NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, April 4, 2012

Cafe Beriyani Gam

Patutnya entri ini buat lama dah tetapi aku letih hari tu. Terus terlupa pasal ni. Standardlah tu. Bila alihkan gambar dari hanfon ke lappy, barulah perasan.

Aku nak share salah satu kedai nasi beriyani gam yang aku suka. Bukan suka, cukup-cukup suka. Namun susahlah sikit sebab jauh tempatnya. Aku lupa highway apa tetapi kalau ke hospital Serdang, akan nampak signboardnya. Kedainya terlindung dibelakang pokok-pokok di tepi highway.

Hari tu kamikan pergi Hospital Serdang. otw, ternampaklah signboard ni. Tidak jauh dari Uniten. Kakak aku bersungut, "lamanya tak makan. Jom singgah selepas ni." Memang betuk seperti katanya. Kami ni pergi melawat orang sakit, kelak kami yang tak sihat sebab asyik melantak. Macam masa nilah, dah kenyang tapi nak juga rasa. Lagipun, bukan senang nak datang lagi.

Aku tak sempat ambil gambar signboard. Cuma ambil gambar memo. So, senanglah sikit kalau kami nak tempah atau apa-apa. Aku kempen kakak aku suruh tempah beriyani untuk wedding anak dia.

 Masa kami sampai, dah petang. So, tak ada orang sangat except for satu, dua meja.

Label di atas periuk tu akan memberitahu kita jenis beriyani. Confused layan diri ni camner, hahaha. mana tau ikut suka ceduk sendiri. tetapi rasanya kat sini layan diri bermaksud ambil makanan yang dihidangkan sendiri ke meja.

 Simple aja interior tempat ini, yang penting rasanya kan. Open airlah. Tak ada air con. Kalau tak tahan panas, susahlah sikit. Bersebelahan dengan highway. Dan di tepinya, ada kedai workshop.

Kami ambil dua pinggan untuk dikongsi bertiga. Kami baru aja sudah makan sebelum pergi ke Hospital Serdang. Anyway, portionnya banyak. Tetapi aku rasalah, 2/3 tahun dulu banyak lagi portionnya. Apa nak buat, bahan mentah dah banyak naik harga. Dalca dihidangkan sekali. Biasanya aku tak makan kuah denga beriyani. Sebab nasinya sudah cukup rasanya. 

 Beriyani Gam Daging. Kuahnya berempah dan manis. Aku suka kuahnya. Tetapi kuah yang disiram tu banyak. Aku kena ketepikan. Tak suka makan nasi kuah berladong.

 Ini pula beriyani gam ayam

Banyak jenis lauk. Aku bagi list, siap dengan harga masa aku pergi hari tu. Kalau dah berubah harganya, maaflah ya.

Nasi beriyani             RM4
Rusa                        RM28
Ayam                       RM12
Daging                     RM12
Ayam Kampung        RM15
Ayam Masak Merah  RM10
Kambing                  RM21
Kambing Kuzi           RM20
Kambing Kampung    RM27

Banyakkan pilihan. Mak ooi, terliur pula menulis tentang beriyani gam ni. Ini yang buat aku malas nak buat entri pasal. Kalau kau orang penggemar Nasi beriyani gam, cubalah.

No comments:

Post a Comment