NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, April 13, 2012

Bila masa tak ditepati

Sedang seronok menonton cerita Korea, "The Thorn Birds" di maadu.com, tiba-tiba terdengar suara ayah aku suruh buat laundry. Dengan berat hati, aku meletakkan baju ddalam washing machine. Yang malasnya, washing machine terletak di luar rumah di bawah garaj kereta. Idea siapalah ni yang letakkan washing machine tu di situ. Waktu-waktu beginilah aku rindukan rumah sarang burung aku tu. Semuanya within touch, pendek kata, kalau malas berjalan, boleh bergolek aja ke arah tujuan; satu level ajakan. Rumah parents aku ni ibaratkan wrong design. Bila sambungpun, jadi tak kena sebab ayah aku tak nak buat reconstructive renovation. 

Sambung balik tengok citer thorn birds. Best tau citer ni, pasal dilema anak-anak yang ditinggalkan ibu untuk dijadikan anak angkat atau diserahkan kepada keluarga sebelah ayah tanpa berhubung. Kadang-kadang air mata aku mengalir bila tengok citer ni. Sungguh emotionalkan. Makin emotional bila ayah aku mengingatkan suruh jemur baju. Masa begini jugalah, aku rindukan kebebasan berbuat apa saja di rumah aku. Mungkin sebab inilah, aku ditakdirkan terus membujang kerana aku sukakan kebebasan...tapi kalau dapat husband sporting seperti Mr V, okay jugakan tapi Mr Vpun ada juga sikap melampau. Cuma dia faham bila aku letih, ah! masa jadi boyfriend, memang macam tu. Semua indah. Tapi Mr V bukan dalam senaraipun lagi.
Rupa-rupanya belum siap lagi baju dibasuh. Ayah aku kata lambatnya. Aku tersenyum dalam hati sebab aku pilih untuk soak dulu sebelum baju itu dibasuh. Belum lagi aku pilih air turbo sebab hari ni panas. Kalau tidak, mesti lama lagi. Dan mesti juga ayah aku akan risaukan bil letrik yang akan melambung sekiranya dia tau cerita sebenarnya.. Gelak tergolek lagilah aku ni. Akhirnya baju siap dibasuh. Kena jemurlah pula. Mak aku menjerit mengingatkan aku suruh pakai tudung sebelum keluar. 

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi bila aku siap menjemur. Alamak, belum lagi mandi. Ayah aku di dalam bilik dia. Bahaya ni, mesti dia sedang bersiap. Aku janji nak pergi rumah pak cik aku dengan dia pada pukul 10 pagi. Semalam hari penikahan. Hari ni, majlis persandingan dan kenduri besar. Ayah aku ni tak flexible, nak ikut dia aja. Kalau dia kata waktu tu, waktu tulah kena pergi. Aku pula sempat lagi melabuhkan punggung sekejap depan lappy menonton thorn birds. Teringat janji dengan ayah aku, aku cepat-cepat masuk ke bilik untuk bersiap. Tengok-tengok dia sudah siap. Petanda tak elok. Aku mandi lebih kurang. Bila aku dah siap, tengok-tengok dia dah pergi naik motor. Sungguh tidak patut aku ditinggalkan..nasib baik kakak aku ajak pergi bersama-sama.

Karang aku uploadkan gambar majlis kenduri tu ya. Nak tengok thorn birds. Nak tengok "When tomorrow comes". Nasib baik "Stay with me, my love" dah habis. Banyak betul citer korea ni sampai tak tau citer Melayu. Minta maaf ya. Citer CSIpun dah tak terfollow.

2 comments: