NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, April 15, 2012

Happy Birthday Dear Sis.

Sabtu baru ni masa nak fetched my sister ke wedding my cousin, Princess ajak aku masuk ke bilik bibik dia. Bisik-bisik esok(hari inilah) birthday mama dia. Dia buka sehelai kertas, penuh dengan tulisan based on her sister's instruction. Dia buka purse dia, kak Yaya suruh pakai duit Ika dulu, katanya. So, dia tak naklah duit aku digunakan dahulu.

Actually semalam kakak dia sudah called minta tolong buat pulut kuning. Kebetulan kak Lina aku ada. Minta dia aja buatkan pulut dengan gulai daging. Sekarang ni nak buat arrangement tempah kek. Selepas bertandang ke rumah pengantin lelaki tu, aku keluar dengan princess untuk misi birthday Mamanya. 4 buah kedai kek kami pergi sehinggalah dia berkenan. Aku ajak ke Secret Recipe tetapi dia tak nak sebab kakaknya pesan suruh cari Pandan layer bakery. Sebenarnya kedai kek Candy. Aku nak tempah Pandan Layer cake tetapi tak boleh siapkan on time.

Itu yang merayau dari sebuah kek ke sebuah kek. Dan dia cakap dia tak nak Pandan Layer Cake sebab tak cantik. Pergi kedai kek ni, katanya tak banyak pilihan, yang situ pula too childish dan satu lagi, dia tanya halal tak? At the end kami pergi Kedai Kek Sweden. Tanda halal terpampang, dia bilih blueberry cake. Aku pilih designnya. Terlebih sikit budget tetapi mukanya puas hati. Katanya lagi Ika nak pastikan kek itu sedap supaya habis dimakan sebab tak nak membazir, apa lagi bila duitnya turut digunakan untuk beli kek. nak tergelak pula.

Hari ni, selepas packed pulut kuning, singgah dahulu di supermarket beli gelas dan air F&N strawberry. Katanya mama suka air strawberry. Aku nak beli ais tetapi dia tak bagi, ikut ajalah. Kemudian singgah di Florist pula beli bouquet of flower sebelum ambil kek. Sampai di ofis Mama dia, guard bagi kami masuk dalam pejabat. Mama dia sedang sembahyang. Ika buat ofis macam pejabat. Dah siap solat aja, Ika ajak Mama dia ke meja mesyuarat kot dan surprise. Dah habis makan, aku ajak pulang. Banyak lagi yang nak dibuat termasuklah membeli keropok keping. Dia sibuk pula suruh aku hantar dia ke kelas tuition pukul 6 petang.

Kad birthday dipilih sendiri oleh Princess

beg untuk bungkus hadiah dari Princess untuk mama

Puas hati dapat pilih kad dan beg bungkus hadiah

Brooch untuk Mama

Lagi brooch untuk Mama

Another set of brooch for mama - semua dari princess

Muka terpaksa kena pakai seatbelt

Menunggu flower bouquet siap

Nampak cam sedih tetapi dia excited

Katanya nak pegang dahulu bunga ni.

Bunga kat belakang, dia kena riba kek pula.

Menunggu kakak aku solat

Surprise, happy birthday Mama

Birthday Cake from her kids

Birthday Mama



No comments:

Post a Comment