NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, March 9, 2012

Nasi Lemak CT Garden

Ingat tak aku cerita pasal nasi lemak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman tetapi aku lupa nama kedainya. Lepas melawat pak cik aku malam kelmarin, aku dan kakak aku singgah makan nasi lemak di sana. Sudah hampir pukul 2 pagi, banyak lauk yang sudah habis. Nasi lemak pula sudah siap dibungkus pada harga 80 sen satu. Atau boleh juga meminta nasi lebih. Malam tadi, sekembalinya dari IJN, kami singgah lagi tetapi kali ini pak cik aku sorang lagi dan isterinyapun join sama. Pak cik aku makan 4 bungkus.

 Terletak di belakang dewan Sultan Sulaiman. Masuk melalui Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru

 Lauk-lauk cuma tinggal sedikit lagi sebab sudah pukul 2 pagi.



 Pekerja-pekerja sedang membungkus nasi lemak.

 Nasi lemak sedang dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada pelanggan

 Nasi lemak dan sambal paru

Meja cashier dan minuman

Aku memang tak segan untuk rekomen kedai ini. Sudah hampir 10 tahun aku menjadi pelanggannya. Aku diperkenalkan oleh rakan yang sama-sama main bowling. Kemudian, selepas aktiviti berenang, aku pasti singgah di sini. Sekembalinya ke sini, aku menjenguk lagi kedai ini. Rupanya pak cik akupun pernah makan di situ. Dan rupa-rupanya diapun tercari-cari kedai ini. Nasib baiklah aku membawanya. Pak cik inipun dischedulekan untk endiogram di UH pula.

No comments:

Post a Comment