NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, March 4, 2012

Pan Mee Masak Tomyam Ketam


Hari tu aku masuk blog Ceeramon. Tengok dia duk bercerita pasal makan ketam. Nasi goreng ketam. Terliur juga.

Kebetulan, aku ada beli ketam, Dalam almari tu, ada pan mee.

Bahan-bahan lainpun ada, apa lagi masak tomyam ketam lah.

Seperti biasa, masakan aku simple memanjang. Sesuai untuk orang bekerja.

Pan Mee Masak Tom Yam.
Bahan-bahan

3 biji bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dihiris bulat-bulat
Segenggam cili padi (ikut nak sepedas mana) - dipotong kecil-kecil
2 sudu besar cili lumat
Sehiris lengkuas (dalam 1/2 inci) - diketuk sahaja
2 batang serai - dititik
5/6 helai daun limau purut
minyak untuk menumis
2/3 ekor ketam
isi ayam
kaki ayam atau rangka ayam (untuk mendapatkan manis)
sotong/fishball/fishcake
2 biji telur
sayur seperi kobis, bunga kobis dan tomato
jus limau nipis secukup rasa
garam dan gula

Cara-caranya

Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi, cili lumat, lengkuas, serai dan daun limau purut.

Bila sudah naik baunya, masukkan air secukupnya.

Masukkan kaki/rangka ayam, isi ayam, ketam dan sotong.

Bila sudah mendidih, masukkan telur ayam. Bila masak, masukkan sayur serta fishcake dan fishball,

Masukkan pan mee. Bila sudah empuk, masukkan garam dan gula.

Tutup api. Masukkan jus limau nipis.

No comments:

Post a Comment