NUFFNANG ADS

Please click here
Loading...

Sunday, April 29, 2012

My cousin's wedding

Alhamdulillah. Majlis pernikahan dan resepsi di sebelah pengantin perempuan telah selesai. Dengan sekali lafaz, my cousin dah jadi suami orang dah. A handsome couple, semoga perkahwinan mereka dirahmati dan dilindungi dari segala masalah dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Menunggu ketibaan pengantin perempuan di Masjid Cedang untuk majlis pernikahan
Khusyuk mendengar kata-kata Kadi. Kadi ni kelakar juga, okaylah kan, pengantinpun boleh hilang darah gemuruh

Upacara menyarung cincin
Majlis resepsi

Saturday, April 28, 2012

Here we goes - another wedding to attend

Aku dah siap untuk ke majlis akad nikah cousin aku di Seremban (kawasan sekitar situlah kot). Kuih seri mukapun sudah siap tetapi pulutnya terlembik. Aku agak sebab beras pulut direndam lama kot. Sepatutnya kurangkan airlah kan.

Menunggu anak saudara aku pula balik dari surau. Harap-harap boleh sempat sampai. Nanti kat mana nak jaja kuih ini.

Sebahagian hantaran yang siap digubah. Sirih junjung belum ada lagi.
Kuih seri muka yang pulutnya lembik. Soriler.
Aku bawa kamera tetapi sampai sekarang tak pandai nak shoot gambar. Kamera tak adalah canggih sangat tetapi bolehlah tahan harganya semasa dibeli dulu. Moral of the story, tak guna ada  kamera canggih kalau tak pandai nak guna. Baik pakai camera handphone sahaja.

Okaylah, anak buah dah call. Chow dulu.

Belajar buat Kuih Seri Muka

Masa terluang banyak dan in my own home where it is most comfy to try recipe, aku semakin rajin mencuba buat kuih dan masak nasi/lauk. Setback tak ada member nak dijemput makan because my house still macam dipukul ribut keadaannya.

Sudah lama nak cuba buat kuih ni. My sister, she is the expert. Confirm dengan dia regarding bahan-bahan untuk seri muka. Aku cuba buat sukatan sendiri. 

Cubaan Pertama
Cubaan kedua - buat dalam bekas kecil
Setelah dikeluarkan dari adunan
Suka sangat tapi tak tau should I modify the ingredients. I think it is okay.
Pagi ni aku kukus 20 biji saiz di atas atas request my uncle. For breakfast kat hotel sementara nak berarak ke rumah pengantin perempuan. Paling best buat kuih ini kalau orang enjoy our foodkan. 

Kaitan umur dan model kereta

Siang tadi tengok kereta kotor sangat. Dah lama nak cuci tapi tak terbuat-buat lagi. Walhal ada car wash kat commercial parking bersebelahan dengan rumah aku. Malas nak tunggu kereta dicuci dan macam biasalah, malas bila fikir kena berpusing turun dari parking aku dan naik semula commercial parking tu. Hi, kalaulah ada magikkan, angkat terus kereta ke parking bersebelahan..taklah sebelahan tapi dibawah aja. But since commercial area, aku kena masuk dari arah lain. Mesti you all pening apa yang aku nak cakap. Tak payah cakaplahkan.

Yang aku cerita ni, bila sebut pasal cuci kereta, teringatlah aku masa aku hantar kereta cuci di Kuala Terengganu. Taulah budak-budak kerja ni, ada yang sempoi, cakap lepas aja. Dah hantar kereta untuk cuci, terpaksalah aku tunggu sorang-sorang sampai kereta siap cuci. Tetapi seronok juga sebab bila tengok kereta itu disabunkan dan disemburkan air, aku mesti terfikir kereta tu mesti seronok giler. Yalah, kalau kita dapat mandi lama-lama, tambahan pula time panas-terik, mesti rasa seronok. Akupun tumpang seronok bagi cik kereta. Lagi seronok kalau terkena tempias air yang disembur. Alah, macam kipas yang pakai air tu. Nyaman aja. Keretapun mesti nyaman.

Thursday, April 26, 2012

Bila PG datang ke rumah

Dua hari ni asyik sibuk memanjang kononnya. Oh yes...lama tak buat facial. Tiba-tiba Farah, my niece called me. Nak belanja I buat facial. Walaupun tak buat di salon, just called that person datang rumah, it was totally nice. Thanks so much, you know how much your auntie enjoy pampering herself. Nanti bila I kahwin dengan Usher, oops, tersilap beranganlah pula. Nanti I banyak duit, I belanja you pergi buat facial di Herbaline. Kenalah cakap macam tu sebab beratur anak saudara ni tunggu dibelanja. Masa kecil, teman aku bergurau, besar pula teman aku bergaduh dan bila mereka ada kerja, mereka rajin belanja akukan. Tapi Farah tak kerja lagi tapi dia ni aku bajet kaya esok-esok sebab dia mesti berusaha kuat mencari rezeki sebab dia suka membeli barang. Kalau tak dapat beli barang, muka monyot. Hahahaha.

Semalamkan, PG datang rumah. Diakan ada business sendiri but recently dia kerja di syarikat jual bunga coz nak ambil experience belajar gubah bunga. Bos tu pula offer juga dia kerja bahagian ofis. So, lembiklah dia, business lagi dan kerja long hours di kedai and ofis syarikat. Bertahan, akhirnya dia dapat kerja baru. Bolehlah cuti hujung minggu macam orang lain. Petang semalam dia lepak di rumah. Tapi akukan mak tiri. Bila dia asyik tanya pasal citer Fashion King tapi mata dia kat laptop, aku mulalah sakat dia, marahlah. Stress member. Kesian dia. So, pagi-pagi tadi, aku goreng mee hailam. Cakap mesti dia sukakan sebab dah lama aku tak masak. Siap minta resepi lagi.

