NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, February 23, 2012

360 degree rotation?


As usual, my niece datang rumah hari ni untuk swimming. Start this week, dia datang hari-hari. Akupun seronok. Sekarang cuti semesterkan. Jadi kenalah datang untuk maintain badan. Aku pula, rasanya dah hampir 2 bulan tak berenang. Yalah mood tu macam tulah. Dulu, masa tak ada swimming pool kat rumah dan terpaksa berulang-alik ke Kelana Jaya atau Bangsar untuk berenang, aku merungut nak tinggal apartment yang ada swimming pool. Senang nak berenang hari-hari.

So, true enoughlah, hari-hari aku berenang masa sewa di apartment tu. Sampailah aku sakit dan dimasukkan ke hospital selama seminggu dan seminggu lagi hospitalised di rumah, aku mula jarang ke kolam renang. Bila kena air kolam aja, rasa sakit badan. Mungkin psaikologi effect je sebab sakit hari tu bercampur dengan lelah dan penafasan (actually doktorpun tak tahu kenapa tapi aku rasa mungkin ubat tak sesuai - mesti my niece and nephew yang abik medic ni marah dengan diagnosis aku.) Jadi aku kurangkan berendam dalam kolam or mendekati tempat tinggi.



Then pindah ke apartment ini. Aku paksa juga untuk ke kolam at least 3 kali seminggu. Yalah, beli rumah ini sebab nak memudahkan berenang dan sekuriti. Tetapi hampeh, lama-lama mula rasa malas. Kadang-kadang tu penat balik kerja, kadang-kadang faktor cuaca namun hujung minggu aku pastikan berenang. Tetapi akhirnya malas juga sebab seronok lagi jadi couch potato atau mengadap komputer.

Itulah kita selalu penuh dengan alasan. Aku rasa susah nak pergi ke clubhouse yang jaraknya sejengkal cuma untuk berenang. Mulalah berangan alangkah bestnyer kalau ada kolam di rumah sendiri. Depan rumah aja, terus terjun. Baju renangpun boleh pakai sempoi-sempoi ajakan. Lepas tu, rasa rindu pula kolam renang Kelana Jaya yang sebesar kolam Olimpik dan juga kolam Bangsar (dulu ramai mamat mamat jaga badan berjemur tepi kolam ni). Hehehe, alasan memang banyak. Lagipun perut aku terlampau boyot kelihatan bila pakai swimmingsuit.

Finally, akupun tergoda. Hari ni aku follow Farah berenang. Seronok. Sama-sama kami buat 5 lap berenang kuak dada. Lepas tu Farah beralih buat yang shorter lap dan aku continue buat backstroke pada length yang sama. Tiba-tiba, di pertengahan lap backstroke yang pertama, wave tu kuat sikit. Aku tak boleh control, terus terumbang-ambing dan akhirnya badan aku berpusing 360 degree. Kelakarnya. Aku tengok Farah dan dia gelak. Akupun tergelak sama. Aku cuba lagi dan setelah 2 lap kuak lentang, aku settle buat breaststroke sahaja. 

Sudah berenang, terus terkam nasi (I cooked something special but simple and nice, perasan ni) dan juga egg and cheese sandwich yang dibuat Farah. 1 pinggan nasi, 1 set sandwich dan letih berenang membuatkan aku terbongkang kekenyangan. Tidur tak sedar diri. Sah, memang susah untuk turunkan berat badan.

No comments:

Post a Comment