NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, February 9, 2012

Keletah Kanak-kanak Riang

Ika @ Princess ini selalu mempunyai jawapan kepada semua soalan atau teguran kita. Aku rasa bukan dia sorang aja, agaknya semua budak-budak zaman sekarang ni memang pandai dan outgoing.

Pernah kakak aku menegur kenapa dia nakal. Dengan muka selamba, dia boleh menjawab "God's creation." Itu masa dia di taska. Last year atau early this year, dia membawa balik resultnya untuk ditunjukkan kepada Mamanya. Apa lagi, dia kena tegurlah sebab bukan semua resultnya memuaskan. Dia boleh berkata "Mama ni tak ada perasaan bersyukur. Ika dah seronok nak tunjuk result pada Mama." Yalah, bagi dia ada peningkatan. Kakak aku juga yang terkena.

Ain pun sama juga. Bila tanya result periksa, selalu jawab tak ada exam. Kalau tanya banyak-banyak, dia mesti jawab ayah taulah sebab cik gu tu kawan ayah. Tetapi aku paling kelakar melihat reaksinya semasa surprise birthday partynya baru-baru ini.

"Ayah, tak payahlah buat, membazir aja duit ayah." Kalaulah Princess, mesti melompat keriangan.

Bila balik Trg, dia (Ain) enggan menerima wang hadiah birthday dari ibuku. Alasannya nanti ibuku tak ada duit. Nanti hari raya nak bagi lagi. Kelakar betullah budak-budak ini.


No comments:

Post a Comment