NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, May 6, 2012

Ditakutkan kucing

Semalam, aku tolong tengokkan adek aku parkir kereta dia. Kereta dia panjang sikit dan petak parkir tu bersebelahan tiang dan sempit sikit untuk dia adjust.

Akupun nak cepat, yalah, satu hari di Dewan Komuniti KL untuk maklis bertandang cousin aku. Cepat dia parkirkan kereta, cepatlah kami boleh rehat. Bila dia undur kereta masuk petak parkir, aku tolong tengokkan dan bagi isyarat samada ok, ke kiri atau ke kanan or to stop.

Tengah-tengah concentrate, tiba-tiba terdengar bunyi kucing mengiau. Apa lagi, melompatlah aku ke depan sana. Hehehe, tak ada orang nak monitor kereta adek aku parking. Dah berada di tempat selamat, aku mengintai ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya kucing itu betul-betul berada di atas tembok parkir atas. Takutnya, kalau dia melompat ke atas bahu aku.

No comments:

Post a Comment