Tiba-tiba PG called beritau nak lepak rumah. Dari lepak aja, dah jadi 2 malam tidur. Seronoknya ada member teman. Tapikan Pg ni (ngumpat sikit), entah apa kenanya, bila datang rumah aku, mesti terlajak tidur.
But she came at right time. Laptop aku buat hal. Malam Isnin merayap di Digital Mall kat seksyen 14. My sister and family ikut sama. Tapi sampai lambat. Jumpa Acer Aspire yang baru. Ringan tapi aku x suka satu sebab dvd xde. Kena pakai external. Terasa leceh walaupun jarang pakai.
Keesokannya (Selasa), ada interview. Selepas tu bolehlah melepakkan. Kat mana lagi kalau bukan Digital Centre di Sunway Pyramid. Cuci mata dan cari yang berkenan. Kami dah tengok Toshiba Portege R830 di kedai yang pertama, Aku cukup berkenan sebab ringan dan spec yang lain baguslah. DVDpun ada sekali. Tapi nak ronda dulu tempat lain. Sebab harganya membuatkan aku termenung juga.
Akhirnya kami singgah di kedai di mana kau beli laptop dulu. Mula-mula sombong tak nak singgah. Bargain punya bargain, minta freebies mcm-mcm, belilah juga. Merah lagi color you. Dapat laptop yang menepati main criteria tapi harganya...Ini yang kata tersenyum dalam derita. Tapi nak pakai lamakan, kena beli yang bagus at the best price yang menyesakkan jiwa ni.