Macam biasalah, aku masak campak-campak. Ketuk bawang putih, panaskan minyak dan campak bawang putih. Naik bau aja, aku letak ayam dan kemudian lada besar yang dimayang. Letaklah sos tiram dan kicap manis. Kicap cair ngan pekat tak ada. kalau tak, campur ajalah. Letak air dan campak sayur, telur yang digoreng terlebih dahulu dan 1/2 paket mee. Senangkan. Makan panas-panas, nanti kering air tu. Resepi, susahlah sebab tak sukat.

Camner PG boleh tertidur di rumah ni? Padahal rumah dia tingkat bawah aja. Sebab aku terbongkang tidur dulu sebelum dia. Kejut angkat taliponpun, aku tak bangun. Agaknya dia malas nak balik, camner nak kunci pintukan. Aku pula tidur nyenyak selepas review semua artis-artis Koreakan. Kena cuci mata sikit dulu. Sebab tidur awal dalam kul 11 malam, pukul 4 pagi dah terjaga. Tulah tengok PG pula terbongkang tidur kat ruang tamu. 

Tuesday, April 24, 2012

Love Dust


sekarang ni dah tambah satu lagi, bukan sekadar demam drama Korea dan juga variety Korea, dah mula suka tengok K-Pop. Dahulu aku selalu gelakkan anak saudara aku dok search youtube pasal bintang Korea ni. Apahal budak-budak ni. Ni terjangkit kat aku pula. Budak-budak tu tak apalah, muda lagi, nik mak cik yang dah tua reta. 

Cuma satu aja aku nak sentuh kat sini. Aku seronok tengok artis muda Korea yang lebih top tetapi mereka sangat menghormati senior mereka. Tak tahulah kalau berlakon aja tetapi kita boleh tengok dari perbuatan yang selalu tunduk hormat kepada yang lebih tua dan facial expression mereka walaupun orang itu kurang popular dari mereka. Pakaian tak boleh tirulah, terlalu singkat dan pergaulan mereka yang bersentuhan itu sebab tuntutan agama kitakan. Cuma perhubungan mereka ini yang perlu diikuti.  

Dan artis seniorpun nampaknya mengkagumi bakat mereka. Sikap rendah diri ini kot, rajin berlatih dan berdisiplin dengan peraturan pihak pengurusan mereka yang mampu membuatkan mereka menebarkan sayap di luar Korea Selatan. Satu lagi interaksi dengan peminat. Sebenarnya aku rasa dia orang sangat menghargai peminat, sebab itu mereka berhati-hati dengan tutur kata dan perbuatan.

Sunday, April 22, 2012

Majlis Baca Yassin di rumah anak buah

Semalam aku dan adek-beradik pergi ke rumah anak buah aku. Dia baru aja berpindah ke rumah di salah sebuah apartment di Setiawangsa. Duduk berdua dengan adeknya. Kami pergi untuk baca Yassin dan berdoa sikit-sikit supaya selamat mereka duduk di sana. Walaupun ada security, kena berhati-hati juga.

Kita pakat-pakatlah bawa makanan sedikit sorang. Bolehlah juga berkumpul. Dah berkumpul, kesian nak tinggal dia, aku tidur sana semalaman. Kakak aku kata macam arwah nenek aku pula, asyik melompat. Hehehehe. Anak cucu, sedikit sebanyak adalah mengikut.

Pot-luck. 

Dessert memang banyak

Satay ni Ayah Su yang bawa tapi tersalah beli dari kedai lain. Tak kisahlahkan, janji boleh makan

Sibuk sikit di dapur
Anak buah aku yang lead. Baldi tengah tu kami letak air. 
Sudah siap baca, kami makan tapi tak habis sebab makanan banyak. Hari ni pergi jenguk warung cousin aku. Dalam proses renovation tapi dah mula jual makanan sikit-sikit. Pulut kuning dan kuih-muih kami bawa juga ke sana. Kami makan nasi dagang. Sambil-sambil tu, kamu hidanglah juga makanan tu.

Hari Rabu dan Ahad, ada nasi dagang Terengganu. 

Tupperware tu yang kami bawalah - ada makanan.

Saturday, April 21, 2012

New addition to clubhouse area


Balik semalam dari kedai, tengok-tengok ada this structure. Macam gazebolah. Bolehlah penat-penat duduk di sini. Kalau sempat, bolehlah bawa kuih makan di sini tetapi janganlah ada yang tak reti bahasa tinggalkan sampah di situ pula.

Terima kasihlah pihak pengurusan tetapi jangan lupa pula pasal intercom dan access point di level 11 dan ke parking tu. Itu untuk keselamatan.

Friday, April 20, 2012

Masak Kukus Ikan Lampam Jawa


Masih panas lagi masakan ini. Lapar tak tertahan,aku kukus ikan ini. Ratah macam itu sahaja.

Resepi ini biasa aja. Senang sangat.

