NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, April 26, 2012

Bila PG datang ke rumah

Dua hari ni asyik sibuk memanjang kononnya. Oh yes...lama tak buat facial. Tiba-tiba Farah, my niece called me. Nak belanja I buat facial. Walaupun tak buat di salon, just called that person datang rumah, it was totally nice. Thanks so much, you know how much your auntie enjoy pampering herself. Nanti bila I kahwin dengan Usher, oops, tersilap beranganlah pula. Nanti I banyak duit, I belanja you pergi buat facial di Herbaline. Kenalah cakap macam tu sebab beratur anak saudara ni tunggu dibelanja. Masa kecil, teman aku bergurau, besar pula teman aku bergaduh dan bila mereka ada kerja, mereka rajin belanja akukan. Tapi Farah tak kerja lagi tapi dia ni aku bajet kaya esok-esok sebab dia mesti berusaha kuat mencari rezeki sebab dia suka membeli barang. Kalau tak dapat beli barang, muka monyot. Hahahaha.

Semalamkan, PG datang rumah. Diakan ada business sendiri but recently dia kerja di syarikat jual bunga coz nak ambil experience belajar gubah bunga. Bos tu pula offer juga dia kerja bahagian ofis. So, lembiklah dia, business lagi dan kerja long hours di kedai and ofis syarikat. Bertahan, akhirnya dia dapat kerja baru. Bolehlah cuti hujung minggu macam orang lain. Petang semalam dia lepak di rumah. Tapi akukan mak tiri. Bila dia asyik tanya pasal citer Fashion King tapi mata dia kat laptop, aku mulalah sakat dia, marahlah. Stress member. Kesian dia. So, pagi-pagi tadi, aku goreng mee hailam. Cakap mesti dia sukakan sebab dah lama aku tak masak. Siap minta resepi lagi.

Macam biasalah, aku masak campak-campak. Ketuk bawang putih, panaskan minyak dan campak bawang putih. Naik bau aja, aku letak ayam dan kemudian lada besar yang dimayang. Letaklah sos tiram dan kicap manis. Kicap cair ngan pekat tak ada. kalau tak, campur ajalah. Letak air dan campak sayur, telur yang digoreng terlebih dahulu dan 1/2 paket mee. Senangkan. Makan panas-panas, nanti kering air tu. Resepi, susahlah sebab tak sukat.

Camner PG boleh tertidur di rumah ni? Padahal rumah dia tingkat bawah aja. Sebab aku terbongkang tidur dulu sebelum dia. Kejut angkat taliponpun, aku tak bangun. Agaknya dia malas nak balik, camner nak kunci pintukan. Aku pula tidur nyenyak selepas review semua artis-artis Koreakan. Kena cuci mata sikit dulu. Sebab tidur awal dalam kul 11 malam, pukul 4 pagi dah terjaga. Tulah tengok PG pula terbongkang tidur kat ruang tamu. 

No comments:

Post a Comment