Kelihatan dari balconi rumah, barisan rumah-rumah teres mengganti pokok-pokok kehijauan. Semasa kempen jualan rumah, salesman berkata pilihlah this countryside view sebab pokok-pokok menghijau, nyaman mata memandang. Akupun okaylah, sejuk aja rumah aku. Tapi Tipah tertipu rupanya. Pokok-pokok ditebas kesemuanya. Sekarang ni panas. Tapi kalau aku nak marahpun, mesti orang asli yang pernah mendiami kawasan ini lebih terasakan bila tanah mereka diratakan dan dibersihkan untuk sebuah pembangunan. Mesti mereka merindui suasana dulu ya. Aku gambarkan mesti indah berada di perkampunga yang dikelilingi pokok-pokok menghijau, bukit-bukau dan tasik-tasik kecil.
Alhamdulillah, pemandangan ini masih bisa ditatapi. Dapat juga menenangkan jiwa yang ribut.
Aku suka melihat pemandangan sini. Sebelah kondo tu(Armanee), ada sebuah taman nature yang dikekalkan. Dari jauh, aku dapat melihat sebuah bangku di atas bukit kat taman itu. Harap-harap dikekalkanlah, jangan diclearkan taman tu.
No comments:
Post a Comment