Bahan-bahan

2 ekor ikan Lampam Jawa
4 ulas bawang putih - dicincang
1/2 inci halia muda - dimayang halus-halus
1 biji tomato
2 biji lada merah - dimayang
daun bawang dan daun sadri
garam

Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam
Alaskan pinggan dengan daun salad (tak letakpun tak apa)
Taburkan bawang putih, halia, lada merah dan tomato (guna 1/3 sahaja)
Letakkan ikan.
Taburkan baki bawang putih, halia, lada merah dan tomato di atas ikan.
Daun bawang dan daun saderi tu letak aja atas ikan.
Kukuslah dalam 15 minit.

Mudah ajakan. Dari kuar cari nasi lemak atau masak maggi, baik ratah aja ikan kukus ni kan.

Restoran Abdul Briyani Power Batu Pahat

Tengahari tadi kawan aku belanja aku makan di sini. Memang bestlah nasi dia. Portion nasi dan laukpun banyak. Ada briyani ayam, daging dan kambing.

Aku order briyani daging dan kawan aku order briyani kambing. Aku memang tak makan kambing. Lamb choppun aku tak makan. Presentation tu biasa aja, tak kisahlah beb, janji lazat. Kedai aku makan ni tak fancy sangat, warung aja. Tapi siapa kisah kalau nampak kedai tu okaylah, tak kotor, cuma tak ada aircond aja dan janji masakan best.

Khabarnya ada cawangan restoran satu lagi di kawasan berdekatan. Yang ini ada aircondlah. Oh ya, kedai ini terletak di Bukit Rahman Putra, belakang The Store aja. Harganya? Aku agak berpatutan, member belanja, seganlah nak tanya hargakan.




Thursday, April 19, 2012

Nasi Hati Cendawan

Tak tahu apa yang hendak diceritakan hari ini. Kat luar sana hujan tidak berhenti-henti. Taklah merungut, semuanya ciptaan Ilahi. Kata orang, hujan itu rahmat dariNya. Tapi sejuk-sejuk ni terasa lapar aja, nak masaklah tapi malas nak mengemas pula. Dalam sinki tu, masih ada lagi pinggan belum dibasuh. 

Teringat pula PG pernah minta resepi nasi yang aku masak hari tu. Aku cakap padanya supaya check di blog tetapi sampai sekarang ni tak terbuat. Simple aja masakan ni. Macam nasi goreng cuma bezanya tidak ditumis. Cuma kita perlukan air rebusan ayam sahaja.

Nasi Hati Cendawan


Nasi Hati Cendawan dan Ayam Masak Madu

Ayam Goreng Pedas
Bahan-bahan
3 cawan beras wangi (boleh juga gunakan beras lain)
3 cawan air rebusan ayam
1 sudu besar butter/margerin
Gula dan garam secukup rasa
6 cendawan dihiris nipis-nipis
100 gm daging kisar
100 gm hati lembu - dipotong halus-halus
3 biji telur

Caranya
Beras dibersih dan ditoskan.
Masukkan air rebusan ayam dan masak.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Panaskan butter dalam kuali. Bila butter cair, masukkan daging kisar, hati dan cendawan.
Goreng sehingga kering. Ketepikan.
Telur dipecahkan dan digoreng. Hancurkan telur. Ketepikan.
Bila nasi sudah kering, masukkan telur dan juga daging kisar, hati dan cendawan.
Gaulkan rata-rata dan tutup periuk.
Biarkan sehingga masak.
Sesudah masak, bolehlah dihidangkan dengan ayam masak madu dan ayam goreng pedas.




Wednesday, April 18, 2012

Tunaikan tanggungjawab anda

Masa aku balik ke Kuala Terengganu baru-baru ini, aku perasan tiang-tiang mengibarkan bendera-bendera telah muncul di beberapa tempat. Antara tempat yang aku selalu lalui seperti Mak Adis, Kuala Terengganu yang mana bendera BN, PKR dan PAS telah mula berkibaran.

On the way balik ke KL, aku tengok banyak tiang bendera UMNO berdiri dalam sebuah tasik di laluan Jerangau-Jabor. Agaknya ikan di situpun akan mengundi. Hahahaha. Demam pilihanraya mula melanda walaupun nama calon belum diumumkan. Akupun belum mendengar parlimen dibubarkan. Mungkin hebat pilihanraya kali ini. Dan apakah cerita sensasi peribadi calon akan menguasai berbanding dengan manifesto parti? Kita tunggu dan lihat. 

Cuma jangan lagi ada berita undi dibeli hatta dengan sehelai kain pelikat. Dan tidak ada lagi cerita-cerita tentang pengundi hantu kerana ia sungguh mengecewakan sekiranya ia benar-benar berlaku. Semoga tidak ada lagi cerita mereka yang menjual IC semata-mata duit semasa proses mengundi nanti. Benarkah berlaku? Akupun tidak tahu sebab tidak pernah terjebak. Semoga pilihanraya kali ini benar-benar bersih tanpa ada sungutan dari mana-mana pihak dan juga tidak ada pergaduhan sesama kita. Malu wey!!!

Walau macamanapun, apakan anda sudah mendaftar? Tunaikan tanggungjawab anda kerana anda yang akan menentukan halatuju negara ini. Tambahan dengan kenaikkan harga barang yang aku rasa tidak selari dengan kenaikkan gaji, harga rumah yang mencanak-canak naik sehingga sekarang 40 tahun diberikan tempoh pinjaman. Fuh!! bukan main lama tu kita berhutang, hatta faedah yang dikenakan bukan main. Tol di sana-sini sedangkan jam juga di atas jalan bertol. Buatlah keputusan yang bijaksana dan mengundilah. Jangan tidak mengundi dan selepas itu membebel itu tidak betul, ini tidak betul.

