NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, March 13, 2012

Gaji Staff Baru Lebih Tinggi

Sebenarnya inilah antara isu yang sering diperkatakan setiap kali ada staf baru menyertai sesuatu syarikat. Memang betul isu gaji adalah sesuatu yang sensitif tetapi malangnya ada juga yang suka mencanang sana-sini tentang gaji seseorang.

Jika kita merasa majikan telah berlaku tidak adil kerana memberikan gaji yang lebih tinggi kepada staf baru berdasarkan temuduga, pengalaman dan sijilnya, apakah yang perlu kita lakukan.

Sesuatu yang positif adalah kita perlu meneruskan kerja kita dengan lebih cemerlang semoga disedari oleh majikan. Tetapi adalah salah jika kita tidak bekerjasama dengan staf baru dan menjadikannya "punching bag" untuk melepaskan kekecewaan anda. 

Dan jangan sesekali mengungkit gaji banyak sebagai alasan untuk staf tersebut membuat kerja banyak dan menumpukan masa yang lebih kepada kerja berbanding anda. Ini tidak akan menjadikan anda sebagai hero, sebaliknya akan menjatuhkan lagi nilai anda di mata ketua anda. Anda akan kelihatan seperti seorang yang cemburu dan sentiasa iri hati pada staf lain.

Jika masih tidak berpuas hati, cubalah berbincang dengan bos anda secara elok. Usah dipulaukan atau kedekut untuk berkongsi ilmu dengan pekerja baru. Jika tidak mendapat ganjaran sepatutnya dari syarikat, InsyaAllah anda akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. Jadikan ini sebagai kemuncak hidup kita sebagaimana kata Prof. Muhaya.

No comments:

Post a Comment