NUFFNANG ADS

Please click here

Monday, March 5, 2012

Pening dek Penyewa

Letih kadang-kadang melayan karenah tenant. Akupun pernah menjadi tenant tapi kita duk elok-eloklah sebab rumah orangkan.

Hari ini, anak buah aku finalize everything dengan tenant dia. Suami dari Nigeria dan isteri Malaysian Indian. Kesian, akupun luangkan masa untuk settle.

Simamat tu tak bayar air dan letrik dari bulan Julai lagi. Sibuk dia duk beritahu pasal utilities deposit dia sebanyak RM400 sedangkan bil air RM235 plus bil letrik sehingga Dec 2011 sebanyak RM542. Dia tunjuk notis tunggakan bertarikh 12 Dec sebanyak RM361. Aku beritahu yang bil tu belum termasuk December 2011.  Dari tarikhpun, kita boleh tahu. Nak suruh offsetkan which aku tak setuju sebab bil Januari dan Februari this year belum lagi dapat bil.



Bila call TNB, kami diberitahu sebenarnya bekalan elektrik sudahpun diputuskan pada bulan December tetapi TNBpun pelik kenapa meter masih lagi menunjukkan ada penggunaan sehingga sekarang. Ada yang buat sambungan haram kot.  (Hehehe, si Mamat Nigeria ni melenting kata aku tuduh dia, sapa makan cili, dia rasa pedas.) So, TNB tak nak bagi bil Jan dan Feb 2012 sehinggalah kami settlekan outstanding. Akhirnya dia nak bagi duit untuk clearkan bil air dan elektrik sebanyak RM361 sahaja. Tetapi entah macamana dia bagi another 1 mth sewa, katanya untuk outstanding. Aku suruh anak buah aku ambil dulu. Sebab balanace letrik sebanyak RM181 dia tak nak settlekan lagi, belum termasuk lagi January dan February 2012. Tak tahu RM400 itu cukup atau tidak.

Rumah tak tau lagi macamana. Tengok-tengok semua pintu bilik hancur. Aku pelik jugalah sebab usia rumah tu sama dengan rumah aku. Pintu bilik aku masih lagi okay. Ini seolah-olah ditendang atau apa agaknya. Duit itu bolehlah mengganti ke empat-empat buah pintu serta juga cat semula dinding yang berconteng tu. Bolehlah diupah cleaner untuk mengalihkan barang-barang yang ditinggalkan macam tu..

Access cardpun tak nak dipulangkan. Geram betul aku. Setelah bertekak, dapatlah semula Master access card. Kami sudah suruh management blockkan dia dari masuk dan juga cancelkan supplementary access card. Macam-macam, letih betul.

Paling kelakar, dia boleh kata kami tak faham sebab English dia bagus. Hello, sedarlah sikit. English cacai-marba, tak faham tengok date bil. Apa-apapun, alhamdulillah, semua sudah selesai. Aku rasa hari ni cukup memenatkan, dah buat aerobik ajalah di rumah tetapi tak naklah sampai impact kuat pada lutut.

No comments:

Post a Comment