Tuesday, April 17, 2012

Home Sweet Home again

Perjalanan kali ini seperti biasa. Kereta tidak banyak sangat, sangkut sekejap aja di Jabor-Jerangau dek susah nak memotong lori tanker. Kereta banyak beratur di belakangnya. Kalau nak potong, kena overtake banyak kereta. Akhirnya peluang tiba, seronok tak terkata. Boring juga mengekori lori atau kereta yang slow-melow ni. Walaupun aku juga membawa dengan perlahan. Lepas aja hentian Temerloh, aku mula memecut sedikit. Ingatkan dah dekat malam ni, polis dah tak ada. Lagipun, target by pukul 7 malam, aku dah berada di KL-Karak highway. Seriau juga kalau malam-malam bawa kereta sorang-sorang atas highway. Takut ada apa-apa yang pelik aku lihat, tak ke haru-biru. Alih-alih aku lihat ada juga 2/3 buah kereta polis atas highway KL-Karak menahan kereta-kereta yang laju agaknya. Phew!  Nasib baik jalan berliku masa tu, so speed aku kiranya tak melepasi limit.

Alhamdulillah. Selamat juga sampai ke rumah di DD, Petaling Jaya at 11.30 pm. Sebenarnya, sampai dalam pukul 8 malam di Setiawangsa. Cuma transit lama sikit di sana sebab tolong anak saudara mengangkat barangnya dari kereta aku naik ke rumahnya. Sembang-sembang, tengok rumah. Okaylah, cuma untuk aku ni, memanjat 3 flights of staircase dengan barang-barang, boleh tahanlah mengahnya.

Monday, April 16, 2012

Tax Filing, dah buatke?

Masih di KT. Memang liat nak bertolak balik. All things packed neatly in the car. Aku still buat review of Thorn Birds. Harukan. Bestnya kalau tak payah bekerja. Hidup macam lady in leisure. Anyway, kena buat tax filing ni. Tak lama lgi tarikh tutup. Tiba-tiba teringat pasal ni. Lagipun aku rasa banyak juga LHDN terpotong gaji aku. Agaknya banyak tak refund this year?

Esok nak call BSN asking for the interest on loan. Aku nak offsetkan against rental rumah. Apa lagi ya? Oh ya, when did I buy this new lappy? This yearke? Tapi bahan bacaan tak adapun. Tak bestlah...apa-apapun aku kena submit tax filing by this week. 

You all jangan lupa submitkan tax filing. Bagilah sikit pada gomen tu, asal dia guna untuk infrastruktur tak pelah, jangan nak memancing undi aja.

Sunday, April 15, 2012

At Pantai Batu Buruk With Ika

Balik dari celebrate birthday kakak aku, Princess ajak singgah sebentar di Pantai Batu Buruk. Nak main ombak tetapi aku rasa mesti ada perkara lain. Betul, dia nak naik kereta kuda. Aku diam aja, so dia kata, taklah naik kereta kuda tapi nak naik kuda. Tak sampai hati, ikut ajalah. Nasib baiklah sorang kali ni.

Kemudian lalu depan orang jual wau. Princess cakap cantiknya wau tetapi aku kuatkan semangat. Kat Pantai Batu Buruk ni dah ada banyak aktiviti yang perlukan wang. Nak sewa motor ke? Boleh je. Nak main wau, belilah wau kalau tak bawa, So aku alihkan perhatiannya, "Jom, ambil gambar"

Tetapi dia nak bergambar dekat ombak lak. Aku tak berani nak bagi dia dekat ombak. Katanya since aku boleh berenang, kenapa tidak. Tak naklah aku, tak bertepi pantai tu. Entah ke mana nanti kami dihanyutkan. Kalau hanyut, kalau lemas, nak cakap apakan.

Happy Birthday Dear Sis.

Sabtu baru ni masa nak fetched my sister ke wedding my cousin, Princess ajak aku masuk ke bilik bibik dia. Bisik-bisik esok(hari inilah) birthday mama dia. Dia buka sehelai kertas, penuh dengan tulisan based on her sister's instruction. Dia buka purse dia, kak Yaya suruh pakai duit Ika dulu, katanya. So, dia tak naklah duit aku digunakan dahulu.

Actually semalam kakak dia sudah called minta tolong buat pulut kuning. Kebetulan kak Lina aku ada. Minta dia aja buatkan pulut dengan gulai daging. Sekarang ni nak buat arrangement tempah kek. Selepas bertandang ke rumah pengantin lelaki tu, aku keluar dengan princess untuk misi birthday Mamanya. 4 buah kedai kek kami pergi sehinggalah dia berkenan. Aku ajak ke Secret Recipe tetapi dia tak nak sebab kakaknya pesan suruh cari Pandan layer bakery. Sebenarnya kedai kek Candy. Aku nak tempah Pandan Layer cake tetapi tak boleh siapkan on time.

Itu yang merayau dari sebuah kek ke sebuah kek. Dan dia cakap dia tak nak Pandan Layer Cake sebab tak cantik. Pergi kedai kek ni, katanya tak banyak pilihan, yang situ pula too childish dan satu lagi, dia tanya halal tak? At the end kami pergi Kedai Kek Sweden. Tanda halal terpampang, dia bilih blueberry cake. Aku pilih designnya. Terlebih sikit budget tetapi mukanya puas hati. Katanya lagi Ika nak pastikan kek itu sedap supaya habis dimakan sebab tak nak membazir, apa lagi bila duitnya turut digunakan untuk beli kek. nak tergelak pula.

