NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, April 18, 2012

Tunaikan tanggungjawab anda

Masa aku balik ke Kuala Terengganu baru-baru ini, aku perasan tiang-tiang mengibarkan bendera-bendera telah muncul di beberapa tempat. Antara tempat yang aku selalu lalui seperti Mak Adis, Kuala Terengganu yang mana bendera BN, PKR dan PAS telah mula berkibaran.

On the way balik ke KL, aku tengok banyak tiang bendera UMNO berdiri dalam sebuah tasik di laluan Jerangau-Jabor. Agaknya ikan di situpun akan mengundi. Hahahaha. Demam pilihanraya mula melanda walaupun nama calon belum diumumkan. Akupun belum mendengar parlimen dibubarkan. Mungkin hebat pilihanraya kali ini. Dan apakah cerita sensasi peribadi calon akan menguasai berbanding dengan manifesto parti? Kita tunggu dan lihat. 

Cuma jangan lagi ada berita undi dibeli hatta dengan sehelai kain pelikat. Dan tidak ada lagi cerita-cerita tentang pengundi hantu kerana ia sungguh mengecewakan sekiranya ia benar-benar berlaku. Semoga tidak ada lagi cerita mereka yang menjual IC semata-mata duit semasa proses mengundi nanti. Benarkah berlaku? Akupun tidak tahu sebab tidak pernah terjebak. Semoga pilihanraya kali ini benar-benar bersih tanpa ada sungutan dari mana-mana pihak dan juga tidak ada pergaduhan sesama kita. Malu wey!!!

Walau macamanapun, apakan anda sudah mendaftar? Tunaikan tanggungjawab anda kerana anda yang akan menentukan halatuju negara ini. Tambahan dengan kenaikkan harga barang yang aku rasa tidak selari dengan kenaikkan gaji, harga rumah yang mencanak-canak naik sehingga sekarang 40 tahun diberikan tempoh pinjaman. Fuh!! bukan main lama tu kita berhutang, hatta faedah yang dikenakan bukan main. Tol di sana-sini sedangkan jam juga di atas jalan bertol. Buatlah keputusan yang bijaksana dan mengundilah. Jangan tidak mengundi dan selepas itu membebel itu tidak betul, ini tidak betul.

No comments:

Post a Comment