NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, March 31, 2012

Jobstreet.com MCTF'12 (career fair)

Kelmarin, aku temankan member aku pergi ke career fair anjuran jobstreet di Midvalley. Adek-adek yang baru graduate, masih belajar atau sedang mencari pekerjaan, pergilah. Atau yang masih nak buat job-hopping macam aku, parents ke, pergilah. Samada register via jobstreet or kat situlah. Senang aja register online. Kelakar pula dok pakai bracelet yang dibagi. Limitedke tempatnya?

Career fair ini diadakan dari bermula 30 Mar hingga 1 April 2012. Bersebelahan pula, ada education fair di hall 3. Banyak syarikat mengambil bahagian dalam career fair ini. Diantaranya ialah Nestle, Panasonis, HP, AEON, Top Glove, bank seperti Affin, Maybank, CIMB dan F&N. Bolehlah anda survey pasal company dan mengetahui serba sedikit pasal company dan hala-tuju mereka. Aku ni tak pernah tanyapun hala-tuju company, asyik fikir reward, reward...jangan tiru. Namun, aku tak buat macam itulah masa di career fair.

Orang ramai but I bet hari ini, lagi ramai agaknya. Sampai kat sana, seronok pula mengumpul souvenir seperti bag dan small goodies. Kawan akupun pelik, sebab dia kata nanti bersepah rumah. Gasaklah, rumah akupun sedang bersepah. Nak dapat goodies, dropkan resume atau participate in survey. Disebabkan resume bawa tak banyak, aku pilih-pilih company mana aku nak bagi resume. Hahahaha. Berdasarkan souvenir. Resume tak cukup? Jangan risau, anda boleh photostate di situ, free of charge tapi maximum 3 salinan sahaja. Aku berulang tiga kalilah. Last-last, aku dah penat. Lagipun sesetengah company kedekut nak bagi souvenir, apa salahnya bagi, upah aku berjalan. Dahaga, aku jenguk booth F&N. Ada minuman disediakan. Nestlepun ada provide juga. Beside goodies untuk participate dalam survey, Nestle ada sediakan juga Cruncy bite wafer. Aku ambil 2, bolehlah alas perut.

Sudah lain pula jadinya tujuan ke sana kan. Tetapi kalau anda betul-betul serius pasal mencari peluang pekerjaan dan mengenali syarikat ini serta peluang pekerjaan, jangan berlengah. Hanya dengan berada di sini, anda dapat mengumpul maklumat dari banyak syarikat.





 


Diantara beg dan goodies yang aku dapat. Seronoknya.






Aku paling seronok dapat bag dari AEON ni.

No comments:

Post a Comment