Selamat Pengantin Baru

Lambat sikit update cerita pasal pengantin baru. Bila tengok orang kahwin, seronok walaupun kita ni tak kahwin-kahwin. Sedihke? Mestilah ada sikit tapi kalau tak dapat kahwin dengan yang kita suka, tak apalah menunggu. Betulke? Entahlah tetapi yang pasti bila sampai jodoh, ia akan terjadi walau macamanapun. 

Cousin aku ni bernikah hari Khamis, masa tu kiranya aku dalam buku hijau ayah akulah. Sebab pergi juga selepas cabut gigi geraham tu dan bawa dia balik dengan aku dan kemudian hantar dia ke rumah pak cik aku semula untuk ambil motor yang ditinggalkan. Dia kata senang bawa motor dari kereta sebab kereta ni berat sikit. Entahlah.

Hari Jumaat hari kenduri dan ada persandingan. Hari itu dia hot sebab aku terlambat bersiap. Terus ditinggalkan. Hari  Sabtu, dia tak nak ikut rombongan menghantar (bertandang ke rumah lelaki) sebab letih. Janji dengan pak cik aku pukul 10 pagi nak bertolak sama-sama. So, pukul 9.30 pagi, aku hentikan tontonan Thorn Birds dan terus bersiap. Tengok minyak kereta sikit aja. Jauh juga perjalanan dari Kuala Ibai ke Teluk Ketapang. Sampai ke rumah kakak aku around 9.45 pagi, dia belum siap lagi. Aku pula sibuk menalipon mak cik aku nak berjanji jumpa di mana-mana sebab aku nak isi minyak dulu. Kakak aku relaks aja makan mee sedangkan masa sudah suntuk. Sampai sanapun, nak makan lagikan.

Thorn Birds

2/3 hari ni sibuk dengan watching Thorn Birds, drama series dari Korea. Heroin aku tak kenal sangat tetapi yang pastinya aku kenal heronya, Joo Sang Wook.

A little bit heavy but full of love message. Motherly love...siapalah dapat pisahkan darah yang mengalir dalam badan kita kan. Cerita ini mengajar erti pengorbanan kasih sayang. Tontonlah, pasti tidak menyesal. Cuma 20 episodes but I have to take several days because of other activities.

Tak boleh nak cerita banyak sebab nak ke Bukit Tok beng ambil keropok yang ditempah. Kemudian bekejar ke kedai kek dan kedai bunga. Ya, surprise birthday wish dari anak-anak untuk Mama mereka yang tersayang.

Friday, April 13, 2012

Bila masa tak ditepati

Sedang seronok menonton cerita Korea, "The Thorn Birds" di maadu.com, tiba-tiba terdengar suara ayah aku suruh buat laundry. Dengan berat hati, aku meletakkan baju ddalam washing machine. Yang malasnya, washing machine terletak di luar rumah di bawah garaj kereta. Idea siapalah ni yang letakkan washing machine tu di situ. Waktu-waktu beginilah aku rindukan rumah sarang burung aku tu. Semuanya within touch, pendek kata, kalau malas berjalan, boleh bergolek aja ke arah tujuan; satu level ajakan. Rumah parents aku ni ibaratkan wrong design. Bila sambungpun, jadi tak kena sebab ayah aku tak nak buat reconstructive renovation. 

Sambung balik tengok citer thorn birds. Best tau citer ni, pasal dilema anak-anak yang ditinggalkan ibu untuk dijadikan anak angkat atau diserahkan kepada keluarga sebelah ayah tanpa berhubung. Kadang-kadang air mata aku mengalir bila tengok citer ni. Sungguh emotionalkan. Makin emotional bila ayah aku mengingatkan suruh jemur baju. Masa begini jugalah, aku rindukan kebebasan berbuat apa saja di rumah aku. Mungkin sebab inilah, aku ditakdirkan terus membujang kerana aku sukakan kebebasan...tapi kalau dapat husband sporting seperti Mr V, okay jugakan tapi Mr Vpun ada juga sikap melampau. Cuma dia faham bila aku letih, ah! masa jadi boyfriend, memang macam tu. Semua indah. Tapi Mr V bukan dalam senaraipun lagi.

Thursday, April 12, 2012

Life goes on

Am still suffering from after-effect of tooth extraction. It is painful. It seems I have been on painkiller this whole week. Actually, I am not type of person who relies on medicine. In fact I loathe taking medicine. Even when I was sick, I did not follow the precription as it is. I prefer to spend my mc on bed or wondering at the mall till I drop (that's too dramatic). What I meant is until my body aching so much, only then I go back and rest. Medicine? Just once or on mc day only. Kalau nampak I duk telan pill after pill, it meant the pain is too much for me to bear.

By the way, I had a great evening meeting my ex-colleagues just now. It is true absence makes the heart grow fonder. Betul ni, miss them so much but life goes on. Seronok juga catching up, kalau ikutkan hati, would like to spend long hour with them but they have their own commitment. Hey, we can't be greedy tookan.

And I have bad news to share. Remember last time I talked about my uncle who was hospitalised in KT hospital for sometime. Unfortunately, he is confirmed with lung cancer stage 4. We suspect it all along, just to hear it from doc. Bukannya nak minta the worst but the sign is there. He would undergo radiation therapy and chemo. I hope for the best. Maybe tomorrow, we visit him after attending the wedding.

It's embarassing, man!

