NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, May 1, 2012

Bergotong-royong di rumah pak cik

Pagi tadi, sibuk buat kuih Tok Aji Serban (Lebih kurang kuih Seri Muka). Nak bawa ke rumah pak cik aku yang sibuk buat persiapan untuk resepsi perkahwinan anak lelakinya pada hari Sabtu ni. Last Saturday, di umah perempuan. Tak ada apalah sangat, just masukkan dodol dalam kotak-kotak kecil. Khamis ni, sampailah telur pindang dan kuih penderam. Nanti kami pergilah untuk masukkan dalam kotak dan pack dalam goodies bag.

1 Mei, semua orang bercuti. So, might as well, pergi jenguk rumah diakan. Seronok juga berkumpul macam ni. Disamping host sediakan makanan, kamipun bawa sama sikit-sikit makanan supaya taklah terbeban tuan rumah yang sedang pening dengan persiapan kenduri. Kebetulan aku didalam mood memasak ni. Sedang elok kuih tu masak, gaspun habis. Besok ajalah aku order gas. 

Sibuk mengikat riben, aku cuba curi tukang sebab memang kurang seni sikit dalam bab mengikat riben. Tolong letak barang dalam kotak, bolehlah.
Raga yang sudah siap diikat ribennya.
Kuih Tok Aji Serban
Inipun kuih Seri Muka juga. Setelah tengok gambar di laman Bisous A Toi, teringin nak mencubanya. Tetapi tak cantik sangat.
Pukul 7 petang, kami balik. Lagipun kakak aku nak singgah kedai beli ikan tongkol hitam untuk dibuat singgang ikan sempena potluck di sekolahnya esok. 



No comments:

Post a Comment