NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, January 3, 2012

Mismatch?

Kadang-kadang aku ni clumsy jugalah. Bukan setakat kasut bertukar pasangan, baju kurung pun boleh bertukar.

Aku ingat sekali masa kerja di Pusat Bandar Damansara. Baju kurung dan kainnya lain-lain. Nasib baik warna dan corak seakan-akan. Officemate kurang perasan, cuma akulah yang tak sabar nak tunggu waktu pulang.

Satu lagi kejadian semasa kerja di TTDI. Aku pula tinggal di AU3. Parking kereta aja, aku perasanlah kain lain, baju lain. Hah! Sudah mula semulalah tu, kelam-kabut tak ingat dunia. Ni kes baju tak bergantung dan bergosok. So, bila ditarik dari timbunan kain tu untuk digosok, tak perasan salah match. Pinjam kain tak bercorak dari adik yang rumahnya di TTDI untuk dipadankan dengan baju kurung aku.

Hari tu aku suruh spare kasut for any emergency tapi takkan nak spare baju pula kat ofis ke.

Aku ni memang macam ni kalau dalam gopoh-gapah. Takut juga kalau ke ofis tak pakai kain atau tudung. Kalau tudung terbalik tu, memang biasalah tu tapi aku pernah juga pakai baju terbalik. Sampai ke ofis you. Orang tua-tua kata kalau baju terbalik tu, maknanya nak dapat duit. Betul ke?

No comments:

Post a Comment