Aku nak share our experience dealing dengan sikap "selfish" sesetengah drivers di Malaysia. Paling ketara bila sampai bab-bab susah nak cari parking kat Malaysia. Kerajaan Malaysiapun satu, kerja dia asyik approved bangunan without ample parking. Nak suruh pakai public transport tapi hampeh, apalah yang mereka buat untuk ensure efficient public transport. Aku nampak golongan tertentu aja yang duk dapat durian runtuh. Kalau pekerja swasta ni, bukan semua yang bernasib baik dapat good perks unless kerja dengan syarikat minyak.
Sebelum melalut, hari tu adik aku sekeluarga singgah sekejap di IJN sebelum ke Jerantut. Nak visit my uncle itulah. 2 round pusing sambil mulutnya berzikir ar-Razak, dengan izin Ilahi, dapatlah parking. Rezekinya, tak sampai setengah jam berpusing dalam parking tu. Aku dulu, duduk dalam kereta 1 jam menunggu parking sampai habis sebungkus nasi lemak. Nak block orang, nantikan susah orang pula. Bimbang nanti diapakan kereta aku...hehehehe. Sayang, instalment tak habis lagi woi...tak sampai setahun lagi.
Kami panggil security dan tanya siapa parking, camner bagi parking sebab menyusahkan orang. Jawabnya dah cakap tapi dia letak juga bila guard tak pandang. Yang bangangnya tak letak contact no kat mirror depan atau bagi ajalah pada guard untuk kami contact (kalau dah segan nak pampang). Nak gerakkan pun tak boleh sebab handbrake keretanya diangkat. Guard panggil parking operator ke situ. Kami suruh paging tapi dia suruh adek aku cuba dulu. Sebelum tu dah 2 kali kami cuba tapi tengok dah sipi benar dengan kereta sebelah, tak berani juga. Aku suruh clamp aja atau tow keluar, geram bebeno ni.
Kami buatlah lagi tapi sekali ini dengan bantuan security dan parking operator tapi 2/3 kali cuba, akhirnya mereka angkat tangan. Seriaulah kalau hit kereta sebelah. My brother sayang juga keretanya, tambahan tak pasal kena ganti kerosakkan kereta sebelah sedangkan malaun tu terlepas. Masa tu dah lebih setengah jam. Parking dah bayarkan...aku betul-betul hot. Akhirnya operator paging tapi memang busuk hati dan tak ada adab betul, setengah jam kami tunggu tapi dia tak muncul. Memang akal pendek, tak ada timbang rasa. Masa sudah terbuang 1 jam lebih. Kereta yang lalu suruh kami reverse dan hit aja kereta tu. Adek aku kata, nasib baik keretanya baru. Terlintas juga idea nakal, kalau letak kertas kotak tu, agaknya damage tak kereta adek aku kalau langar kereta dia.
Memang aku hangin, lagipun aku nak balik study. Nasib baik, akhirnya ada Mamat India ni yang offer nak tolong guide adek aku reverse kereta tapi dekat 15 minit jugalah untuk berjaya reverse kereta ni. Sempat aku coretkan note untuk manusia yang tak reti bahasa ni. Kami tahulah susah parking tapi hang dah cuba ke parking satu lagi dalam building? Kalau tak ada juga dan terpaksa parking dalam keadaan menyusahkan orang lain, either kamu turunkan handbrake atau tinggal contact no pada cermin kereta or guard or parking operator atau pasang telinga pada paging yang memanggil nama kamu. Janganlah jadi manusia bangang. Kalau mampu beli kereta Persona, mestilah sekurang-kurangnya kamu berpelajaran. Maka, jadilah orang berpelajaran dalam hidup bermasyarakat.
Sorryler entry ini memang cukup emotional. Kalau terkena pada owner yang membaca, boleh tinggalkan ulasan sebab my brother cari you. Sekurangnya aku tinggalkan pesanan penaja sahaja dan tidak melanggar kereta atau memecahkan cermin untuk mengangkat handbrake seperti yang disuggest oleh pemilik kereta lain yang menyampah dengan perangai orang seperti kamu.
No comments:
Post a Comment