NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, January 25, 2012

Peribadi atau Isu Semasa


Semalam aku tengok berita. Akhirnya satu buah fikiran yang bernas dari politician yang memang terkenallah. Aku bersetuju bahawa rakyat mahu mengetahui apakah yang boleh pemimpin parti buat atau mahu buat untuk menangani isu-isu semasa.

Sebenarnya aku agak muak dengan media-media yang selalu menonjolkan kelemahan peribadi pemimpin yang entah betul atau tidak. Ada juga yang hanya menayangkan sebahagian ucapan dan memanipulasikan ucapan itu atau menterjemahkan mengikut kesesuaian mereka. Dan kadang-kadang aku kesian dengan mereka yang menyebarkan fitnah yang tidak ada kesahihannya.

Sebagai rakyat, aku begitu risau dengan nilai RM50. Inflasike sekarang? Memang tidak tetapi harga barang yang semakin naik sehinggakan duit RM50 tidak mencukupi untuk berbelanja pada kadar yang sama. Kadang-kadang tu, aku rasa sayang untuk berbelanja makan di luar. Sebabnya makan dua ekor ikan bakar di warungpun boleh mencecah RM20 lebih. Nasi dan ikan bakar sahaja. 

Tetapi yang sedihnya di kala kakitangan kerajaan menikmati kenaikkan gaji, ada pekerja swasta yang masih membawa balik pendapatan sekitar RM500 sebulan. Melainkan kalau ada upah lebih masa, dapatlah lebih sedikit. Tetapi para peniaga tegar aja menaikkan harga barang bila mendengar gaji kakitangan kerajaan naik.

Oleh itu, amatlah penting sekarang untuk mendengar pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan atau pembangkang untuk menangani isu-isu yang lebih dekat di hati kita seperti isu di atas, pemilikan rumah, pengambilan tanah, rasuah yang berpanjangan dan sebagainya.

Isu-isu peribadi usahlah digembar-gembur jika tidak ada yang berasas. Saya melihaf kaum lain ada yang memaafkan pemimpin mereka yang terang-terang melakukan hubungan luar nikah tetapi bangsa melayu masih lagi menceceh isu dalam kain seseorang.

No comments:

Post a Comment