NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, December 18, 2011

Kelakuan terlampau Menggunakan Pengangkutan Awam

Korang selalu naik pengangkutan awam? Tak kiralah, bas ke, LRT ke, komuter ke? Atau ada yang tak pernah? Kira rugi juga sebab kaya dengan pengalaman, kira blend dengan masyarakat tapi memang meletihkan dan mengambil masa.

Dulu-dulu, kiranya aku jaguhlah naik pengangkutan awam. Macam-macam ragam, macam-macam bau (ni yang tak tahan) dan macam-macam jenis orang.. Kau boleh bayangkan aku tidur sambil berdiri memegang railing. Peliknya boleh pula aku tersedar bila sudah sampai ke destinasi. ya, lena camnerpun, mesti terjaga. Nasib baik masa tu aku x de sindrom berdengkur lagi.

Nah, bawah ni pengalaman terlampau aku dalam setiap kategori semasa menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja (lebih kurang 10 tahun yang lampau)

1. Pengalaman Melucukan
    Masa tu di Hentian Bas Kelang. Ni kira salah satu tempat transit bas aku. Nampak aja bas laluan aku, apa lagi bergegaslah sebab takut tertinggal nanti dan juga nak berebut tempat duduk. Tiba-tiba aja sebelah kasut aku tertanggal semasa nak menaiki tangga bas. Cepat-cepat nak mengambilnya, tiba-tiba abang drebar berkata, "masuk ajalah dik, tak payah buka-buka kasut."

2. Pengalaman Menjengkelkan
    Sampai aja bas, aku terus naik. Tengok-tengok ada dua tempat kosong. Satu sebelah pak cik tua sebaya ayah aku dan satu lagi sebelah jejaka muda. Untuk lebih selesa, aku duduk disebelah pak cik tua tu. Eh! Tak kuasa aku. Menggatal pula dia nak berkenalan, nak dating....tersengih-sengih macam kerang busuk. geli aku. Mak, lambatnya bas ni nak sampai.

3. Pengalaman Menakutkan
    Drebar teksi yang asyik menghulurkan tangan ke belakang sebab nak meraba aku. Siap tanya aku samada aku pernah bersama lelaki? Nak ajak aku pergi satu tempat untuk..faham-faham ajalah. Paling suspens bila dia melalui jalan yang sunyi dan asing. Aku dah nak menangis dan bertawakal ajalah. Bila aja nampak Ampang Park, aku suruh dia turunkan aku kat situ dan aku ambil bas aja balik ke rumah. Lama jugalah aku serik nak naik teksi sorang-sorang.

4. Pengalaman Menyedihkan
    Purse aku kena copet. Kita bersesak dalam bas mini nak pergi tempat kerja, rupanya dia sudah masuk kerja. Padanlah terasa macam bag aku kena langgar. Kita tak syak apa-apalah, biasalah bersempit-sempit dalam bas terlanggar sana-sini.

5. Pengalaman Menyeronokkan
    Mana ada seronok naik pengangkutan awam ni especially kalau kena berdiri sepanjang jalan kenangan. Dahlah gitu, jalan jam dan driver mainkan lagu apa-apa ntah. Cuma seronok kalau satu geng kita ada bersama. Kira masa ni, kita dah jadi macam tokeh bas.

6. Pengalaman Yang Buat Aku Meradang
    Mamat Merenyam ni asyik menggeselkan badannya ke badan aku. Makin kita lari ke depan, makin tu lah dia melekap kat belakang kita. Last-last, aku terperangkap antara dinding bas dengan dia. Marah betul aku. Sepatutnya aku pijak aja kasut dia dengan tumit kasut aku.

7. Pengalaman Mengharukan
    Of courselah, bila adek-adek yang muda bagi aku tempat duduk dia orang. Terima kasih banyak-banyak ya. Akak memang tak larat berdiri.

8. Pengalaman apa ya...
    Seorang abang ni yang setia menunggu aku setiap hari di tempat yang sama dengan harapan nak beri aku buah mempelam (katanya pokok di rumahnya). Akhirnya kami terserempak sekali lagi dan dapatlah dia sampaikan pada aku. Sejak hari tu, aku tak tunggu bas di situ lagi. Minta maaf, buah tu pun aku tak berani nak makan. Tapi aku tak buanglah, saudara aku yang makan.

No comments:

Post a Comment