Pagi tadi, cepat-cepat aku bersiap-siap ke klinik gigi. Semalam berjaga sampai pukul 5.30 pagi. Tak sempat nak tunggu subuh, aku dah KO. Berjaga bukan apa, sakit gigi. Suspens pun ada kalau terpaksa menunggu lagi untuk dicabut. Namun aku gamble jugalah, lagipun satu lagi gigi perlu ditampal. Sekurangnya visit tu tak wastedkan.
I was the first. Seronoknya, tak payah nak tunggu-tunggu. Doktor tengok gigi tu. Ada lagi infection sikit dibahagian dalam gigi. But she said tak semestinya infection jauh ke dalam, mungkin luaran sahaja. Aku berdoa biar dapat dicabut. Masalah aku takut nak kena suntikan. Nasib baik ubat kebas tu membantu juga. Namun aku sempat berpesan kepada doktor supaya tunggu aku pejam mata, barulah boleh dicucuk. Aku tak nak tengok jarum. Gerun.
Selepas dicucuk, doktor menampal gigi disebelah kiri. Besar lubangnya. Doktor advised supaya jangan makan benda-benda keras dan juga jaga cara pemakanan. Kalau tak, tampalan boleh pecah. Sekiranya perlu, nak kena crown pula. Hah! Duit lagi. Nampaknya aku kena berhati-hati tapi aku plan nak buat bridging juga. One fine day.
Dah habis menampal, doktorpun mula mencabut gigi aku. Kebas elok tapi aku masih terasa sakit gigi tu bila berlaga dengan gigi atas. Selepas 2nd attempt, doktor menambah lagi ubat. Lagi dua jab diberikan. Perlahan-lahan gigi itu dicabut. Tapi sakit kesan dicabut masih terasa. Doktor membekalkan ubat tahan sakit. Apa-apapun, alhamdulillah. Finally, I got rid off the tooth.
No comments:
Post a Comment