NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, December 25, 2011

My journey home

Seronoknya dapat balik kampung. Alhamdulillah, perutku tak meragam. Siap beli burger lagi apabila bas berhenti di hentian rehat. Bestlah burger dia. Apesal kalau aku buat tak rasa sebegitu. Hentian ni agaknya favorite pemandu bas. Banyak bas berhenti di situ. Tidak pula mereka berhenti di hentian sepanjang lebuhraya. Ooh, mungkin bila malam, susah nak dapatkan makanan di hentian sana. Sini, banyaklah juga pilihan walaupun malan buta. Lagipun berdekatan bandar.

Cuma yang tak best bilik airnya. Okaylah, cubicle tu taklah sempit. Tak taulah kalau salah penumpang atau tuan punya tempat ni. Rasa-rasanya penumpang bas yang turun situ punya kerja juga. Hancing bau. Tak taulah kalau pam rosak ke. Kalau pam rosakke, pancurlah air banyak sikit. Cuma kalau tengok tisu bertaburan, sah sah penumpang punya kerja. Sepatutnya kedua pihak bekerjasamalah. Takkanlah sementang engkau bayar 20 sen, engkau wak de je pasal kebersihan. Orang lainpun nak pakai. Geli tak geli, aku kena pakai jugalah bilik air tu. Naya nak tahan selama 3 jam lagi.

Satu lagi, aku nak pujilah sikap pemandu bas Transnasional no WU (hehehe nombor dah lupa). Berbudi bahasa. Sejuk hati mak cik ni. Ini yang pentingnya sebab driver ini salah seorang yang berhadapan dengan pelanggan secara langsung. Pelanggan ni memang berbagai karenahnya. Aku ni, salah kena, boleh tahan juga cerewetnya. Dengan itu, penting bagi syarikat bas terus menerus memastikan pemandu-pemandu bas dilatih menangani pelanggan-pelanggan. Oleh itu, mereka merasa selesa dan kuranglah rungutan. Macam aku walaupun aircon bas kurang sejuk ke, tak apalah sebab hatiku dah sejuk dengan sikap berhemah pemandu bas tu.

No comments:

Post a Comment