NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, June 21, 2012

Glow and Glamor

Masuk ini, sudah 3 kali aku menjenguk Glow and Glamor untuk slimming program. 2 kali sebelum itu untuk menemani member yang menjalani program slimming di situ. Mungkin rezeki aku, member ini offer the remaining balance sebanyak 9 sessi kepada aku. FOC.

Aku terharu dan tak tahu apa yang aku buat sehingga dia menghadiahkan program ini pada aku. Mind you, it is not cheap, each session costs around RM500. She just gave it without asking anything in return. Tak adapun cakap suruh aku ingat budi dia. But I would remember every good deed people gdo for me. May her life  be blessed with so many good things and halal rezeki.

What can I do? All she asked is for me to lose some weight. Tapi akulah ni, bila ada orang aja, mulalah selera besar. Monday tu, teringin nak makan buffet lunch di Shogun tetapi dah lepas time. So, end up makan di Seoul Garden.

Last Tuesday, my 2ndslimming session. Bila tanya apa yang aku makan hari ni, dengan selamba aku beritahu makan nasi lemak and for rest of day, nothing else. Ingatkan terlepas, rupanya...a big NO NO NO. Nak buat macamana, lama tak makan nasi lemak. Teringin sangat. Dan dia tanya yesterday's meal. Aku jawab a little bit of barbeque things. Itupun tidak boleh, sedikit saja. If only she knew camner PG dan aku melantak sehingga kami mengah, mesti dia terkejut sakan. Betulke aku ni nak kurus?
Inilah biliknya di mana rawatan dijalankan. Untuk hot blanket, kami ke bilik lain.
Every room diletakkan lampu sebegini.
Boleh tak dapat badan seperti Nurul tapi aku bajet Nurul tak melantak seperti aku. Dan dia menjalani hidup yang aktif.
First time tu, dia ambil measurement semualah. Dan finally, confirmed tinggi aku memang 154 cm. Kalau nak tinggi 160 cm, aku kena pakai heel setinggi 6 cmlah kan.

Slimming package ni dipanggil T.O.P atau Thermo Osmosis Programme. Untuk slimming ni, dia bungkus dalam hot blanket dan selepas itu, guna mesin yang dipanggil E.M.S.. Mesin EMS ni gunanya untyk menyahkan toksin dan apa-apa yang tersumbat di dalam badan serta menyingkirkan water retention. Manakala Hot blanket akan membantu untuk mengeluarkan air lebihan.

Sebelum menjalani proses, mereka akan menyapu krim terlebih dahulu dan menekan point tertentu untuk merangsang tindakbalas terhadap proses ini. Selepas itu, mereka akan menggunakan mesin EMS dimana  pad dari mesin diletakkan dibadan kita. Kemudian terasalah getaran di tempat tersebut. Kalau tahan, boleh kuat lagi getarannya. Ini selama 20 minit.

Kemudian kita akan dimasukkan ke dalam hot blanket. Panas. Sebelum dibungkus dalam hot blanket, mereka akan menyapu garam mineral ke seluruh badan. Berkurunglah engkau selama 30 minit. Kalau anda memang jenis tahan, bolehlah dinaikkan lagi suhunya.

Selepas hot blanket ini, kita kena mandi terlebih dahulu sebelum dia melumurkan krim panas ke bahagian tertentu. Bahagian yang bermasalahlah seperti perut, upper arm dan thigh. Tetapi mereka pandai memujuk. Hati-hati. Katanya kalau nak berkesan lagi, tambah lagi duit untuk memecahkan lemak.  Kalau tak nak seluruh badan, boleh opt for spot treatment, maknanya tempat tertentulah. Anda boleh memilih ultra slimming package yang mana mereka akan menggunakan mesin tertentu untuk mengurut dan mmbentuk tubuh anda. Seperti biasa krim akan disapu dan anda boleh merasa bahang krim tersebut, apa tah lagi ditambah dengan penggunaan alat tersebut. Wow, kalau ada duit, semua boleh buatkan Tetapi kalau ada duitpun, aku tak akan menjalani liposuction

3rd visit ni, aku behave sikitlah bab makan. Tapi pengajarannya, jaga badan supaya tak perlu menjalani proses ini. Tidak begitu selesa especially bila terpaksa mendedahkan badan kita walaupun konsultan itu seorang wanita. Oleh itu, untuk mengekalkan badan yang sihat, jagalah pemakanan dan konsisten dalam bersenam. Aku rasa itu yang lebih baik. Mulai sekarang, mesti berenang sekurangnya 3 kali seminggu or ke gym.

Walau macamanapun, aku seronok dapat ke sini dan tidak sabar untuk melihat resultnya. I hope turun so my friend would be happy. Kalau tak, saja-saja aja dia bagi aku mengikuti sessi tersebut.



No comments:

Post a Comment