NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, December 2, 2011

Kerja dan aku

Pagi yang indah. Seronok bangun memandang keluar, rasa aman hidup ini. Kalau tidur, aku suka membuka tingkap dan langsir. Bilik tidur aku tak ada air-cond. Aku lebih suka pasang kipas dengan tiupan angin dari luar(atau tak mampu beli air-con dan bayar bil? hehehe). Hujanpun, aku biarkan tingkap dan langsir terbuka. Masa tingkap dan langsir tertutup rapat hanya bila my imagination running wild, teringatkan citer-citer seram. Aissey, lupa pula nak snap gambar waktu pagi. Cantik you. Ada dengar bunyi burung berkicaulah. Next time I ambil gambar dan publish sini. Tak apalah, aku share gambar pada waktu siang ajalah (matahari dah tinggi berdiri) dan juga from my balkoni. I really love this view. Klu landed properties, takut juga nak buka tingkap. Sebab inilah aku suka tinggal di bangunan tinggi walaupun hakikatnya aku gayat. Lain kali aku ceritakan kegayatan aku ketika mula mula mendapat kunci rumah aku, ok.


view from bedroom

view from my balcony, cantikkan awan tu, mcm nak hujan je..hehehe


night time view from balcony, always luv this view.



Apa yang nak diceritakan ya. Pasal kerjalah. Aku ni selalu cuba nak jadi baik setiap kali masuk kerja tempat baru or datang kerja. Sumpah, itu azamku tapi selalu tak menjadi sebab aku ni, bak kata orang EQ (something to do with emotion) ni rendah. Tak sabar apabila teruji. Agaknya sebab tulah, susah nak naik pangkat. Yalah, aku ni orangnya passionate. Selain akal, perasaan memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tapi yang bagusnya, ada masa aku akan berfikir jika berada di tempat orang lain sebelum berhujah. Jadi, taklah hebat sangat penangannya. Cuma bila dah tak tertahan lagi, akhirnya outburst. Bila dah outburst nilah, kesan gunung berapi meletus ni teruk. Bila dah cool, mulalah rasa malu tapi dah jadi, go aheadlah. Berdiri masih tinggilah. Nak buat camner, takkan nak duduk menyesali dan menangis. Betul tak I cakap ni.

Walau apapun, aku bangga dengan diri aku ni (ni kes masuk bakul, angkat sendirilah), aku ni tetap utamakan kerja aku walau apapun perasaan yang bersarang terhadap bos dan majikanku (syarikat akulah). Walau kecewa sedalam manapun, aku akan pastikan kerja siap tepat pada masanya walaupun aku terpaksa balik lambat. Aku buat dengan apa yang aku tahu dan belajar, kalau silap tu, bukan disengajakan wahai bos-bosku ya. Yalah, memang ramaipun bos sebab aku tak betah kerja di satu tempat lama-lama.

Cuma memang satu kelemahan aku ni (masih cuba dipertingkatkan). Walaupun aku cuba pastikan semua kerja disiapkan pada masanya, punctuality tu ada problem sikit. Attendance ni fail giler. Kawan-kawan, kalau nak berjaya dalam karier, pastikan anda berdisiplin. Datang tepat pada masanya, jangan selalu cuti sakit, rancang percutian supaya tidak menyusahkan orang lain. Kelambatan aku ni memang dah diketahui ramai sehinggalah bos aku tu pernah beritahu, mesyuarat pengurusan ditetapkan pada sekian-kian masa sebab ada orang pasti tak dapat datang tepat masanya. Siapa lagi, akulah tu. Apalah bos ni, buat malu aja. Aku boleh juga sampai awallah terutama ketika mengejar deadline.

Masa deadline macam ni, biasanya selepas subuh, aku dah terpacak di ofis. Rakan sekerja aku selalu memerli aku pada masa cam ni. Yalah, aku datang awal dari dia. Mesti ditanya, "tak balik rumahke?" Hahaha, lawak bodohlah tu. Yalah, mahu tak terkejut, Minah lambat datang awal.. Wey, akupun bangun awal sebab kena solat subuhkan (Tapi ada juga masa terlajak solat subuh tu.) Lambat sampai ofis tu sebab aku sayang nak tinggal rumahlah. Bila dah sampai ofis, sayang pula nak tinggalkan kerja. Bawa kerja ofis balik rumah? Sorilah, setahun dua ni, aku dah berhenti buat cam tu. Rumah, rumahlah. My personal time to run away from office matters. Nak bermanja dengan rumah. Nak membelai rumah.

Time kerja, masa makan aku memang tak menentu. Jenis aku tak akan terkejar-kejar lunch kalau ada kerja. Lapar ajalah, baru cari makan. Not a good habit either. Aku pula suka makan junk food dan benda-benda goreng. Sebab tulah, badan aku ni naik cam dipam-pam. Seeloknya, masa break tu, cuba keluar dari pejabat kita supaya dapat kita mencuri sikit ketenangan dan dapatkan mood untuk bekerja semula. Yang utama, kita mesti suka pekerjaan kita, supaya kita tak merasa terbeban. Aku memang selalu merasa keseronokkan kerja walaupun ada perasaan tidak puashati dengan dasar syarikat. Nak buat camner, kita cuma pekerjakan. Semakin dekat deadline, semakin cepat terasa adrenalin mengalir. Yes..I am alive. Bila kena marah ke Bos, sedih terasa macam jatuh ke lubuk dalam. Tu dululah, dah tua-tua ni, kena marahpun, boleh cool. Ambil yang bagus as a reminder.

Okaylah guys, kerjalah dengan ikhlas dan seronokkan diri. Hormat ketua kamu, respect the chair. Jangan berharap bos sahaja kena faham masalah kita, kitapun kena faham masalah bos. Berbincanglah. Two way communication is the best. Kalau tengah marah tu, cool down dulu. Coretlah apa-apa kemarahan pada kertas, not to colleague. Bahaya. Get what I mean? Kalaupun kerja ini bukan pilihan anda, cubalah menerima cabaran. Cuba bersabar. I have been there. Ada jua kekhilafan yang aku lakukan dalam mengharungi cabaran kerja. But as Professor Muhaya said, no regret, think what we want to do next. As a muslim, I have faith in Allah S.W.T. Selagi kita tak melupakanNya, kitapun tidak akan dilupakanNya. Allah S.W.T itu Maha Penyayang.