NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, February 4, 2012

Al Fatihah

Baca melalui facebook bahawa kawan sama sekolah menengah telah kembali ke rahmatullah. Arwah mengidap kanser pankreas.

Semalam sempat menjenguk tapi arwah tidak dalam keadaan yang baik untuk menerima tetamu. Kami faham, datangpun untuk memberikan sokongan kepada keluarga dan teman rapatnya especially isteri arwah. Arwah memang seorang yang baik. Kami percaya sebab itu Allah mengurniakan isteri yang baik dan sabar menjaga beliau. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas kebaikkan isteri arwah.

33 tahum mengenali arwah. Walaupun tidak rapat mana tetapi memang terasa kehilangannya. Al Fatihah untuk arwah. Saya doakan agar isteri, anak-anak, keluarga dan rakan rapatnya tabah menghadapi pemergian beliau.

No comments:

Post a Comment