NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, May 14, 2013

Post Pilihanraya

Demam pilihanraya sudah habis tetapi bahangnya masih terasa. Ada yang gembira, ada yang gundah-gulana, ada yang tersenyum pahit (dek menang dalam nyawa ikan), ada yang tidak berpuas hati.

Maka, adalah roadshow sana-sini, suara sumbang yang menjurus kepada perkauman, seruan boikot sana-sini, menyumpah-seranah sesuatu kaum, menuding jari menyalahkan orang lain.

Peliknya tingkahlaku kita terhadap keputusan pilihanraya. Dan yang paling merbahaya bila suratkhabar milik salah sebuah parti komponen pemerintah mengeluarkan soalan berbaur provokasi. Sesetengah dari kita masih belum matang menghadapi kenyataan pilihanraya.

Bagi saya, pilihanraya adalah satu kayu pengukur kepercayaan rakyat terhadap sesebuah parti untuk diberikan mandat memerintah selama 5 tahun lagi. Apa sahaja yang diundi, pendapat saya, bukanlah atas dasar ingin eksperimen tetapi lebih sebagai isyarat ketidakpuasan hati. Oleh itu, kita tidak perlu melatah dengan keputusan ini, sebaliknya kita perlu membuat post-mortem dimanakan silapnya sehingga seolah-olah mereka tidak menghargai pembangunan yang dijalankan oleh kita selama ini. Kenapa mereka memilih untuk bergabung dengan kaum lain untuk memilih wakil rakyat setempat? 

Sekiranya pula, kita berpendapat ada salahlaku SPR dalam pilihanraya kali ini, seeloknya kita mengumpulkan bukti dan mengemukakan di mahkamah. Memang ada sesetengah yang jeran atau serik dengan keputusan mahkamah yang berat sebelah tetapi terimalah hakikatnya. Itulah sistem perundangan negara kita. Saya takut masyarakat akan jemu atau jelak jika kita menyalak hari-hari. Kebiasaannya, mereka akan bersimpati tetapi bila disajikan ceritera sama, ia akan menjadi basi. Belajar dari kempen pilihanraya sesetengah parti yang asyik menyajikan cerita video lucah, akhirnya rakyat menjadi benci dan jenuh, lantas mungkin itu salah satu sebab undi berpindah.

Sepatutnya, dalam suasana yang matang, selesai pilihanraya, kita seharus membuang perbezaan kita dan duduk di meja bulat untuk merencanakan sesuatu dasar yang akan lebih menguntungkan rakyat Malaysia dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan lain lagi.

Selaras dengan konsep 1 Malaysia, diharap tidak ada lagi rencana berbaur perkauman dan menghina mereka seperti kaum pendatang. Hiduplah dengan harmoni.

No comments:

Post a Comment