Selesai cabut gigi, aku bergegas ke rumah pak cik aku. Ayah aku sudah pergi ke sana dengan menaiki motorsikal. Cuaca mendung seolah nak hujan. Manalah tahu, ayah aku stranded dek hujan, bolehlah aku bawa dia balik dahulu. Motorsikal itu boleh dikutip lain kali. Ayah aku bukannya boleh duduk lama-lama di rumah orang. Banyak masalahnnya, dah tua-tua gitulah kan.

Sesampai di situ, hujan turun dengan lebatnya. Aku terperangkap juga dalam kereta lebih kurang 15 minit. Bila dah reda, barulah aku turun ke rumah pengantin. Kami selalu bergurau kalau hujan turun ni, mesti pengantin makan budu. Hai, mengarut betulkan.

Nasib baiklah aku datang. As intended, ayah aku balik dengan aku. Petang nanti, bila cuaca sudah cerah, bolehlah kami ambil. Tetapi sesuatu yang memalukan telah berlaku di rumah pengantin. Aku terjatuhkan pinggan kaca. Ambik kau, pecah berderai. Niat nak menolong tetapi lain jadinya. Mak cik dan sepupu aku ke dapur sebaik mendengar bunyi kaca pecah. Kami risau juga kalau serpihan masuk dalam nasi dagang. Malu betul. Nasib baik juga tak ada yang terpijak kaca.

Selesai sudah sakit gigi

Pagi tadi, cepat-cepat aku bersiap-siap ke klinik gigi. Semalam berjaga sampai pukul 5.30 pagi. Tak sempat nak tunggu subuh, aku dah KO. Berjaga bukan apa, sakit gigi. Suspens pun ada kalau terpaksa menunggu lagi untuk dicabut. Namun aku gamble jugalah, lagipun satu lagi gigi perlu ditampal. Sekurangnya visit tu tak wastedkan.

I was the first. Seronoknya, tak payah nak tunggu-tunggu. Doktor tengok gigi tu. Ada lagi infection sikit dibahagian dalam gigi. But she said tak semestinya infection jauh ke dalam, mungkin luaran sahaja. Aku berdoa biar dapat dicabut. Masalah aku takut nak kena suntikan. Nasib baik ubat kebas tu membantu juga. Namun aku sempat berpesan kepada doktor supaya tunggu aku pejam mata, barulah boleh dicucuk. Aku tak nak tengok jarum. Gerun.

Selepas dicucuk, doktor menampal gigi disebelah kiri. Besar lubangnya. Doktor advised supaya jangan makan benda-benda keras dan juga jaga cara pemakanan. Kalau tak, tampalan boleh pecah. Sekiranya perlu, nak kena crown pula. Hah! Duit lagi. Nampaknya aku kena berhati-hati tapi aku plan nak buat bridging juga. One fine day.

Dah habis menampal, doktorpun mula mencabut gigi aku. Kebas elok tapi aku masih terasa sakit gigi tu bila berlaga dengan gigi atas. Selepas 2nd attempt, doktor menambah lagi ubat. Lagi dua jab diberikan. Perlahan-lahan gigi itu dicabut. Tapi sakit kesan dicabut masih terasa. Doktor membekalkan ubat tahan sakit. Apa-apapun, alhamdulillah. Finally, I got rid off the tooth. 

Wednesday, April 11, 2012

Riadah di Ibai Golf Resort

Ibai Golf Resort ini sudah banyak kali bertukar management, so akupun dah tak tahu apa nama terbarunya. Petang tadi, sempatlah aku bawa budak-budak ni pergi berenang di situ. Cuma bengang dengan management baru ini, kena bayar entrance fee untuk berenang walaupun ada ahli keluarga yang jadi member. So, aku dan dua anak saudara aku kena bayar @RM8 untuk adult dan RM4 untuk kids. Princess tak payah bayarlah....oops. Nasib baik juga staff tu switchkan tempat aku dengan Princess, so end up just bayar untuk 3 kids. Member cuma dapat satu aja tempat percuma.

Kawasan kolam ini tidak terjagalah. Bilik bersalinpun bau hancing aja, mungkin ada yang salah gunakan bilik bersalin kot. Anyway, staff tu syorkan aku guna changing room di bangunan bersebelahan. Air kolam tak bersih sangat. Bersih lagi di Park Avenue kot. Tetapi memang excited budak-budak ini. Tambahan mereka ternampak kawan satu sekolah pun ada sekali. Mak cik budakpun seronok sama. 

Sedang seronok berenang dan juga coach Ain dengan Ika, tiba-tiba ternampak member Ika datang dengan keluarganya. Akupun biasa dengan budak-budak ini. Ika terus aja berbisik tak payah ajarlah Cik Ana. Nak berlagak pulalah si Princess ni seolah dia terrer berenang pada Ilman. Paling aku segan both parents Ilman ni ada sekali. Namun aku berenang juga. 

Makan tengahari

Paling seronok balik kampung ni ialah makan masakan mak dan juga ada geng makan. Kat PJpun, ada juga sesekali member datang teman makan. Tetapi memang lainlah suasana sini. Pagi lagi, dah ada planning untuk breakfast. Serius, aku jarang breakfast kalau di rumah sendiri. kalau breakfast, mesti lambat dan waktu lunch akan dianjak ke depan. Maka dinner jawabnya, makan benda mengarut. Tetapi hairannya tidak juga turun berat badan ni.

Aku share lunch hari ni, simple tetapi menyelerakan.

