NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, March 31, 2012

Sekaya sebagai buah tangan.

Pergi lawat pak cik aku yang baru keluar dari IJN. Sementara menunggu anaknya datang ambil, dia singgah kat rumah pak cik aku di AU3 tu. Kakak aku busy, so sorang-sorang aku pergi ke AU3, Keramat malam Isnin tu.

Aku bawa something untuk mereka ini. Pukul 7 petang tu, aku kacau telur dengan santan dan gula merah untuk jadikan sekaya. Sebenarnya, patut gunakan nisang (gula melaka Terengganu) tetapi stoknya enggak ada. Sekejap ajapun kukus, dah masakpun.

resepinya nanti ya. biar aku sukat betul-betul. Tak cantik sangat sebab nipis.

Aku buat dua loyang sebab nak bawa ke sana, untuk pak cik di TTDI, kawan aku yang rajin bawakan makanan dan juga kakak aku. Tapi member dan kakak aku dapat keesokkan harinya.

Yang tak bagusnya, bawa makanan manis untuk salah seorang  pak cik yang mengidap diabetes. Sudahlah member memang suka makanan manis. Tak patut betulkan tapi kami sukat kepingan yang boleh dimakan. Memang aku kurangkan gula untuk satu loyang tu.

Seronok bila pak cik aku puji sedap, texturenya bagitu enak, macam makanan diRaja. Apa lagi, kembang semangkuklah orang yang tak berapa pandai masak ni.

No comments:

Post a Comment