NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, January 27, 2012

Harga Sebuah Perkahwinan


Phew! Penat betul semalam mengikut member mencari barang untuk dibuat barang hantaran. Sambil-sambil mencari idea untuk membuat sirih junjung bagi hantaran tunang anak saudara aku. Ingat nak beli fresh flower ajalah. 

Cari punya cari, akhirnya banyak yang dibeli di SSF. Masa membayar, terjojol biji mata aku bila melihat sepaket kecil bunga kristal berharga RM32. Aku ingatlah kena beritahu pengantin tu suruh simpan elok-elok bunga artificial especially bunga kristal tu untuk digubah menjadi bunga hiasan kat rumah pula nanti. Jangan dihading ke sana-sini tak tentu pasal. RM32 tu boleh dapat 2 pinggan nasi beriani. 3 paket yang dibeli, dah seratus lebih.


Mahal betul barang-barang untuk hantaran ni. Kalau makanan mahal, masuk juga ke perut. Kenyang juga para tetamu. Tak adalah datang dari jauh cuma dijamu ala kadar saja, duk suruh tengok hiasan-hiasan yang tak ke mana. Dewan mahal, nak buat macamana, dah tak ada pilihankan. Sekarang ni bukan senang nak dapat rumah dengan tanah besar seperti dahulu

Soalnya perluke berhabis-habisan untuk barang-barang seperti itu? Membazir? Masing-masing ada hujah masing-masing. Tetapi kalau kita selalu mendengar ceramah agama, mesti ada terlekat peringatan tentang majlis perkahwinan ini. Bagi aku untuk mencari keberkatan perkahwinan, perlulah mengelakkan pembaziran dan mengekalkan kesederhanaan. Lagi meriah perkahwinan kalau tetamu yang datang dirai seadanya sebagaimana kehadiran mereka meraikan pengantin. Bila mereka gembira, diharap gembira itu dizahirkan dengan mendoakan sepenuh hati kesejahteraan rumahtangga pengantin.

Tepuk dada, tanyalah selera. Seluk poket, ukurlah ketebalan duit.  Gosok dada, ukurlah keimanan kita. Setakat mana kita nak berhijrah dalam Ad-din sebab Islam itu cara hidup kita, bukan setakat ke masjid berjemaah dan mendengar ceramah sahaja. Mesti diaplikasikan dalam setiap tingkahlaku kita.

Phew! Mahal betul harga sebuah perkahwinan sekarang ini. Padanlah hantaran mahal. Tapi di Pantai Timur, hantaran dapat seratus peratus pada pengantin perempuan, uols. Sebelum kahwin, ada yang dah tempah barang kemas untuk dibeli dengan wang hantaran.



No comments:

Post a Comment