.

Bila aku komplen, mereka akan berkata itu-ini. Geram rasanya dan aku beritahu, aku pun dah expert at wearing glasses dan sudah lama memakai multi-focal glasses. Oops, nampakkan aku sudah tua, terpaksa memakai multi-focal glasses. Dua-tiga buah kedai yang aku pergi asyik berkata kanta cermin mata aku dulu melengkung, sebab itu tak elok. So, this time, kanta cermin mata aku betul-betul flat. Aku percaya it would give perfect vision as it is not based on one opinion only.

Luckily at the time, PG got her laptop with her. I demostrated to them. It is important especially on numerical vision. In my line of work, I am dealing with spreadsheet and numbers. Salah baca satu number would be a total disaster. Dulu selalu salah nampak baca number, payroll tu tak perfect aja. Akhirnya setelah bertukar aduan dan explanation, mereka berjanji untuk memeriksa semula kanta itu. Apparently, kanta itu rosak. See, kalau aku tak komplen, forever aku ingatkan mata aku yang rosak.

Finally yang baru siap. Setelah dapat semula, aku masih tidak selesa dengan penglihatan. Mereka suruh aku cuba dahulu. Sempat aku round di Carrefour dahulu tetapi aku singgah semula di kedai itu. Suruh baikikan sikit kedudukan bingkai. Told him, I nak kedudukan bingkai ini seumpama pengantin yang mana pengantin lelakinya tidak tinggi, so kedudukannya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Yalah, pemegang kanan dan kiri tidak sama posisinya. It was really my first time bila dapat new glasses, the presentation is weird. I mean kedudukan bingkai tidak diubah dengan sempurna. Alasan mereka sebab titanium frame, susah untuk dibaiki. Macam nak terbeliak mata aku tetapi nasib baik aku masih boleh tersenyum.

Balik ke rumah, masih sama. Laptop and handphone screen still tak nampak jelas. Aku cuba pakai spec PG. Walaupun dia tidak memakai multi focal, I just wanted to have the feel. And surprise, I can read short distance writing (walaupun kurang jelas). And she found out memang ada macam bayang pada kanta glasses aku. That's what I saw everytime I put on the glasses. So, 2/3 hari kemudiannya, kami membuat kunjungan hormat lagi. Nak share my discovery so senang nak diperbaiki. Mereka memberi macam-macam penerangan dan aku sudah naik hot. Akhirnya mereka concur dengan aku dan cuba adjust  the lense position. Kanta itu dilengkung sedikit instead of flat. It is getting better. I told them setiap orang mungkin lain cara pembacaan. I tak boleh kalau kanta itu flat. But still tak elok lagi. The boss finally said he knew the reason and asked me to come back on Friday.

Jumaat baru ni, aku singgah di kedai cermin mata setelah menghabiskan masa di wayang. My sister said, "What? Petang megang (ini dialek Trg, merujuk petang Ramadhan pertama or sehari sebelum Ramadhan) you spent in cinema?" Oh well, aku dapat cuti khas, lagipun dapat tiket percuma sempena birthday month. Might as well, aku tengok Amazing Spiderman. If only Jong Hyun from CNblue jadi hero, it would be more meaningfulkan. Hero tak hensem sangatlah.

Back to my glasses. Rupanya dia order silicon untuk hold my glasses in place. Rupanya hidung ni tak cukup mancung untuk hold the frame. If not, I have to buy it but he gave it free. Bosan agaknya menerima komplen aku. But in the first place, he did promise to give the silicone. Masih tak terang lagi and he adjusted the lenses again. Barulah okay, tak adalah aku kena buka cermin mata everytime nak tengok tv or laptop. Honestly, aku betul-betul ingatkan something wrong with my eyes. Ingat dah nak kena check di Selayang Hospital. Betul-betul mood aku depressed. Trauma tau kalau aku start losing my eyesight. Wait, can I sue them for trauma? Hahaha. Just kidding.

Walaupun aku grateful mereka mendengar my complaints and finally act on it, I still have these complaints against them. As a consumer, they should listen to my grouses, not try to rationalize it and made me eat their words. They  counter defence but pointing out on type of lense I choose, the frame, multi focal effect, my astigmatism and funniest is when he said, "oh, you got make-up on the lenses". Bluntly I told him that I am referring to the time which I spent most wearing the glasses at home without any make-up. Of course, whenever I went out, I put thick foundation and sunblock plus powder to prevent UV from getting into my face. So, mestilah melekap di kanta. Mind you, walaupun makeup aku tebal, people tak notice because aku memang cari yang betul-betul sama dengan skin tone. Cuma budak tu aja notice sebab dia check kanta cermin mata aku. Itu yang buat aku bengkek.

Well, at the end, one of the staff told us that their store is cheaper than other store. And PG really gave it to them by saying even tough the other optical store is more expensive but they are more professional and expert on the matter. So it is worth it. Aku pula end up with this store because they have the frame that I like, explanation was good at the time and service masa tu kiranya tip-top. Rupanya, betullah, even though you are a good talker, it is not necessary made you an expert. Some people can talk well but they are lacking in the experience. That's why if you are a college graduate or professional member, you are still lacking if you have not had sufficient experience. So, never look down on people without degree but having rich experience. You may learn something from them.

Anyway, I am glad it is over, no more complaint trip to optical store. Yes!!!!! Bukan senang nak kerja aja tetapi senang nak main game.


Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah. Hari ini selesai umat Islam di Malaysia menyambut hari pertama berbuka puasa di bulan Ramadhan. My sisterpun balik kampung. PG balik kampung. Nampak gayanya aku sorang-sorang makan. Tak kisahlah. Nak pergi rumah my uncle di TTDI or AU3 pun malas. Saudara tak ramai di sini except my sister, my brother, two uncles and cousins. Ah ah, lupa, I have ramai cousin di sini juga. Saudara jauh jauh seperti nenek saudara, dua pupu, tiga pupu atau kupu-kupu tu ramailah. Tapi kami tak rapat sangat sebab family aku ni cuma kunjung mengunjung setakat adek-beradek my parents aja. Yang lain-lain tu kalau ada kenduri kahwin, doa selamat or kematian or terlajak sampai.

Anak saudara sorang tercampak di Teluk Intan. Baru aja mulakan tugas as doktor di sana. Macamanalah agaknya dia berbuka puasa tetapi dia dah biasa tinggal di asrama. Should be okay. Dan Farah pula, of courselah balik ikut Mama dia ke Kuala Terengganu. The rest anak saudara berada di Kuala Terengganu. Dengar khabarnya, mereka balik ke Jerantut(kampung mak mereka) untuk sambut Ramadhan. 

Sebenarnya akupun dah biasa dulu berbuka puasa sorang-sorang. Lagi relaks kalau sorang-sorang as it is more simple. Just grab 1 or 2 slices of kuih, then solat maghrib. Kemudian, off ke surau. Balik tu, baru cari makan. But if family around, memang makan besar. Aku pula kuat minum air. Bukan posa ni, my favorite drinks are air tebu dan air kelapa. Coke tolak ke tepilah. Unless those two drinks tak ada. But most of the time, plain water. Kalau nak minum air panas, tunggu bila ke rumah my sister di Sg Buluh or balik kampung. Of course, favorite air panas is air kopi. Tehpun, okaylah. Cuma nak harapkan aku buat? Entahlah. 

Sempena Ramadhan ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga dapat menunaikan banyak ibadah especially Solat Terawikh dan Witir. Sudah lama aku tidak ke surau untuk berterawikh disebabkan masalah lutut. Kalau tunaikan di rumah, selalu tertinggal dan tak merasa sangat kemeriahan berada di dalam jemaah. Ingat jangan membazir, nanti objektif berpuasa tidak kesampaian.


Sunday, July 1, 2012

Reflection

Alhamdulillah. I am blessed with good people around me. I am satisfied though having only a few people who care enough to share my ups and downs. I am grateful to them for always running to me with help, relieves some of the burden and lending their shoulders for me to lean on. I am not good in expressing my feelings but I hope they know how grateful I am to have them as family and friends. This status is my appreciation to all of you who have been keeping me company no matter what my situation is. You know who you are. A big thanks. May your life be blessed by Allah S.W.T.

Everytime I got what I want, I feel so ashamed as I know that I have not really done my deed as a good Muslim. Most of the time I am swept away by the sweet temptation. At times, I succumbed to these bad desire. When I ponder about it, most of things I wish, I got it eventually. Always desire to join slimming course and I got it. Of course, sometimes bad things happened but I am glad because in such a way, it helps to bring you back to your senses. And it makes you stronger.

So, counting my blessing, I have to work harder to be good Muslim. Be good to my parents. And eventually to society. Give back what you have to them, not necessary in term of monetary.

S.O.S Dari Kampung

Aku tidur pukul bila azan Subuh sudah selesai berkumandang pagi tadi. Entah apa-apa yang aku buat tadi. Lelapkan mata seketika. Bangun, tidur, bangun, tidur melayani mata yang berat ini. Kakak dan anak saudara sudah bersiap nak balik. Ingatkan nak masak nasi minyak tetapi anak saudara nak balik awal hari ini. Tak masaklah nampak gayanya. Bukan apa, aku sudah makan nasi banyak Jumaat dan Sabtu baru ni. Itu sebab aku malas nak memasak nasi.

Tetapi yang aku nak ceritakan tentang panggilan kecemasan dari ayah aku. Entah apa yang dibuatnya, dia tersilap tekan button pada remote tv atau astro, akupun tak boleh nak agak. Sebab katanya aku yang tolong belikan tv baru, semestinya aku tahu segalanya. Masalahnya aku tidak memiliki tv seperti dia. So akupun tak faham sangat function VOD help. Tak boleh nak figure out. Kalau jawab tak tau, mesti sentap punya. So, bila aku tanya ada function apa atas remote atau button apa yang dia tekan, diapun tak tau. Camner nak tolong.

Dulu bila ada problem astro aja, dia mesti call. Kadang-kadang pagi butake, malamke? Entahlah, seolah-olah aku yang bertanggungjawab di atas kerumitan menonton tv. Sebabnya aku suka rekomenkan tv yang canggih dan juga upgrade astro to astro beyond. Itupun, nasib baik aku tak suruh dia beli tv 3D. LOL. Nak kata tak tahu, mesti dia sakit hati tetapi camner ya. Kesian pula, sudahlah kepala aku semacam aja dek masa tidur yang singkat. Rasanya memang masalah tv, bukan Astro. Macam inilah bila sudah menginjak usia senjakan. Esok-esok, akupun macam tu. Agaknya masa aku tu, pecah tv tu kalau terjadi macam tu. Hahaha. Nantilah, aku suruh dia call anak sedara aku.

Kesian pula, mesti nak tengok program tv 9. Selalunya ada kuliah. Nanti aku call semula. Time macam nilah, rasa nak temankan dia orang tinggal di kampung.