NUFFNANG ADS

Please click here

Monday, December 5, 2011

Karipap Ikan (Temosa)

Teringat pula kawan aku minta resepi karipap ikan. Kami panggil temosa aja. Macam karipap juga cuma intinya menggunakan ikan. Cubalah, sekali makan, mesti rasa nak lagi. Gambar tak adalah. Macam aku kata dalam previous post, sekali-sekala aja masak. Manalah nak ada gambar.

Kebetulan sibuk nak bercuti. Yalah, macam-macam nak kena buat. Dan satu lagi aku lupa untuk menukar duit. Tengoklah, kalau sampai ke airport, aku gi tukarlah. Tapi baju kena masuk dalam beg dululah. Bukan aku aja, anak saudara akupun tak berkemas lagi. Pukul 6 pagi ni, dia nak balik ke rumah dia dan berkemas. Adalah yang tertinggal nanti.

Karipap Ikan (Temosa)

Inti
4 ekor ikan sardin(sederhana besar) yang direbus. (Gunakan air yang sedikit ketika merebus. Masukkan garam dan asam keping ketika merebus).
5 ulas bawang merah dimayang
1/2 inci halia dimayang
1 sudu teh halba
Secawan santan pekat

Cara-caranya:
1. Ikan diambil isinya sahaja. Kemudian ditumbuk.
2. Masukkan kesemuanya dalam kuali dan digoreng sehingga kering.
3. Jangan sampai garing. Inti tu kering dan berwarna putih.

Doh
3 cawan gandum
1/2 cawan tepung kanji
Garam secubit rasa
6 susu besar minyak masak
3 sudu besar mentega
Air sejuk.

Cara-caranya:
1. Gandum, tepung kanji dan garam digaul sehingga rata.
2. Minyak dipanaskan bersam-sama dengan mentega.
3. Masukkan ke dalam adunan gandum tadi.
4. Gaul sehingga rata.
5. Buatkan lubang ditengah-tengah adunan.
6. Masukkan air sejuk (dari peti ais, seeloknya campur dengan ais) sedikit demi sedikit.
7. Uli sehingga menjadi doh.
8. Doh yang siap dicanai dan diterap.
9. Masukkan inti dan kelim ditepinya.

Selamat mencuba.