After I got pisang from kampung, and a lot for a single person, I started to make kek @ apam pisang. So, I keep trying to steam kek pisang.
This is the recipe, I will write in Malay. Easier for me...hahaha.
Lapisan ini tak really menjadi. Tak rata. I have to add additional tool in my kitchen, the magic spatula. |
6 biji telur (besar)
1 cawan margerin (I used planta)
1 cawan gula
2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
5 biji pisang dihiris bulat-bulat. (I used pisang berangan)
1 cawan sour cream
2 packet Nescafe Ipoh White Coffee
Setitik esen pisang
2 sudu besar susu pekat
Cara-cara
Pukul gula dengan margerin hingga kembang (putih)
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
Gandum diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan adunan gandum yang diayak kedalam adunan telur sambil terus dipukul.
Bila nampak adunan sebati, asingkan kepada dua bahagian.
Satu bahagian dicampur dengan Nescafe Ipoh White coffee dan susu pekat.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan sour cream dan esen pisang.
Loyang digris dengan margerin.
Masukkan adunan coffee dan kukus selama 10 - 15 minit.
Aturkan hirisan pisang dan masukkan adunan sour cream tadi.
Kukus selama 10-15 minit. Setelah itu, masukkan adunan coffee pula.
Buatlah berselang seli.
Lapisan akhir sekali dikukus lama sedikit dalam 20 minit.
Loyang saya kecil sangat, so dapat buat 3 lapisan sahaja. Ini yang frust ni. Tak cantik lak. First timer kan.
Anyway, try it, it is simple but nice. If too sweet, can reduce the sugar.
Beginilah rupanya setelah dipotong. Tak cantik, excuselah, first time mencuba. Hmm, apa kata adek aku tu? |
ohh i really like it. had it quite a lot that day
ReplyDelete