NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, July 1, 2012

S.O.S Dari Kampung

Aku tidur pukul bila azan Subuh sudah selesai berkumandang pagi tadi. Entah apa-apa yang aku buat tadi. Lelapkan mata seketika. Bangun, tidur, bangun, tidur melayani mata yang berat ini. Kakak dan anak saudara sudah bersiap nak balik. Ingatkan nak masak nasi minyak tetapi anak saudara nak balik awal hari ini. Tak masaklah nampak gayanya. Bukan apa, aku sudah makan nasi banyak Jumaat dan Sabtu baru ni. Itu sebab aku malas nak memasak nasi.

Tetapi yang aku nak ceritakan tentang panggilan kecemasan dari ayah aku. Entah apa yang dibuatnya, dia tersilap tekan button pada remote tv atau astro, akupun tak boleh nak agak. Sebab katanya aku yang tolong belikan tv baru, semestinya aku tahu segalanya. Masalahnya aku tidak memiliki tv seperti dia. So akupun tak faham sangat function VOD help. Tak boleh nak figure out. Kalau jawab tak tau, mesti sentap punya. So, bila aku tanya ada function apa atas remote atau button apa yang dia tekan, diapun tak tau. Camner nak tolong.

Dulu bila ada problem astro aja, dia mesti call. Kadang-kadang pagi butake, malamke? Entahlah, seolah-olah aku yang bertanggungjawab di atas kerumitan menonton tv. Sebabnya aku suka rekomenkan tv yang canggih dan juga upgrade astro to astro beyond. Itupun, nasib baik aku tak suruh dia beli tv 3D. LOL. Nak kata tak tahu, mesti dia sakit hati tetapi camner ya. Kesian pula, sudahlah kepala aku semacam aja dek masa tidur yang singkat. Rasanya memang masalah tv, bukan Astro. Macam inilah bila sudah menginjak usia senjakan. Esok-esok, akupun macam tu. Agaknya masa aku tu, pecah tv tu kalau terjadi macam tu. Hahaha. Nantilah, aku suruh dia call anak sedara aku.

Kesian pula, mesti nak tengok program tv 9. Selalunya ada kuliah. Nanti aku call semula. Time macam nilah, rasa nak temankan dia orang tinggal di kampung.

No comments:

Post a Comment