NUFFNANG ADS

Please click here

Monday, June 18, 2012

Aktiviti bersama PG

Sedang menonton citer Miss Ahjumma. Geram betul kalau tengok citer wanita perampas rumahtangga orang yang jahat. Entah apa masalahnya, dah dapat rampas suami  orang, duklah diam-diam. Ni, masih asyik nak menganggu si bekas isteri tu.

Tadi PG belanja aku makan di Seoul Garden. Patutnya kami pergi makan di Shogun tetapi sebab akulah asyik berlengah, waktu buffet sudah habis. Jenuh kami makan, faham ajalah, masa ambil tu, rasa boleh makan segalanya. Lepas tu, mulalah susah nak habiskan. Mentang buffer, semua nak telan. Seoul Garden yang kami makan tu di One Utama. Kakak aku kata lagi best di Puchong, banyak pilihan. Tetapi aku rasalah, banyak pilihanke? Banyak mana yang kami boleh makan? Betul-betul serik sehinggakan aku kata pada kawan aku, janji jangan pergi makan buffet lagi. Makan a la carte sahaja.

Dan aku tak nak sebut perkataan ayam sahaja. Muak makan ayam sampai menolak. 

Lepas tu kami round-round One Utama untuk melegakan perut yang sesak. Tengok baju-baju yang cantik, fuh. Sungguh terangsang, apa lagi diskaun 70%. Malangnya, saiz tak ada, Lambat lagi ke nak kurus ni? Akhirnya, kami sampai  ke kedai pinggan makan. Sempat bergambar dan akhirnya, casing kamera aku hilang di situ. Sob-sob, sedih betul.

Akhir sekali kami mengelilingi Jusco tanpa membeli apa-apa, cuma 2 botol air mineral.

No comments:

Post a Comment