NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, April 3, 2012

Bistik Ikan

Semasa kami kecil-kecil, selalu kami buat masakan ini. Berebut-rebut membuatnya. Ada masa kami membeli ikan selayang dengan duit masing-masing untuk membuat bistik ikan. Nak makan sepuas hatikan, gunalah duit poket. Untuk mempelbagai rasa, kami campurkan dengan berbagai jenis sos dan kicap. Kira berlawan siapa punya yang paling best.

Selalunya kami goreng dan makan begitu sahaja. Kali ini, aku buatkan kuah untuk dimakan dengan bistik ikan, Masakan ini simple, cuma renyah bab nak ambil isi ikan dan membentuk bistik. Petua aku, basahkan tangan sebelum menggetel, so senang sikit membentuk dan tidak melekat.

Bahan-bahan

Bistik
1/2 kilo ikan sardin (kami panggil ikan selayang)
3 paket Jacob's cracker (atau 8 keping biskut jagung-Cream's Cracker)
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
sos ikan
lada sulah
minyak untuk menggoreng (deep fry)

Kuah
2 ulas bawang putih-dicincang
1 biji bawang besar - dihiris tebal
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar margerin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam - dikisar atau ditumbuk halus
500 ml air
1/4 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa

Hiasan
Daun sup - dihiris

Cara-cara
Bistik
Isi Ikan yang dibentuk.

  • Ikan dibersihkan dan diambil isinya sahaja.
  • Crackers dkisar halus.
  • Campurkan dengan isi ikan. Kisarkan sehingga sebati.
  • Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dah lada sulah (dahulu, kami gunakan juga sos Lea & Perrins tetapi since kata tak halal, aku tak gunalah)
  • Gaulkan biar rata.
  • Ambil sedikit dan bulatkan. Kemudian dileperkan.
  • Panaskan minyak. Masukkan bistik ini.
  • Aku tak letakkan garam atau gula kerana Jacob's cracker sudah cukup rasanya.

Begini rupanya bistik ikan yang digoreng
Kuah
Cairkan margerin dalam kuali.
Bila panas, masukkan bawang putih.
Bila naik bau dan perang warnanya, masukkan tepung gandum.
Bila warna tepung gandum bertukar warna coklat, masukkan air.
Masukkan bawang besar.
Masukkan sos tiram, lada hitam, kiub ayam serta garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mendidih seketika.


Cara Menghidangnya
Siramkan kuah ke atas bistik tadi.
Taburkan daun sup yang dihiris tadi.
Kalau suka, boleh juga letakkan mixed vegetables dalam kuah ini.

No comments:

Post a Comment