NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, March 8, 2012

News From IJN

Dalam pukul 10.30 pm semalam, dapat berita yang pak cik ku dalam keadaan kritikal selepas menjalani endiogram. Aku jemput kakak aku di rumah dan dalam pukul 12 am, kami sampai di IJN. Pakcik aku dan keluarga sudah menunggu di sana bersama isteri pakcik aku dan anaknya. Tetapi disebabkan doktor masih melakukan suatu proses, kami menunggu di luar sehingga dalam pukul 1 am, barulah boleh menjenguk. As per perocedure, kami masuk dua demi dua, agaknya supaya tak mengganggu patient lain.

Sebenarnya, dia tidaklah di dalam kritikal, cuma ada beberapa komplikasi yang menyebabkan dia diletakkan di CCU untuk observation. Dia dalam keadaan sedar dan boleh bercakap. Keadaan buah pinggangnya yang dikatakan teruk dan mungkin stress atau resah selepas endiogram, dialysis tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Tambahan pula ada pendarahan dalam perut yang tidak dapat dipastikan puncanya. Selepas endiogram, doktor memberikan ubat untuk cairkan darah supaya tidak berlaku clogging tetapi disebabkan masalah pendarahan dalam perut, doktor berjaga jugalah. Semasa kami sampai, isteri memberitahu yang 2 paket darah telah dimasukkan.


Bila finally berjumpa, nampak dia dalam keadaan sedar tak sedar. Mungkin sebab ada kesan bius. Aku tak pasti tapi khabarnya disebabkan dia gelisah, doktor bagai bius sebab mereka nak teruskan dialysis sebaik ada mesin available. Aku tengok diapun dalam keadaan tak sedar menerima tetamu. Jumpapun sekejap aja, kami semua balik sebab tidak dibenarkan menunggu di situ. 

Pagi ini, isteinya memberitahu pak cik aku sudah stabil. Sembab/bengkakpun sudah surut. Mungkin kerana dialysis telah dapat dijalankan sepenuhnya. Alhamdulillah. Pak cik aku pun seronok melihat seorang lagi anaknya yang sudha hampir 2 minggu tak bertemu. Katanya dia tidak ingat apa-apapun yang berlaku semalam. Tetapi kami masih menunggu untuk berjumpa doktor bagi mengetahui keadaan yang sebenar. 

No comments:

Post a Comment