First time makan mee calong masa visit kawan di Kemaman dalam tahun 2009 rasanya. Dia bawa aku ke Kuala Kemaman di mana banyak makanan berasaskan ikan yang dijual di sana. Tapi calong tu biasalah makan. Mak aku suka buatkan calong dan masukkan dalam tumis air sayur. Mesti banyak calong dibuat sebab aku suka meratah.
Last Saturday, aku buatlah bihun calong. Selalu mak aku gunakan ikan selayang (sardin) tetapi kali ini, aku malas nak deal dengan ikan kecil ni. So aku gunakan sekeping ikan tenggiri dan sekeping ikan tongkol. Rupa-rupanya ikan tenggiri ni melekit sedikit bila hendak dibentuk tetapi ikan tongkol senang sikit dibentuk.
Bawah ni, aku sharekan resepi bihun calong aku. Untuk mee calong, kita tak semestinya guna mee saja. Boleh juga digunakan bihun, kuew tiaw, mee lidi atau apa-apa saja. Macaronipun boleh digunakan.
Bihun Calong (tukar nama sebab aku guna bihun).
Bahan-bahan:
2 keping isi ikan tenggiri
1/2 paket bihun (rendam dahulu)
2/3 biji bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudu besar lada hitam (boleh kurangkan kalau tahan pedas)
3 biji telur.
100 gm daging (dipotong nipis-nipis)
3 ekor sotong saiz sederhana
Carrot
Kobis
Garam/gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk sehingga halus. Ketepikan.
2. Isi ikan ditumbuk sehingga hancur. Campurkan sedikit garam
3. Bentukkan bulat-bulat. Untuk memudahkan, basahkan tangan semasa membentuk calong itu.
4. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
5. Bila sudah naik bau, masukkan hirisan daging dan sotong.
6. Kemudian masukkan air.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Bila daging sudah empuk, masukkan calong.
9. Bila sudah mendidih, masukkan sayur carrot, kobis dan bihun.
10. Pecahkan telur.
11. Bila sudah masak, bolehlah dihidangkan.
Kalau aku, biasanya suka makan mee/bihun calong dengan sos tomato sahaja sebab lada hitampun sudah cukup pedas.
Oh ya, nak kaw lagi, gunakan ketam atau udang lagi best. Aku dengar dalam perubatan Islam, hidupan laut tidak boleh dicampurkan dengan hidupan darat. Memandangkan calong ini diperbuat dari ikan yang berasal dari laut, eloklah rencah ini dari laut juga seperti ketam, udang atau sotong.
No comments:
Post a Comment