NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, December 24, 2011

Kembangkan Pengetahuan Anda

Walaupun  aku bukanlah seorang pekerja cemerlang atau contoh, tetapi aku ingin kongsikan satu perkara dengan kau orang.

Satu perkara, mestilah keep abreast with current news. No need to go in deep but at least you know the headlines or issues. Kenapa? Berita semasa ini penting sebab kadang-kadang isu semasa atau pertukaran polisi boleh jadi akan mempunyai impak kepada syarikat samada sehingga menyebabkan perlu diubah peraturan syarikat, atau mungkin urgency dalam membuat susulan bagi setiap permohonan kepada badan kerajaan, untung-rugi syarikat, operasi dan apa-apa lagi. Nak-nak pembentangan bajet, jangan buat tak tahu. Kalau dah tahu, senang kita membuat perancangan. Atau dalam merangka bajet syarikat pada masa hadapan.

Kadang-kadang kematian Presiden sesebuah negara boleh menyebabkan ketegangan atau mungkin penggantinya mengubah dasar negara tersebut yang mana jika kita berurusan dengan syarikat dari negara tersebut, secara tidak langsungnya kita akan menerima kesannya. Nampak tak bagusnya tabiat membaca atau mengetahui perkembangan semasa?

Dan lagi satu sebabnya, ia membantu kita dalam perbualan dengan rakan sekerja, business partner, pihak pengurusan dan juga vendor/client. At least, taklah nampak seperti katak bawah tempurung. Secara tidak langsung, ini akan menolak saham kita ke atas, kelas tak? Atau menambah populariti kita. Dulu aku kabbo ke bos aku (sebab dia tegur aku bengkeng(garanglah) dooh), "I come here to work, not  to become Miss Popularity." Betul tak aku cakap? Setelah lama bekerja dan naik satu tahap ke satu tahap, I realised that my statement is not true. Kalau kita asyik marah, camner nak promote suasana harmoni at work. Keadaan semakin tegang dan mutu kerja makin menurun. Boleh bertegas bila kena tempatnya. Anyway, bila kita selalu membaca, kita akan ada topik untuk dibicarakan dan ini akan merapatkan hubungan. Tajuk ringan mungkin seperti perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani, pasangan sama cantik dan sama padan sesuai untuk dibicarakan dikala minum petang...hahahaha

p/s janganlah pula asyik bersembang konon nak foster relationship sampai kerja ofis tak siap. Ni ada yang nak kena hempuk. Siaplah bos kau bagi markah KPI engkau nanti. Jangan menangis pula bila increment seciput atau bonus tak ada...hehehe.

No comments:

Post a Comment