NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, March 31, 2012

Service kereta di MH Prestige, Sri Damansara

Sejak berada di sini, MH Prestige menjadi pilihan aku untuk menghantar kereta diservis setiap bulan. Senang, dekat dengan rumah. Lagipun macam suka dalam paksalah sebab mereka ini dikira authorised service agent sepanjang period warranty. Nantikan hantar pada sebarang workshop, lucut pula warranty. tetapi gamaknya, aku kena continue untuk 5 tahun kot sebab bateri IMA ni. 

First time cari pusat servis ni, aku mengamuk juga. Direction yang diberi macam apa aja, sudah nya ku berpusing hampir sejam aja. Padahal, tak jauhpun dari jalan masuk ke old Sri Damansara. Sepatutnya, cakap aja, sampai simpang tiga belok kanan. Hujung sekali, belok kanan dan terus sehingga nampak building di sebelah kanan. Itu cerita dululah.

Aku suka sebab mereka akan menghantar sms mengingatkan masa untuk diservis telah tiba. Layanan okay. Since dah dapat reminder dan cukup masanya, aku buat arrangement untuk servis kereta pada hari Khamis lepas. Tak buatkan, apa-apa yang rosak, aku yang salah. Kalau tak nak tunggu, boleh aja tinggalkan, Bila dah siap, mereka akan sms kita walaupun kita berada di sana. Yalah, dari duk menganggur kat sana, kita buatlah kerja kita. tetapi tak silap aku, mereka ada wifi. Oops, x confirm. Kalau terpaksa menunggu, bolehlah surf internet. Walaupun kita book pada masa sesekian, tak akan siap cepatnya. Tempahan hanya untuk memastikan ada tempat pada hari tu. Tetapi boleh juga walk-in tetapi bergantung kepada availabilitynya. Kalau dah penuh, saja-saja kena balik kan. So, better buat booking.

Aku siap suruh buat alignment, balancing & rotaton serta cuci body & engin dan vacuum. Senang sekaligus. Tetapi kereta tu dah lama tak basuh. Malas nak menunggu di car wash. Lagipun bukan kotor sangat, cuma berdebu aja. Aku ingatkan untunglah duit cuci kereta. Bila dapat kereta, aku tengok ada kotoran sedikit. Rupa-rupanya bila lama dibiarkan, ia akan sebati dengan cat. Alamak, so kalau nak cantik, kena polishlah. Nak jimat, melayang pula duit untuk polish. Tak ke sengal aku. Dari dulu lagi, tak pandai jaga kereta. tahu lanyak aja.

Sebab aku ni kan pelanggan, mereka hantar semula ke tempat cuci kereta. Cuma di belakang pusat servis ni aja tapi pengendalinya orang lain. Mereka buatlah apa yang patut tetapi yang dah makan dalam tu, kotoran masih di situlah. Aku ikut sekalilah. Sembang punya sembang, dorang beritahu kalau nak harga murah sikit, bagi tau direct pada mereka. Sebab pusat servis akan ambil komisyen about RM50lah. Banyak juga tu, dapatlah 3 ekor ayamkan. So, kalau nak polish pada next servis, aku cuma cakap pada pusat servis tu nak cuci kereta dan kemudian, inform pengendali car wash tu suruh polish kereta aku. Sudah siap, mereka akan inform pusat servis yang mana akan hantar sms pada aku. 

Kat sinilah aku hantar kereta untuk diservis 

MH Prestige Auto ni bukan pusat servis sahaja tetapi juga merupakan dealer kereta Honda. Cantikkan kereta tu, Honda CR-Z, kereta hybrid tetapi manual transmission 

Waiting area yang selesa

 ada freebies

 rupanya tuala tetapi syhhh, bukan kualiti baguspun. Aku dah pernah dapat, cepat koyak dihujung

 Bil yang mencengkam jiwa tetapi less than RM500

 Balik semula ke tempat cuci. Standardlah aku ni, suka komplen. Selalunya aku tak cakap banyak bila hantar cuci, entah kenapa rasa nak cek pula kali ini

 nampak tak ada satu line. akupun tak tahu macamana boleh ada, kesan apa? Tetapi katanya boleh hilang bila dipolish. anyway, aku nak cuba hantar pada tempat cuci lain. tengok boleh hilang tak kesan di atas dan juga tempat lain.

aku terlanggar curb masa side parking. aku cuba dekatkan serapat mungkin takut kereta lain menggesel kereta aku tetapi tak sangka tersondol curb pula. Kata mereka boleh hilang sekadar dipolish, tak perlu dicat. Lega juga. Kena spare untuk polish pula ni.


No comments:

Post a Comment