 Goreng pedas paru, limpa dan jantung. Memang paling suka kalau mak aku masak ni. Dia kurangkan penggunaan bawang lumat dan lebihkan lada.

 Ikan selar kuning goreng

 Sayur air - macam-macam ada : calong, fishball, fishcake, fucuk, tener, ubi kentang dan suhun

ayam masak szechuan. aku ambil resepi ni dari blog ni. okay tapi I nak buat some changes. First time try buat auam szechuan.

Habis aja makan, adek aku dan family sampai. Bawa nasi ayam Darul Iman. Ayah aku suka nasi ayam kat sini. Selamat makan tengahari.

Authentic Kuih Terengganu - Kuih Kek An

Nah, inilah rupanya.


Kuahnya gunakan santan, halba dan ikan.
Isinya dari tepung beras dan kental berbanding dengan laksam.
Aku tidak tahu resepi keseluruhannya.
Biasanya yang expert masak ni, mesti dapat agak bahan-bahannya.
Kuih ni jarang dijumpai.
Kebetulan tahun lepas, masa aku pergi ke gerai nasi dagang ni, aku jumpa kuih ni.
Beli dua bungkus. Nak cuba.
Rupanya mak dan ayah aku tahu kuih ini.
Setiap kali aku pergi, cari juga tetapi tak ada.
Rupanya, jarang-jarang dibuat.

Tuesday, April 10, 2012

Kesabaran teruji.

Sebenarnya memang mencabar hari ni tahap kesakitan gigi. Bermula seawal pagi, lebih kurang 3 atau 4 pagi, aku terbangun dek kesakitan yang berdenyut-denyut. Memang tak tertanggung, aku telan painkiller. Beralih tidur di atas sofa depan tv. Alhamdulillah dalam keluh-kesah tu, aku tertidur juga.

Aku terjaga bila terdengar suara ibu mengejutkan. Alahai, ada janji dengan Princess untuk menghantarnya ke sekolah tetapi gigi tu masih sakit. Memang tak boleh nak hantar. Tiba-tiba telefon berbunyi. Kesiannya Princess bertanyakan kenapa aku tidak menjemputnya. Sorry ye Princess.

Sepanjang hari sakit itu datang dan pergi. Pergi setelah aku telan painkiller. Tak tau banyak mana yang aku telan. Akhirnya aku minta abang aku belikan ubat bengkak, Doktor cuma bekalkan ubat antibiotik dan painkiller. Entah betul atau tidak apa yang aku buat, mesti kedua-dua anak saudara aku tu marah. 

"Cik Ana ni memandai-mandai".

Sorriler doktor, rasanya betul tu. kalau tak bengkak, takkan berdenyut cam tukan. Desperately nak sakit tu hilang supaya boleh dicabut gigi tu.

Minum Petang

Hari ini kami makan special untuk minum petang. Tengahari tadi, eh taklah, dari pagi tadi kami makan laksa Terengganu. Ada kuah masak dan kuah mentah@kuah putih. Mak aku buat banyak, dia beli laksa lebih dari sekilo. Kuahnya buat sendiri (nak resepi, klik sini). Kali ini, ladanya banyak, so merah sikitlah kuah ni.
gambar laksa dengan ulam aja. kuahnya sudha disimpan dalam peti ais sebab takut basi. Nak makan nanti, kami panaskanlah

Juadah minuman petang, all those goreng-goreng. Kenyang perut aku. Puas hati meratah. Enjoy the picture. Presentation memang fail. Yang penting fresh dan home-made.

Keropok leko ini dibeli di Pantai Kelulut. Lupa nama kedainya. tetapi kalau datang dari KL, ia berada di sebelah kiri dan bukan stall. Macam rumah kedai. Besar kedainya. Yang ini keropok rebus dan aku goreng untuk minum petang.

sotong goreng. kamu cuma guna tepung jagung dan telur.

Ikan celup tepung. Bestnyer makan panas-panas. Tepung macam biasa : tepung beras, garam, sedikit kapur dan serbuk kunyit.

in the wok

Celebration Hour

Malam Jumaat lepas, kami makan di restoran Groupbase di Bandar Sri Damansara. Alamatnya No 7&8, Jalan Tanjung SD13/2, contact no 03-62721184. Groupbase juga menyediakan perkhidmatan katering yang lengkap dengan pelayannya.

Kat sini, anda boleh juga memesan ala carte atau hidangan. Malam tu, kami memilih beberapa hidangan.

black pepper beer - small size @RM14
Butter prawn - medium size @RM30
butter cream chicken - small size@RM13.00
Fried squid -medium size @RM20
claypot tofu - small size@RM8
beef satay @RM1 per stick
chicken satay @RM0.60 per stick

Servisnya okay dan makanan sedap dan harga berpatutan. Small size dia ni bukan macam small size di restoran lain. Besar portion small sizenya. Cuma butter cream chicken tu sepatutnya kami tukar dengan menu lain. Terasa berkrim sangat kalau nak dimakan dengan nasi. Satay dagingnya memang best giler. Kami tak dapat nak habiskan semua, so tapau lebihnya. Nasib baik tak order ikan. Kalau tak, memang pecah perut kami.



Monday, April 9, 2012

Mission Done.

Alhamdulillah, mission accomplished.

1 - membeli mee talam.

Mee dan bihun dicampurkan dalam 1 bungkus. Cuma RM1 per bungkus. Kira murah sangat sebab harga makanan di Kuala Terengganu ni kiranya boleh tahan juga mahalnya.

