NUFFNANG ADS

Please click here

Monday, March 26, 2012

Asam Pedas Ikan Talapia (Style Terengganu)

Ini asam pedas yang mak aku selalu masak. Bagi aku, memang tak ada orang boleh challenge masakan asam pedasnya. Masalahnya mak aku ni masak campak-campak. Orang experience dah, dia boleh rasa yang mana kurang. So, aku pun masak macam tulah. Selalu tak menjadi. Tetapi  aku cuba jadikan resepi, mana tau cucu sedara nak belajar masakan eksotik Terengganu kan.


Bahan-bahannya

2 ekor ikan talapia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
sesenduk lada lumat
semangkuk air asam jawa (1 sudu besar asam jawa)
sedikit belacan
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  • Ikan talapia dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa serta garam untuk menghilangkan hanyirnya.
  • Kalau ada kulit lemon, gosok-gosokkan pada ikan talapia. Ini unutk menghilangkan baunya.
  • Bawang putih, bawang besar, bawang merah dan halia dikisar.
  • Panaskan minyak. Bila sudah pijar, masukkan bahan yang dikisar.
  • Bila sudah naik baunya, masukkan ikan talapia dan air asam jawa yang dicampurkan dengan belacan.
  • Tambahkan sedikit air sekadar untuk menutupi ikan itu.
  • Biarkan sehingga kering airnya. (kami panggil proses ini proses mati air). Boleh nampak pecah minyak.
  • Masukkan air sebanyak 750 mililiter. Anggaran sahaja.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Bila mendidih, kecilkan api.
  • Biarkan seketika. Selepas itu, bolehlah ditutup api.
Selamat mencuba. 


2 comments:

  1. tertinggal pula cili lumat. Agak agak bawang kisar tu garing sedikit, masukkan cili lumat. Dah pijar tu, masukkan ikan dan air asam jawa.

    ReplyDelete