2 - membeli lontong. Kat situpun ada mee talam tetapi mee ni more like mee hailam. Terliur, aku order satu pinggan untuk dimakan di situ.


Kedai makan ni terletak di penjuru jalan hadapan bangunan pejabat kerajaan. Dari petang sehingga malam. Selain lontong, nasi lemak, nasi minyak, roti canai, kuih-muihpun ada. Bought 2 bungkus lontong. Sedap lontong ni. No wonder cepat habis.

3 - survey harga tv dan beli setelah dapat persetujuan bos di rumah. Bought 40 inch sony LCD instead of LED. Sebabnya? Setelah considering all aspect, aku decided the simplest gadget is the best for my parents. Banyak sangat featurespun bukan makin menyenangkan mereka tetapi makin memeningkan. Pakai astro beyondpun, selalu talipon aku kalau tersangkut or salah tekan remote. Peace Bab.

 Beli tv di kedai ini. Kami selalu datang sini beli home appliances. Best selalu dapat harga best setelah penat berunding

Menara di hujung tu menara Masjid Putih. Seberang jalan terletak bus stand Kuala Terengganu.

4 - check dividend bank rakyat both parents - alah bukan banyakpun. Tapi okaylah, 20% dividend. Kalaulah they all tak jual dahulu saham bank rakyat dorang. Tapi rezeki bukan boleh diduga.

5 - dapat makan dinner. Betullah kan, itupun salah satu mission juga. Kan kita makan untuk hidup, supaya dapat meneruskan kehidupan.

Dental Visit

Right after makan pagi, aku terus ke klinik gigi di Permint. Sini tak ada appointment, 1st come, 1st serve. Hok tu selalu buat aku geram. Basically, you have to come and maybe spend several hours waiting for your turn. The clinic opened at 9 am. So, aku pergi sebelum tu tapi by the time I arrived, it is 5 minutes passed 9 am. My heart dropped when I noticed 2/3 pair shoes/sandals at the entrance. (kena buka kasut). Alamak, dah ramai orang before me lah...But when I registered, cuma seorang lagi. 

Picked up a magazine, flipping through the pages, searching for interesting articles. Tengah khusyuk reading. I heard my name being called. Hooray, it was not a long wait. Yeah, the pain is too unbearable this time around. By hook or by crook, the problem must be fixed. Bad tooth must go, another one I am keeping as it can still be saved. Hahahaha.

Giving dentist sweet smile and greeting her nicely (gosh...I am still having phobia from the last encounter with another dentist to extract this tooth (klik sini). Oh yeah, the same stubborn tooth but this time, definitely you would be my history. Dengan penuh vengeance ni. Yes, you bad tooth, always haunting my sleep. Go, go, go away.

"Doktor, gigi saya sakitlah, hardly can open my mouth, left jaw is painful. And on the right, this tooth..painful if I bite. Tapi tak sure whether dah kena infection ( sure it is, if not why it is so painful?) Dah lama sakit tapi baru berani nak datang."

"Tak apa kalau tak ada masa. Kita boleh tengok." But doc, I am suffering so much. 2 days now I could  not chew on my food, masuk dalam mulut, kunyah sikit saja more towards kemang (another Trengganu word) and then swallowed. Poor me, tak boleh enjoy the food. However, enjoy is one thing but to consume is another. I am so amazed with myself, no matter how bad is the toothache, I can still finished a plate of rice. Mind you, it was a huge portion. 

So, akupun baring atas dentist chair. Made myself comfy. Eee, takutnya bayangkan jarum. But I braced myself for the pain.

Oh oh. Maaf doktor, could not open it wider as left jaw hurt everytime I open my mouth. Sikit-sikit, okaylah. Doktorpun checklah. Oh wow, it is bad.

Morning Task

Beautiful Princess. Fetched her from her home to go to school. She said she is having cold. My guess there is another saying she doesn't have to go to Taska after school. Well, maybe I am wrong.

One of my favorite nasi dagang stall in Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Kalau nak pergi, ambil lorong diantara sekolah rendah dan sekolah agama. Tetapi sebelah pagi sahaja. Starting from 7.30 am. Aku suka sebab nasi dagangnya stail lama, berpulut sikit. From right: nasi kuning, pulut kuning and nasi dagang. I bought kuih kek an (kuih lama-lama.)

 It is still early. Tak banyak kuih lagi sampai. Kuih Kek An yang dalam bungkus plastik. Langkah kanan sebab tak selalu dibuat. Normally on Friday, baru ada.

 Aku amongst the first to arrive. So dapat cepatlah. Pembeli sudah mula datang.

 Ini nisang nyor, Sejenis manisan, dimakan begitu saja. Very sweet, for those sweet tooth only.

Mengajar ibu berfacebooking dan guna komputer. mak oi, kerasnya tangan mencuba menggerakkan mouse but finally she grasp teh basic thing. Well, I created accounts for my parents so we can share our photos and events. Sebab kami jauh, bolehlah kirim berita through this. Oh, how I love technology.

Dah pandai sikit, tengok gambar. Okaylah, masa untuk task sebelah petang pula. Beli 42 inc LCD tv for my father (his own money), beli lontong (my father jugalah) dan check my parents bank rakyat dividend. Hey dear brothers and sisters, I am the only one yang tau PIN ATM card my parents. hahahaha. 

Swimming maybe perlu dilupakan sebab kena beli lontong. Dah kena beli lontonh, kena balik awallah jawabnya. Sebab  mesti dia nak cepat.